7 Koleksi Lauk Masak Lemak Cili Padi Berapi

Bismillah.
Assalammualaikum.

7 Koleksi Lauk Masak Lemak Cili Padi Berapi | Lama juga tak masak dan makan lauk lemak cili api ni kan? Asyik lauk yang sama je memang boringlah. Kadang tu lauk tengahari aku dah tak tahu nak masak apa. Balik balik menu yang sama manjang.


Lagi pun, macam dah lama tak tulis koleksi lauk pauk. Hari ni aku nak kongsikan koleksi lauk masak lemak cili padi berapi. Mana tahu lauk di bawah ni mungkin dah jadi menu kegemaran korang kan. Jadi, apa salahnya kalau cuba buat sendiri.

Jom kita tengok lauk lemak cili api apa je yang ada di bawah ni?

Koleksi Lauk Masak Lemak Cili Padi Berapi


Di bawah ini aku senaraikan 7 koleksi lauk lemak masak cili padi berapi. Resepinya amat mudah dan bahan yang diperlukan sudah semestinya ada di dalam dapur korang. Jom cuba masak!

7 Koleksi Lauk Masak Lemak Cili Padi


Lauk Masak Lemak Cili Padi Berapi

#1 Masak Lemak Cili Api Daging Salai/Bakar


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500 gm daging lembu 
  • 1 biji kelapa parut - perah ambil santan 
  • 2 batang serai - diketuk 10-15 biji cili api 
  • ** 4 biji bawang merah 
  • ** 2 ulas bawang putih 
  • ** 1 ketul kunyit hidup 
  • ** 2 keping asam gelugor 
  • 1 helai daun kunyit - dicarik sahaja 
  • 1 sudu makan garam atau secukup rasa 
  • 1/2 sudu teh gula atau secukup rasa 
  • Bahan pelengkap - jika mahu 3 biji kentang potong ikut citarasa atau boleh juga letak belimbing buluh mahupun petai muda 

Cara memasak:

1. Bersihkan daging, lumur dengan sedikit garam, bakar/salai daging hingga masak. Kemudian potong nipis kemudian digaul pula dengan serbuk kunyit. 

2. Bahan bertanda (**) ditumbuk lumat. 

3. Dalam periuk/kuali panaskan minyak, tumis serai kemudian masukkan bahan tumbuk masak hingga naik bau wangi. 

4. Masukkan santan, asam keping dan kentang biarkan mendidih api perlahan. Untuk dapatkan warna kuning yang menarik tambah sedikit serbuk kunyit. 
5. Masukkan daging, garam dan gula secukup rasa serta daun kunyit. 

6. Apabila masak tutup api, sedia dihidang.


Lauk Masak Lemak Cili Padi Berapi

#2 Ayam Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam satu ekor di potong kecil 
  • Cili api campur merah/hijau (nak lompat bintang letak banyak sikit) 
  • Serai d ketuk 2 batang
  • Kentang 4 biji
  • Santan 3 ringgit
  • Asam gelugur sekeping
  • Gula nisan (sedikit untuk memancing rasa) 
  • Maggie secukup rasa
  • Garam
  • Kunyit

Cara memasak:

1. Ayam dicuci bersih dan digaram kunyit serta di goreng sederhana masak. Setelah siap masukkan dalam periuk. Cili api di blander kasar 

2. Kentang buang kulit dan dipotong 4 dan direbus. Masukkan santan, cili, kentang, serai yang diketuk, asam gelugur di dalam periuk ayam yang siap di goreng tadi. Boleh mula masak.

3. Perasa kan dengan garam maggie secukup rasa dan nisan. Masukkan daun kunyit yang di carik dan sedia untuk dihidang

Masak Lemak Cili Padi Berapi

#3 Masak lemak cili api siput sedut


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kg siput sedut (di potong hujung nye) 
  • Segenggam cili padi 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 1 sdu teh lada hitam 
  • 1 sudu teh biji ketumbar 
  • 1 sdu teh jintan halus 
  • 1 sudu teh jintan putih 
  • 2 inci halia 
  • 2 inci kunyit hidup @1 sdu teh serbuk kunyit 
  • 1 kotak santan 
  • 3 keping asam keping 
  • 2 btg serai (di ketuk) 
  • Garam & serbuk perasa 

Cara memasak 

1. Kisar atau tumbuk semua bahan (bawang merah, cili padi, halia, jintan halus, jintan putih, lada hitam dan serbuk kunyit atau kunyit hidup. 

2. Masukkan bahan kisar, santan, serai, asam keping dan siput sedut ke dalam satu periuk. Sekiranya terlalu pekat boleh tambah kan sedikit air. Bergantung pada selera masing masing. 

3. Hendaklah sentiasa kacau utk elakkan santan berketul. Kacau sehingga menggelegak. Setelah menggelegak, masukkan garam dan serbuk perasa, sesuaikan rasa. Sudah siap boleh dihidang bersama nasi panas.

Lauk Masak Lemak Cili Padi Berapi

#4 Ikan Merah Masak Lemak Cili Api Nogori


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 inci Kunyit Hidup ditumbuk 
  • (2 sudu kecil serbuk kunyit) 
  • 1 ekor Ikan Merah 
  • 1 sudu besar cili api yang sudah diblend (ikut kepedasan) 
  • 1 cwn santan pekat 
  • 1 1/2 cwn air 
  • 2 batang serai diketuk 
  • 1 kpg asam keping 
  • Garam secukup rasa 

Cara memasak: 

1.Masukkan santan, air, kunyit, cili padi, asam, serai dan garam. Masak atas api sederhana sehingga hampir mendidih. Perlu sentiasa di kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak. 

2.Masukkan ikan yang telah dicuci bersih. Tambah serbuk kunyit jika warna kurang menarik.Masukkan daun kunyit dan sayur pilihan (terung, kacang panjang). Biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala. 

4. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tutup api dan siap dihidang. 


Lauk Masak Lemak Cili Padi Berapi

#5 Udang Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 400 gram udang 
  • 1 biji nanas (saya guna size kecil) 
  • Segenggam cili padi 
  • 2 biji kunyit hidup (sebesar ibu jari setiap sebiji) 
  • 2 batang serai 
  • 2 helai daun kunyit (dihiris) 
  • 1 1/2 kotak santan 
  • 2 cawan air suam 
  • 1 1/2 sudu kecil garam 

Cara memasak:

1.Tumbuk lumat kunyit hidup & cili padi. Ketuk hancur serai. Masukkan nanas dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk. Hidupkan api,kecutkan nanas seketika. Bila nanas sudah mengecut,air akan keluar dari buah nanas. Masukkan udang. 

2. Tuangkan santan dan air suam. Taburkan garam,daun kunyit serta serai. Kecilkan sedikit api,biarkan mendidih. Jangan sampai santan pecah. Perasakan secukupnya.Siap!


Lauk Masak Lemak Cili Padi Berapi

#6 Telur Ikan Masak Lemak Cili Api 


Bahan yang diperlukan:
  • 300 g Telur Ikan 
  • 1 Inci Kunyit 
  • 1 Batang Serai 
  • 8-10 cili api 
  • 2 Keping Asam 
  • 2 Cawan Santan 
  • Garam 

Cara memasak:

1. Bersihkan telur ikan dengan air asam. Blend kan kunyit dan cili api. Serai titik sahaja. Masukkan santan dan bahan blend ke dalam periuk. Masakkan dengan api sederhana. Masukkan serai dan asam keping. Apabila santan mendidih, masukkan telur ikan dan perisa kan dengan garam. Siap



Lauk Masak Lemak Cili Padi Berapi

#7 Kerang Dan Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api


Bahan yang diperlukan: 
  • 1 kilogram kerang 
  • 2 ikat pucuk paku 
  • 200 ml santan pekat 
  • 200 ml air 
  • 1 helai daun kunyit dihiris 
  • 2 batang serai diketuk 
  • 1 keping asam gelugor 
  • 3 sudu makan minyak 
  • 1 sudu teh garam (secukup rasa) 

Bahan A - Ditumbuk 
  • 10 tangkai cili api (boleh ditambah atau dikurangkan) 
  • 2 ketul kunyit hidup 
  • 3 ulas bawang merah 

Cara memasak:

1.Sediakan bahan-bahan. Masukkan kerang ke dalam kuali. Tak perlu tambah air ye. Buka api yang agak kuat dan tutup kuali. Tak sampai 2 minit, kerang dah terbuka. Ketepikan 

2.Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan A. Masukkan air. Bila dah mendidih, masukkan pula santan dan asam gelugor. Sentiasa dikacau agar santan tidak pecah minyak .Setelah mendidih, masukkan pucuk paku, daun kunyit dan kerang tadi. Perasakan dengan garam. Dah siap, sedia dihidang.

0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama