Thistle Johor Bahru Sajikan 'Arabian Night Buffet Ramadhan' Jadi Tumpuan Aku!

Bismillah.
Assalammualaikum.

Thistle Johor Bahru Sajikan 'Arabian Night Buffet Ramadhan' Jadi Tumpuan Aku! | Tak nak panjang pulak tajuk aku hari ni. Aku ni sebenarnya dah kebuntuan nak letak tajuk apa, ni dah ada tajuk okaylah eak daripada tak ada. Memandangkan aku dah 2 kali ke Thistle Johor Bahru ni, aku jadi agak terujalah nak tengok menu apa yang best untuk buffet ramadhan.

Mungkin korang dah familiar dengan hotel ni, sebab ianya berada berdekatan dengan Hospital Sultanah Aminah dan berhadapan dengan Stadium JDT. Kalau dari Senai ni, dalam 30 minit dah sampai sana. Kalau yang tinggal area bandar tu, mungkin dah kenallah hotel ni, sebabnya Hotel ni betul betul berhadapan dengan Stadium. 

Sebenarnya aku macam tak sangka, hotel ini menyajikan hidangan timur tengah yang bertemakan 'Arabian Night'. Memang out of the box je tema hotel ni. Biasanya, tema selera kampung je, lauk pauk banyak masakan melayu. Kadang tu bosan juga nak menikmati, betul tak?

Jom tengok menu apa yang menarik dalam 'Arabian Night Buffet' sepanjang Ramadhan nanti..


Thistle Johor Bahru

Thistle Johor Bahru

Thistle Johor Bahru

Menu yang terdapat di Thistle Johor Bahru ni ialah :

1. Kibas Panggang 30 Hari
2. Daging Panggang Rusuk Barbeku
3. Sup Gear Box
4. Nasi Biryani Daging Salai dan Pisang Muda
5. Mee Goreng Kawah
6. Gerai Kampung Durian Segar
7. Durian Goreng

Amacam? 

Aku makan Nasi Biryani Daging Salai dia pun sedap, walau nampak nasi tu over sedikit presentationnya, tapi rasa dia sedap gila! Dan juga tak lupa, pantang nampak, apalagi kalau bukan Mee Goreng Kawah hahaha. Mabeless oiiii. Serius sedap dan nikmatnyaa laaaa..

Last sekali pi lee amik pencuci mulut, aku memang tak berapa gemar makan desssert macam kek ke kuih-muih ke, bukan tak suka, tapi kurang suka, lagipun perut dah kenyang gilerr masa tu. So aku amiklah seketul dua Durian Goreng. Mabeleesssss nya! Memang thumbs up wei. Ko nanti sekali dah cuba mesti teringat-ingat kesedapan durian goreng di Thistle Johor Bahru ni. .

Kalau ko nak tengok lebih banyak gambar, ko beleklah kat facebook Kat page tu, memang aku letak banyak gambar untuk ko belek, mana tahu ko berkenan nak berbuka kat Thistle Johor Bahru.



Untuk maklumat lagi, sila hubungi : 

ARABIAN NIGHTS BUFFET DINNER 
3 April - 2 May 2022 | 6.30pm - 10.00pm 

EARLY BIRD VOUCHERS 
Beli sebelum 2 April 2022 
RM108 nett per Dewasa 
RM58 nett per Kanak² (6 - 12 tahun) or Warga Emas (60 tahun ke atas) 

NORMAL PRICE 
RM128 nett per Dewasa 
RM68 nett per Kanak² (6 - 12 tahun) or Warga Emas (60 tahun ke atas) 

Special appearance by #thestyloviolinist Aqmal Daniel 
Official Emcee: Embun Jb 
Liveband Performace by Morning Glory 

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi: 
📞 07-222 9234 / 07-267 8999 



2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. What a interesting meals, thanks for your sharing...

    BalasPadam
  2. Thistle memang tak pernah mengecewakan makanan dia, sedap berbaloi kalau makan sana...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama