Memaparkan catatan dengan label PETUA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PETUA. Papar semua catatan

22 Jun 2022

Gunakan 8 Bahan Dapur Ini Untuk Mencuci Baju Putih

Gunakan 8 Bahan Dapur Ini Untuk Mencuci Baju Putih




Baju putih memang tampak kemas dan bersih bila dipakai tapi kalau tak dijaga sentiasa, sudah pasti baju putih lagi cepat kotor berbanding baju berwarna lain. Sebab tu, baju putih ni kena cuci dengan cara yang betul dan tak boleh sebarang mahupun hentam keromo campur dengan baju yang lain ketika cuci. Dikhuatiri baju putih tadi bertukar warna yang lain.

Sebenarnya, ada cara bila baju putih tadi tu terkena sambal, dakwat pen ataupun segala kotoran yang tak boleh dicuci pada baju putih. Korang kena pandai cuci baju putih dengan menggunakan 8 bahan dapur yang mudah didapati di dalam rumah. Tak perlu dah buang baju putih atau biarkan jadi warna yang lain. 


Cuci Baju Putih Dengan 8 Bahan Dapur, Senang Bukan?



#1 Perahan lemon.

Buah lemon ni bukan hanya untuk masakan sahaja tetapi boleh je memutihkan baju. Perahan lemon boleh dicampurkan dengan air bersih lalu rendamkan baju berwarna putih di dalam baldi. Korang kena pastikan baju terendam dengan sepenuhnya. Ambil 1-2 biji lemon, ikut atas kuantiti baju. Kalau sehelai, gunalah 1-2 biji lemon sahaja. Perahkan ke dalam rendaman tadi dan lemon tersebut masukkan juga kedalam rendaman dan kacau rata. Rendam selama 10 minit. Jangan terlebih tau. Kemudian, basuh baju tersebut seperti biasa.


#2 Pes atau cecair pencuci pinggan


Bahan ni tersangatlah mudah untuk didapati di dalam rumah. Untuk menghilangkan kesan sambal pada baju berwarna putih, korang boleh cuba gunakan pes atau cecair pencuci pinggan terus pada kotoran tersebut. Sapu je pe tu pada bahagian yang terkenal sambal tadi dan biarkan 15-20 minit. Selepas itu, cucilah baju tersebut seperti biasa.

#3 Sabun mandi


Bagi kotoran degil pula, korang basahkan keseluruhan baju terlebih dahulu dan gosokkan sabun mandi yang jenis buku terus pada bahagian kotoran. Gunakan berus baju yang lembut dan gosokan pada bahagian yang kotor tadi. Bolehlah cuci baju macam biasa. Mudah bukan?


#4 Susu pekat


Sebenarnya kesan dakwat pen pada baju memang sukar nak dibersihkan. Kadan tu bila dah guna peluntur masih melekat lagi. Jadi, sebelum korang gunakan sebarang bahan untuk mencuci kesan pen tersebut, ambil 3 sudu susu pekat dan campurkan sedikit bersama air. Letakkan bancuhan tadi ke atas kesa pen dan biarkan selama sejam. Lepas tu, cuci dengan sabun seperti biasa. Susu kan bahan dapur yang sesuai untuk cuci baju putih.

#5 Marjerin


Eh marjerin boleh hilangkan kesan minyak pada pakaian tau. Tapi bukan lagi berminyak ke? Marjerin adalah lemak tepu, jadi takkan bertambah minyak. Sapukan sedikit marjerin pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan beberapa miti. Sebelum mencuci, sediakan air suam dan rendamkan baju tadi dengan air suam untuk bersihkan sepenuhnya sapuan merjerin itu tadi. Cuci baju seperti biasa.


8 Bahan Mudah Didapati Di Dapur Untuk Cuci Baju Putih



#6 Tepung


Tepung adalah pilihan terbaik untuk mencuci kesan minyak pada pakaian. Campurkan beberapa sudu tepung dengan air. Pastikan kelikatan campuran menjadi seperti pes ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang terkena minyak. Biarkan pes tadi mengeras dan bersihkan sebelum cuci baju tersebut seperti biasa. 


Lime/Limau Nipis 200g+/- Daily Groceries and Meals


#7 Limau nipis


Tadi kita guna lemon, sekarang kita guna limau nipis pula. Baju putih mudah terkesan dengan lunturan warna daripada pakaian yang lain. Rendam baju putih ke dalam air panas. Ambil beberapa biji limau nipis (5-10 biji) bergantung kepada berapa banyak baju dan kesan lunturan tadi, perah ke dalam air panas yang ada baju tadi dan campurkan sedikit sabun basuh baju. Kacau rata dan rendam dalam sejam. Lepas tu bilas baju tersebut seperti biasa. Korang tak pelru risau limau nipis ni antara bahan dapur yang sesuai untuk cuci baju putih,

#8 Cuka


Cuka boleh digantikan sebagai peluntur yang dibeli di pasaran. Cuka boleh mengembalikan kecerahan baju puti secara keseluruhan. Caranya dengan memasukkan 100ml - 250 ml (bergantung kepada kuantiti baju) air limau nipis ke dalam baju yang telah direndam bersama sabun. Biarkan baju terendam 15 minit. Selepas itu, basuh dan bilas seperti biasa. Korang boleh juga terus masukkan cuka di dalam mesin basuh yang berisi baju dan sabun lalu cuci seperti biasa.



Nak Tips/Petua Lagi?


Boleh tengok senarai tips/petua dibawah ini. Daku akan tambah koleksi tips/petua yang menarik dari semasa ke semasa. 


Selamat mencuba semua! Kalau dah cuba tu, komenlah kat bawah ni.

Sumber ; Telegram Petua & Kesihatan


17 Mei 2022

Biar Betul!! Buat Sabun Basuh Pinggan Dengan Garam?

Biar Betul!! Buat Sabun Basuh Pinggan Dengan Garam?

Bismillah.
Assalammualaikum. 

Biar Betul!! Buat Sabun Basuh Pinggan Dengan Garam? | Sabun sunlight untuk basuh pinggan, kat rumah siapa je yang tak ada kan? Harga satu botol sunlight bwah RM10 tapi kalau tiap dua minggu nak beli pun, boleh botak kepala. Korang tahu tak.. sebenarnya sabun sunlight ni boleh buat sendiri jee.. tak ada hal dah. Jom teruskan membaca.

Buat Sabun Basuh Pinggan

Menjadi beb!! First time ikut petua viral! Korang boleh guna sunlight warna putih tau sebab suka dengan baunya yang natural. Lagi pun sunlight warna putih ni boleh cuci botol susu anak jugak. Tapi tak sesemtinya guna sabun sunlight, korang boleh guna sabun jenama yang lain.

Dari 1 litter sabun pinggan boleh beranak jadi 6 liter terus. Jimat 6 bulan stock sabun basuh pinggan. Siapa je yang tak suka bila stock banyak kan? Kepakatan sabun ni cair sikit daripada yang baru beli. Pada yang tak tahu garam adalah bahan asas dalam pembuatan sabun. Tapi tak pasti mereka tu pakai garam jenis apa.

Buat Sabun Basuh Pinggan


Kali ni, kita pakai garam yang guna untuk memasak tu je. Murah pun murah, dan paling best, buihnya memang banyak. So nak sental sisa sisa minyak di pingan tu, in syaa Allah boleh hilang.

Bahan-bahannya :

1000ml sabun basuh pinggan
air 5 liter
garam halus 1 cawan

Buat Sabun Basuh Pinggan

Bancuh dulu garam halus dengan air panas sampai larut, kemudian campurkan ke dalam bekas besar yang dah ada 5 liter air dan sabun basuh pinggan 1 liter.

Siap! Boleh cuba dan sangat jimat.


Sumber ; FB Suhailah Yahaya




10 Januari 2022

11 Petua Masakan Perlu Dicuba Oleh Surirumah

11 Petua Masakan Perlu Dicuba Oleh Surirumah

Bismillah.
Assalammualaikum.

11 Petua Masakan Perlu Dicuba Oleh Surirumah | Memandangkan aku ni dah separa surirumah, ada masa aku memasak jadi kebanyakkan petua masakan aku tak follow sangat. Pakai hemtam keromo je aku ni, janji masak dan sedap rasanya. 

Hari ini aku nak kongsikan 11 petua masakan. Aku harap dengan adanya perkongsian ini dapatlah membantu serba sedikit masakan korang, walaupun aku tak berapa pandai sangat. Petua masakan di bawah ni, aku rasa korang pun mesti ada yang dah tahu. 

Jadi, aku jaminlah petua masakan di bawah ni sangat mudah untuk korang cuba. Jom baca


Baca ini juga Tak Sampai RM10, Anda Boleh Bersihkan Bontot Dan Kerak Kuali Yang Hitam Legam.




11 Petua Masakan Perlu Dicuba Oleh Surirumah


Di bawah ni aku telah senaraikan sebanyak 11 petua masakan yang boleh di cuba. In shaa Allah dapat membantu urusan masakan korang. 


#1 Petua kentang cepat empuk


Apabila memasukkan kentang lebih awal dalam masakan, ia akan membuatkan kuah menjadi lebih pekat. Bagi mengelakkan ini berlaku, rebus kentang di dalam periuk lain dan apabila sudah empuk, toskan kentang dan masukkan ke dalam kuah tadi.


#2 Petua elak ikan melekat di kuali


Ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan masukkan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan akan lebih mudah di angkat dan tidak akan melekat di kuali.


#3 Petua hilangkan hanyir sup ayam


Untuk mengelakkan sup ayam berbau hanyir, masakkan bahan tumis sehingga garing dan wangi. Kemudian, masukkan bahan tumis itu tadi dan ayam ke dalam kuah mendidih. Cara ini akan membuatkan sup lebih sedap dan tidak berbau hanyir.


#4 Petua menyedapkan ikan yang sudah beku


Ikan yang sudah beku memang rsanya sudah tidak segar dan apabila di masak, ianya tidak sedap. Utuk mengembalikan rasa segar ikan tersebut, ambil semangkuk susu dan rendam ikan tersebut. Apabila ikan sudah lembut masak seperti biasa. Ikan akan rasa lebih sedap dan berlemak malah rasanya lebih segar.


#5 Petua masak lemak cili padi lebih sedap


Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut. Biar seketika. Kemudian, barulah diperah kelapa tersebut. Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya.


#6 Petua hilangkan bau hanyir daging


Selepas daging dipotong dan dibersihkan, rendam daging dengan secawan tepung gandum dan sesudu kecil garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh lagi sehingga bersih.


#7 Petua halau lalat ketika memasak


Kebiasaannya, lalat akan datang ketika kita menumis dan menggoreng. Untuk mengelakkan lalt datang, ambil beberapa tangkai daun kari dan letakkan berhampiran dapur dan letakkan berhampiran dapur. Korang boleh juga meletakkan beberapa tangkai daun kari di meja makan untuk menghalau lalat.




#8 Petua beras lebih tahan lama


Ambil beberapa ulas bawang putih dan masukkan ke dalam tempat simpanan beras. Korang boleh juga menggunakan beberapa tangkai cili kering dengan kaedah yang sama.


#9 Petua sup tulang lebih sedap


Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan tulan. Kemudian, masukkan bahan rempah sup. Masak seperti biasa. Sup tulang akan lebih sedap.

#10 Petua cucur lebih lembut


Untuk melembutkan cucur, masukkan 1/2 cawan air panas ke dalam tepung, kemudian masukkan air dan kacau sebati. Cucur lebih lembut menggunakan kaedah ini.

#11 Petua hilangkan hanyir ikan


Rendam ikan dengan air asam jawa dan potong limau kasturi atau limau nipis dan gaul bersama ikan dan air asam jawa. Biarkan seketika, kemudian masak seperti biasa.


31 Mac 2020

PETUA MELAYU? INI 10 PETUA MELAYU UNTUK DIAMALKAN SETIAP HARI.

PETUA MELAYU? INI 10 PETUA MELAYU UNTUK DIAMALKAN SETIAP HARI.


Alamak panjangnya tajuk entri hari ni. Tiada orang lama, tiadalah orang moden seperti kita. Betul tak? Pernah dengar tak petua lama dan pernah amalkan tak? Siapa yang pernah amalkan tu, daku sangat respect kepada kamu. Zaman sekarang, mana ada yang nak ikut petua melayu, semua petua melayu itu seolah lapok ditelan zaman. Pantang selepas bersalin pun dah moden, apatah lagi petua melayu yang lain.

Tetapi, perasan tak kita? Sebenarnya orang dulu-dulu jarang dapat penyakit tau. Walaupun umur dah dimamah usia, tapi muka masih awet muda. Sebab apa? Mereka inilah yang masih mengamalkan petua-petua melayu.

Nak Awet Muda? Amalkan Petua Melayu Setiap Hari

#1 ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Untuk ibu bapa yang masih ada anak kecil, boleh cuba petua melayu ini sebagai ikhtiar untuk kurangkan kencing malam anak. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil. Tak perlu dah setiap hari nak basuh selimut ataupun jemur tilam.



#2 TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Eh, tepung ubi bukannya untuk makan sahaja tetapi ianya adalah cara yang baik untuk menghindarkan ruam daripada tubuh bayi anda. Caranya ialah dengan melumurkan tepung ubi selepasa mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasarann serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada dilumur. Kan elok petua melayu ni diamalkan setiap hari.

#3 HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu mengandung, mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua melayu untuk diamalkan setiap hari dan in syaa Allah dapat mengatasi masalah ini, pastikan ketika tidur anda meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15-20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan atau boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.



#4 RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama ketika berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah tidak meleleh, ia menandakan masakan itu tadi cukup masin tetapi jika anda merasa perit itu menandakan masakan anda terlebih garam.

Petua Melayu Takkan Hilang Di Telan Zaman



#5 PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan petua melayu yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang direndam. Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali, in syaa Allah akan nampak keberkesanannya.

#6 MULUT BERBAU 

Multu berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua melayu ini. Ambil 7 helai daun sirih, racik halus dan kemudian diramas dengan semangkuku air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. 

#7 IKAN KERING TIDAK BERULAT

Benda-benda busuk selalu dihinggap lalat termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ianya mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.

Praktikkan Hari Anda Dengan Amalkan Petua Melayu Setiap Hari

#8 TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Petua melayu yang patut diamalkan setiap hari yang seterusnya ialah agar tumit kaki tidak pecah. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagiaan tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.



#9 HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi, ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah dan ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, In shaa Allah sembuh. Jika tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah dan amalkan setiap hari petua melayu ini.

#10 KHASIAT DAUN JAMBU BATU

Jika mengalami sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan cirit-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan air garam lalu airnya ditelan atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. In syaa Allah mujarab dan sakit perut akan hilang dengan sendirinya.

Jadi, dah tahukan 10 PETUA MELAYU UNTUK DIAMALKAN SETIAP HARI? Cuba amalkan dan bertawakallah kepada Allah agar dipersembuhkan apa jua penyakit. Belum cuba, belum tahu. Tiada orang lama, tiadalah orang moden seperti kita. 

28 Januari 2020

PETUA MAKAN COKLAT BY CHEF AMAR

PETUA MAKAN COKLAT BY CHEF AMAR

Assalammualaikum & hello there!

PETUA MAKAN COKLAT DARIPADA CHEF AMAR | Ini Chef Amer, seorang pakar coklat. Beliau kongsi cara makan coklat yang betul.  Aluhhhhh... Rupanya salah cara kita makan cokelat selama ni.

Kalau ikut cara "old school" kita,

Langkah 1 - Beli
Langkah 2 - Bukak bungkusan
Langkah 3 - Patahkan kecil
Langkah 4 - Masuk mulut
Langkah 5 - Kunyah sampai habis

Iye betul. Semudah tu cara kita, dan kerana cara kita itu lah kita tak pernah faham nikmat sebenar cokelat, dan tak pernah tahu beza cokelat yang penuh gula, yang sedap, yang mahal dan super sedap mahal.

Baik. Ini Legendary Chef Amer berhati mulia kongsikan cara betul makan cokelat.

Nah baca perkongsian beliau.


1) Coklat ada 3 jenis. Dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate. Sebaiknya makan dark chocolate .

2) Kalau dark chocolate 99%, maknanya koko dan lemak koko tu 99%. Kalau dark chocolate 80%, maknanya koko dan lemak koko tu 80%,19% gula, 1% or less adalah lecithin, vanillin dan emulsifier.

3) Baca Bismillah, buka kotak coklat dan potong coklat. Letak coklat di tengah-tengah lidah.

4) Rapatkan lidah ke arah lelangit dan biarkan coklat melt sendiri dengan suhu badan kita sehingga coklat memenuhi ruangan lidah. Jadi semua rasa coklat akan bercampur. Masam, masin, pahit semuanya.

5) Kemudian baru lah signal akan dihantar ke otak dan endorphins dirembeskan. Kita rasa lebih tenang dan bahagia.

6) Jangan main ngap, kunyah dan telan sahaja. Rugi makan coklat gaya gini. Tapi kalau ada kacang, kunyah lah. Kalau tak, sampai setahun pun kacang tu tak lumat. Tercekik pula nanti.

7) Kalau masa coklat melt tu ada rasa ketul-ketul, maknanya koko tidak betul-betul fine. Kalau mulut rasa berminyak, maknanya butter yang digunakan dalam pembuatan coklat itu butter murah.

Selamat menikmati cokelat semua. Semoga hari "cheat day" hari ni diserikan lagi dengan makan cokelat yang betul.