30 September 2020

LIRIK LAGU IMAN TROYE |  Teman (Official Vertical Lyric Video)

LIRIK LAGU IMAN TROYE | Teman (Official Vertical Lyric Video)


INTRO
Dan jika kau berkenan 
Jadikan ku teman

VERSE
Rama-rama hinggap di bunga taman
Langitan biru di takluk awan
Senangnya bila berdua-duaan
Saat berjauh rindu-rinduan

Mudah-mudahan ku dipertemukan
Dengan si dia yang ku idamkan
Kini aku kesunyi-sepian
Berbantal panjang sebagai teman

PRE CHORUS
Oh cinta yang indah mekar
Kini gugur bila dibiar
Ku tertanya-tanya mengapa hanya sementara

CHORUS
Aku pilih pilih lagi
Pilih pilih hati
Puas ku mencari

Bergilir gilir ganti
Gilir gilir janji
Yang dimungkiri

Ku pilih pilih lagi
Pilih pilih hati
Puas ku mencari

Dan jika kau berkenan
Jadikan ku teman (Teman teman teman)
Berteman dan meneman
Bukan sekadar kawan (Teman teman teman)

VERSE 2
Ku timang menimang dalam fikiran
Haruskah ku terus mengimpikan
Adakah kita akan berkekalan
Mungkinkah kita tak sehaluan

BRIDGE
Gugur di biar...

POST CHORUS
Dan jika kau berkenan
Jadikan ku temanmu dan bukan
Bukan sekadar kawan
Oh bukan
Bukan sekadar kawan


28 September 2020

4 Resepi Ikan Masin Ala Orang Kampung, Confirm Terliur!

4 Resepi Ikan Masin Ala Orang Kampung, Confirm Terliur!

Assalammualiakum.
Bismillah.

4 Resepi Ikan Masin Ala Orang Kampung, Confirm Terliur! | Lama juga tekak ni tak pekena ikan masin masak gulai bersama nenas. Daku makan ni masa mengandungkan Luth 3 bulan lepas. Pekena pulak dengan nasi panas, lagi menyengat rasanya. Ikan masin ni kalau kena dengan cara masak memang sangat sedap. Apatah lagi, menu ikan masin tu ala orang kampung. Fuhh lagi sedap.

Tengahari ni kalau ada ikan masin, ha boleh cuba. Kita tukar pula selera makan hari ni. Kita cuba masak ala orang kampung dengan menggunakan ikan masin. Pasti sedap!


Masakan Ala Orang Kampung Menggunakan Ikan Masin, Jom Try!



#1 Kari Terong Ikan Masin

BAHAN-BAHANNYA 

  • 3 biji terung ungu
  • 4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isinya
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
  • 1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos cili
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1/2 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
  • 2 camca besar penuh rempah kari ikan dibancuh dengan 1/3 cawan air hingga menjadi pes
  • 200 ml santan, sederhana cair
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN TUMIS 

  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji bawang merah, hiris


CARA MEMBUATNYA

1) Tulang ikan masin dicuci bersih dan rendam 4 - 5 jam, toskan. Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Setiap keratan dibelah 2 lagi tapi jangan sampai putus, rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam, tujuan untuk mengelakkan terung bertukar warna. Ketepikan.

2) Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/3 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga wangi. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan bahan2 tumbuk halus, kacau rata dan masak hingga cili garing. Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan naik minyak.

3) Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya, anggaran 700 ml. kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan kiub ikan bilis dan terung (toskan dulu air rendamannya), biarkan terung separuh masak, boleh masukkan tulang ikan masin kurau, kacau perlahan dan biarkan mendidih.

4) Tuang santan, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan kari terung dengan nasi putih, sambal belacan, telur dadar dan ulam-ulaman. 



#2 Ikan Sepat Masin Goreng Cili

Bahan-bahan:

  • 1 ekor sepat masin
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 biji cili api merah
  • Segenggam ikan bilis
  • Sedikit kicap
  • 1 sudu sos tiram


Cara memasak:

1) Rendam/bersihkan ikan sepat, kemudian potong kecil dan cuci bersih ikan bilis

2) Goreng ikan bilis garing, seterusnya goreng ikan masin tadi, asingkan

3) Rendam cili kering, potong/gunting kecil-kecil

4) Boleh tumbuk atau hiris cili padi.

5) Gorengkan cili kering agak garing

6) Asingkan sedikit miyak gorengan tadi atau boleh guna minyak lain jika nak

7) Masukkan ikan masin dan ikan bilis goreng tadi dengan bawang.

8) Tambahkan kicap dan sesudu sos tiram.

🚩 Kalau nak bersambal boleh guna lebih banyak cili padi. Boleh tumbuk semua bahan dan tumiskan dengan api perlahan, kemudian masukkan ikan bilis dan ikan masin.



#3 Gulai Ikan Kering Nenas Kelantan Style

Bahan-bahan :

  • 2 ekor ikan kering (sy guna ikan cencaru)
  • 1/2 biji nenas
  • 3 biji bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 inci lengkuas (blend)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • lada hijau
  • 1/2 biji santan
  • 1 biji timun

Cara-cara penyediaan :

1) Masukkan semua bahan yang diblend

2) Biarkan mengelegak masukkan santan

3) Biarkan mengelegak

4) Kemudian, masukkan ikan masin , nenas, timun, lada.

5) Masukkan gula secukup rasa

6) Jika kurang masin (tambah garam) sbb ikan dh masin.

7) Biarkan mendidih seketika dan siap.



#4 Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Bahan-Bahan :

  • Ikan masin- (terubuk,talang,duri dan yg sewaktu dengannya)
  • Air asam jawa/ asam keping
  • Bawang besar - dihiris
  • Cili besar merah - dihiris
  • Tomato- dibelah 4
  • Gula dan serbuk perasa

Bahan ditumbuk kasar :

  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Cili besar merah
  • Cili padi merah/ hijau


Cara menyediakan :

1) Ikan terubuk masin dipotong mgikut saiz yg kita nak pastu rendam setengah jam.

2) Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ketepikan.

3) Panaskan sedikit minyak di dlm kuali, tumis bahan yang di tumbuk kasar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.

4) Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata.

5) Masukkan gula dan serbuk perasa secukup rasa. Saya tak letak garam sbb ikan terubuk tu dah masin.

6) Masukkan bawang besar yg dihiris, cili besar merah dan tomato, masak sehingga layu sedikit.

7) Akhir sekali masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul sehingga rata.

8) Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


🚩 Ikan masin direndam dalam 30 minit - ikut suka kemasinan. Kalau mau kurang masin kena rendam lama sedikit.



Fuhh! 4 resepi ikan masin di atas ni masak dengan gaya ala orang kampung dah cukup menarik, bukan? Jomlah cuba masak bila ada waktu kelapangan. Confirm kena dengan selera korang. Selamat mencuba.

Sumber : facebook

18 September 2020

Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil Review

Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil Review

Assalammualaikum.
Bismillah.


Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil Review | Today, I'm going to review the Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil . Klairs satu jenama produk Korea yang banyak review baik-baik. Daku decide untuk cuba produk ni.  Disebabkan cleanser foam klairs always sold out, why not daku cuba cleansing oil pulak kan? Before this daku guna cleansing oil from Biore, tapi tak review pun lagi. Bapaklah pemalasnya daku ni.

Jadi, lets read.


BACA INI JUGA : 





#1 Product Details


Product name : Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil
Product Brand : Klairs
Product Type : Oil Cleansing
Size : 150ml
Price : RM136 (its depends on the sales) 
Availabilty : Klairs Store Malaysia, Hermo.my, Marshear.my, Wishtrend.com

#2 What it claims? 


- Helpful for skin care
- Easily washable texture without causing any irritation.
- To maintain skins moisture even after cleansing.
- To control sebum production
- To provide skin soothing

#3 Ingredients?


Oil cleansing ni bukan sahaja oil tapi ianya combination of natural black grains. Bahan nilah diekstark dri nature untuk menjaga kulit korang dengan baik.

1. Black Bean Oil : Black beans helps to control the sebum production, increases the skin elasticity and provides a soothing effect.

2. Black Sesame Oil : Black sesame prevent dehydration and skin aging while providing powerfuk antioxidant effects.

3. BlackCurrant Seed Oil : BlackCurrant Seed Oil strengthens the skins protective layer to prevent the evaporation of moisture from the skin. It promots skin cell regeneration and provides antioxidnar effects by containing various minerals.


#4 How to use?


I just drop dekat into my finger dan apply into the whole my face. Massagelah muka korang ye, jangan dok gonyoh-gonyoh on your face. After massanging, jangan wipe off dengan tisu tapi rinse off with lukewarm water for 3-4 kali. 

Make sure bila nak letak kat muka tu, muka korang bebas dari air. Kang bila kena air tak best pulak dok gonyoh-gonyoh.

#5 Packaging ?


Didatangkan dengan 150ml, berbotol plastik coklat clear transparent with pumping. Just pump and keluarlah oil cleansing ni.



#6 The Smell/Colour/consistency ?


Like you can see, gambar I diatas tu, colour seakan transparent bukan putih ya. Bau pulak dah macam bau herba. Texturenya tak pekat pun, cair bak hang. Letak je kat tangan terus melimpah ruah jatuh.

#7 How I feels : 


I feels nothing. So far so good. Kulit tak alahan pun tapi baunya yang herba herbi tu, I pertahankan jua. Bila massange into your whole face, memang akan rasa feel wow, bagusnya product ni tak sama dengan Biore. Biore susah sangat nak washable tapi yang ni bila cuci dengan air memang cepat je tanggal.


#8 Recommended? :


Overall this is a very good product very suitable with my skin. I'll purchase later!

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)