Gunakan 8 Bahan Dapur Ini Untuk Mencuci Baju Putih




Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Gunakan 8 Bahan Dapur Ini Untuk Mencuci Baju Putih | Baju putih memang tampak kemas dan bersih bila dipakai tapi kalau tak dijaga sentiasa, sudah pasti baju putih lagi cepat kotor berbanding baju berwarna lain. Sebab tu, baju putih ni kena cuci dengan cara yang betul dan tak boleh sebarang mahupun hentam keromo campur dengan baju yang lain ketika cuci. Dikhuatiri baju putih tadi bertukar warna yang lain.

Sebenarnya, ada cara bila baju putih tadi tu terkena sambal, dakwat pen ataupun segala kotoran yang tak boleh dicuci pada baju putih. Korang kena pandai cuci baju putih dengan menggunakan 8 bahan dapur yang mudah didapati di dalam rumah. Tak perlu dah buang baju putih atau biarkan jadi warna yang lain. 


Cuci Baju Putih Dengan 8 Bahan Dapur, Senang Bukan?



#1 Perahan lemon.

Buah lemon ni bukan hanya untuk masakan sahaja tetapi boleh je memutihkan baju. Perahan lemon boleh dicampurkan dengan air bersih lalu rendamkan baju berwarna putih di dalam baldi. Korang kena pastikan baju terendam dengan sepenuhnya. Ambil 1-2 biji lemon, ikut atas kuantiti baju. Kalau sehelai, gunalah 1-2 biji lemon sahaja. Perahkan ke dalam rendaman tadi dan lemon tersebut masukkan juga kedalam rendaman dan kacau rata. Rendam selama 10 minit. Jangan terlebih tau. Kemudian, basuh baju tersebut seperti biasa.


#2 Pes atau cecair pencuci pinggan


Bahan ni tersangatlah mudah untuk didapati di dalam rumah. Untuk menghilangkan kesan sambal pada baju berwarna putih, korang boleh cuba gunakan pes atau cecair pencuci pinggan terus pada kotoran tersebut. Sapu je pe tu pada bahagian yang terkenal sambal tadi dan biarkan 15-20 minit. Selepas itu, cucilah baju tersebut seperti biasa.

#3 Sabun mandi


Bagi kotoran degil pula, korang basahkan keseluruhan baju terlebih dahulu dan gosokkan sabun mandi yang jenis buku terus pada bahagian kotoran. Gunakan berus baju yang lembut dan gosokan pada bahagian yang kotor tadi. Bolehlah cuci baju macam biasa. Mudah bukan?


#4 Susu pekat


Sebenarnya kesan dakwat pen pada baju memang sukar nak dibersihkan. Kadan tu bila dah guna peluntur masih melekat lagi. Jadi, sebelum korang gunakan sebarang bahan untuk mencuci kesan pen tersebut, ambil 3 sudu susu pekat dan campurkan sedikit bersama air. Letakkan bancuhan tadi ke atas kesa pen dan biarkan selama sejam. Lepas tu, cuci dengan sabun seperti biasa. Susu kan bahan dapur yang sesuai untuk cuci baju putih.

#5 Marjerin


Eh marjerin boleh hilangkan kesan minyak pada pakaian tau. Tapi bukan lagi berminyak ke? Marjerin adalah lemak tepu, jadi takkan bertambah minyak. Sapukan sedikit marjerin pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan beberapa miti. Sebelum mencuci, sediakan air suam dan rendamkan baju tadi dengan air suam untuk bersihkan sepenuhnya sapuan merjerin itu tadi. Cuci baju seperti biasa.


8 Bahan Mudah Didapati Di Dapur Untuk Cuci Baju Putih



#6 Tepung


Tepung adalah pilihan terbaik untuk mencuci kesan minyak pada pakaian. Campurkan beberapa sudu tepung dengan air. Pastikan kelikatan campuran menjadi seperti pes ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang terkena minyak. Biarkan pes tadi mengeras dan bersihkan sebelum cuci baju tersebut seperti biasa. 


Lime/Limau Nipis 200g+/- Daily Groceries and Meals


#7 Limau nipis


Tadi kita guna lemon, sekarang kita guna limau nipis pula. Baju putih mudah terkesan dengan lunturan warna daripada pakaian yang lain. Rendam baju putih ke dalam air panas. Ambil beberapa biji limau nipis (5-10 biji) bergantung kepada berapa banyak baju dan kesan lunturan tadi, perah ke dalam air panas yang ada baju tadi dan campurkan sedikit sabun basuh baju. Kacau rata dan rendam dalam sejam. Lepas tu bilas baju tersebut seperti biasa. Korang tak pelru risau limau nipis ni antara bahan dapur yang sesuai untuk cuci baju putih,

#8 Cuka


Cuka boleh digantikan sebagai peluntur yang dibeli di pasaran. Cuka boleh mengembalikan kecerahan baju puti secara keseluruhan. Caranya dengan memasukkan 100ml - 250 ml (bergantung kepada kuantiti baju) air limau nipis ke dalam baju yang telah direndam bersama sabun. Biarkan baju terendam 15 minit. Selepas itu, basuh dan bilas seperti biasa. Korang boleh juga terus masukkan cuka di dalam mesin basuh yang berisi baju dan sabun lalu cuci seperti biasa.



Nak Tips/Petua Lagi?


Boleh tengok senarai tips/petua dibawah ini. Daku akan tambah koleksi tips/petua yang menarik dari semasa ke semasa. 


Selamat mencuba semua! Kalau dah cuba tu, komenlah kat bawah ni.

Sumber ; Telegram Petua & Kesihatan


3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama