10 TABIAT BURUK YANG PERLU DIELAKKAN SUAMI TERHADAP ISTERI

Assalammualaikum dan hello there!

10 TABIAT BURUK YANG PERLU DIELAKKAN SUAMI TERHADAP ISTERI | Isteri adalah sahabat sehidup semati kita. Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, kita seharusnya mengelakkan 10 tabiat buruk yang disenaraikan di bawah ini dan memilih untuk menjadi suami yang terbaik, suami yang sanggup mendahulukan kepentingan isteri dan keluarga dari perkara-perkara lain.

1. SUKA MENGKRITIK ISTERI



Cermin diri kita sendiri dan jangan suka mengkritik isteri kita. Pilihlah untuk sentiasa menghargai isteri kita. Berikan pujian-pujian atas apa yang telah dilakukan isteri kepada kita, anak-anak dan keluarga. Kadang-kadang, jika kita perlu membetulkan kesilapan isteri kita, lakukannya secara membina dan positif.

2. SUKA MENGAWAL

Percaya atau tidak, suami tidak selalunya betul. Kadangkala isteri juga sebenarnya bagus dalam membuat keputusan sendiri. Jadi hentikan sikap ingin mengawal isteri dalam apa yang dilakukannya seharian. Lebih baik jika sama-sama dapat bekerja/hidup sebagai sebuah pasukan, sentiasa menggalakkan dan membantu sesama sendiri.

3. ANGGAP ISTERI SEBAGAI OBJEK

Tolonglah suami! Isteri kita bukannya satu objek untuk digunakan. Bukanlah objek yang hanya kita hargai bila perlu dan diabaikan apabila kita sudah dapat apa yang dikehendaki sahaja. Dia adalah isteri, kawan baik dan permaisuri kita, sepatutnya kita perlulah sentiasa menghormati dan menghargai isteri kita sebaiknya.

4. TIDAK MELUANGKAN MASA BERSAMA



Bersyukurlah, kita sangat bertuah kerana mempunyai seorang isteri. Janganlah terlampau sibuk dengan hal lain sehingga kita lupa untuk menghubunginya. Hantarlah pesanan ringkas yang menyatakan kita amat merinduinya. Beritahu dia bahawa dia adalah yang terpenting selain kerja kita, masa melepak dengan kawan-kawan kita, ataupun menonton sukan kegemaran kita.

5. MENGGUNAKAN BAHASA KASAR

Jaga bahasa kita ketika berkomunikasi dengan isteri kita. Jangan sesekali menggunakan bahasa kasar dan lucah kepada isteri kita. Perbuatan suka menggelarkan isteri juga perlu dielakkan. Gunakanlah bahasa yang sesuai serta sopan ketika berkomunikasi dan tunjukkanlah kematangan diri kita.

6. SUKA MENONTON PORNOGRAFI

Sedar atau tidak, tabiat ini akan mengganggu kebahagian rumah tangga kita. Jika kita tidak membuang tabiat ini, kita tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang ada sekarang.

7. HARAPAN TERLALU TINGGI KEPADA ISTERI

Janganlah membandingkan isteri dengan contoh yang terlalu tinggi. Sikap suka membandingkan fizikal dan kebolehan isteri dengan seseorang yang lain akan menyebabkan isteri menjadi agak gopoh dan kurang keyakinan diri.

8. TIDAK MEMBANTU MELAKUKAN KERJA RUMAH



Kita mungkin penyumbang utama pendapatan untuk keluarga, tetapi itu bukanlah bermakna kita hanya perlu duduk bersenang lenang sahaja di atas sofa dan membiarkan isteri melakukan semua kerja rumah seorang diri. Bebaskan diri kita dari sikap sebegitu dan tawarkan diri kita untuk membantu.

9. SELALU HILANG SABAR



Sedarlah kita sudah dewasa. Selalu hilang sabar seterusnya memarahi isteri adalah tidak membantu membina sebuah keluarga bahagia. Memukul atau mendera isteri juga adalah perbuatan yang melampaui batas. Belajarlah mengawal emosi, respon segala permasalahan dengan tenang dan penuh kasih sayang. Isteri akan sentiasa berasa selamat di samping kita.

10. SUKA MENIPU

Jangan suka menipu dan mengambil kesempatan di atas kepercayaan isteri kita dengan berskandal ataupun mempunyai perempuan lain. Biarpun isteri kita tidak tahu, ini adalah salah. Ingatlah bahawa sepandai-pandai kita menyembunyikan bangkai yang busuk, akhirnya tercium juga.



OK, wahai suami, sekarang jika kita melihat diri kita mempunyai salah satu atau semua tabiat buruk ini, berazamlah untuk mengubah diri kita menjadi seorang suami yang lebih penyayang, bertanggungjawab, sentiasa mendengar dan setia kepada isteri serta keluarga kita. Inilah kebahagian yang diimpikan oleh seorang isteri lebih daripada harta benda dan wang ringgit.

Sumber : Facebook

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Kalau baca IIUM confession kat fb tu, berlambak yang perangai kat atas ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama