Cara Solat Sunat Tarawih Paling Ringkas Dan Mudah

Solat sunat tarawih antara amalan-amalan yang dituntut untuk melakukannya di sepanjang bulan Ramadhan. Kita juga boleh menunaikannya secara bersendirian mahupun berjemaah di masjid dan surau tapi di PKP kan? Buat je di rumah ye. Jangan gatal nak ke masjid.

Alhamdulillah, esok bermulalah kita berpuasa di musim PKP yang telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 ini. In syaa Allah, segalanya dipermudahkan oleh Allah swt. Jadi, malam ini bermulalah juga kita bersolat terawih di rumah masing-masing.

#1 Apa Maksud Solat Sunat Tarawih?

Tarawih bermaksud Istirahat. Maka solat ini dilaksanakan secara berselang-seli dengan berehat seketika. Kita tak bolehlah nak terus solat tarawih tanpa berhenti. Lagipun, tujuan berehat seketika adalah untuk memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat terutama kepada warga emas. 

Bila dah lepas berbuka, perut kita ni perlu elak daripada ketegangan badan sebab itu kena berehat seketika semasa melakukan solat sunat tarawih.





#2 Waktu Untuk Mengerjakan 

Solat sunat tarawih ni dilakukan selepas solat Isyak sehinggalah terbit waktu fajar. Jangan hentam solat selepas Maghrib pulak. Tak pernah dibuat orang tau. 

#3 Jumlah Rakaat 

Bilangan rakaat solat sunat tarawih yang biasa dilakukan Rasullulah SAW adalah 11 rakaat, terdiri daripada 8 rakaat solat tarawih dan 3 rakaat solat sunat witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia. 

Biasanya solat sunat tarawih dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam. Daku biasanya akan buat 8 rakaat, setiap 2 rakaat diakhiri dengan satu salam. 

Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadailah dengan lapan rakaat sahaja. Kalau rasa tak mampu, jangan paksa diri, buat je 8 rakaat. 



#4 Lafat Niat Solat 

Terdapat 2 lafaz niat yang boleh dilafazkan sama ada secara bersendirian atau berjemaah. Lafaz niat membantu kita sewaktu berniat solat (rukun) semasa Takbiratul Ihram. 

Solat Sunat Tarawih Bersendirian

Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah: 




Maksudnya: 

"Sahaja aku solat sunat tawarih dua rakaat kerana Allah Taala."


Solat Sunat Tarawih Berjemaah (Makmum)


Lafat niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:




Maksudnya: 

"Sahaja aku solat sunat tawarih dua rakaat makmum kerana Allah Taala"

Niat solat sunat tarawih perlu dibaca sebelum setiap kali mengangkat takbir.  Maka solat sebanyak lapan rakaat, maka niat perlu dibaca sebanyak empat kali. 


#5 Cara Solat Dan Surah Yang Boleh Dibaca


> Lafaz niat solat tarawih ialah "Sahaja aku solat sunat tawarih dua rakaat makmum kerana Allah Taala". Allahu Akbar

> Solat la 2 rakaat macam biasa. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Lepas tu naik lagi solat 2 rakaat lagi. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam.

> Lepas dah selesai 4 rakaat, ambillah masa sikit untuk berehat. Bolehlah kalau nak betulkan urat saraf tu yang mana sakit-sakit atau lenguh-lenguh, tapi jangan lama-lama pulak tau.

> Then, sambung lagi 2 rakaat. Kemudian, lengkapkan lagi 2 rakaat. Cukuplah semua sekali 8 rakaat.

Jadi, ini yang paling ringkas untuk korang kena tahu. In syaa Allah selesai dan sahlah solat sunat terawih secara berjemaah. Bagi yang bersendirian pula, pun boleh guna cara yang macam ini.

Disebabkan 8 rakaat, daku cadangkan surah-surah berikut untuk dibaca selepas Sural Al-Fatihah pada setiap rakaat. Jadual yang sama ini, boleh recycle pada setiap malam. Depends pada korang yang melakukannya.

  • Rakaat pertama - Surah Al-Maun
  • Rakaat kedua - Surah Al-Kautsar
  • Rakaat ketiga - Surat Al-Kafirun
  • Rakaat keempat - Surat An-Nasr
  • Rakaat kelima - Surah Al-Masad
  • Rakaat keenam - Surah Al-Ikhlas
  • Rakaat ketujuh - Surah Al-Falaq
  • Rakaat kelapan - Surah An-Nas

Lepas solat sunat tarawih nak kena solat witir tak? Terpulang pada individu. Nak solat terus boleh, tak nak solat terus pun boleh. Nak buat sendiri-sendiri boleh dan nak buat secara berjemaah pun boleh




#6 Doa Selepas Sulat Sunat Tarawih 


Alhamdulillah, selesai juga cara solat sunat tarawih yang paling ringkas dan mudah untuk korang menunaikannya. Datangnya Ramadhan hanya berkunjung selama sebulan dalam setahun jadi Ramadhan adalah tetamu yang paling agong. Jadi, hargailah kehadirannya dengan merebut pahala sebanyak-banyak.

Jika tidak, kitalah orang yang paling rugi kerana mengabaikan peluang keemasan itu. Ambil kesempatan ini untuk laksanakan segala amalan di bulan ini dengan sebaiknya dengan menambah amalan sunat seperti membaca al-Quran dan bertarawih. In syaa Allah, daku harap dipermudahkan segalanya. 



Kredit : AkuIslam.com



4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. kan.. mudah sangat ruksahnya.. nak dgn xnak buat saja.
    semoga kita diberikan kesungguhan nak beribadat dan kejar pahala..

    selamat berpuasa =)

    BalasPadam
  2. Mudah seperti solat sunat biasa. Hee~ harap la dapat puasa penuh tahun ni. ^^

    BalasPadam
  3. tqq share. lagi seminggu je lagi nak puasa kan

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, tak sabar nak taraweh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama