Apa Pekerjaan Pertama Korang Selepas Habis SPM?

Assalammualaikum.
Bismillah.

Apa Pekerjaan Pertama Korang Selepas Habis SPM? | Dah 9 tahun dah tinggalkan spm, kenangan sekolah yang tak boleh dapat kat mana mana pun. Dulu spm, daku ni bukanlah pelajar yang ditarget oleh cikgu semasa spm. Daku ni sibuk dengan kokurikulum berbanding dengan kurikulum.

Dulu, ingat lagi, sampai cikgu tak bagi masuk kelas sebab muka ni dah jadi wanted. Hari hari dok latihan bola jaring, dah habis bola jaring sambung pulak dengan pertandingan pantun. Dekat-dekat barulah gigih study semua pelajaran yang tertinggal. Kononnya nak sama berat pelajaran idan kokurikulum tapi hampeh. Daku lebihkan kokurikulum hahahhah

Alhamdulillah, spm dapat 4A. Cikgu pun tak sangka, muka daku ni jadi no 2 pelajar spm terbaik sekolah. Hai lah kenangan. Jadi, lepas je spm, korang buat apa? Terus bekerja? dan apakah pekerjaan pertama korang?

Daku sebenarnya dah mula bekerja sejak umur 15 tahun, kerja kedai makan. Masa ikut mak kerja kedai makan. Sabtu ahad mesti kerja sebab nak cari duit poket dan duit topap masa tu. Kadang dalam waktu ada paper spm pun sempat lagi kerja kedai keropok cik ana. Tolong cik ana meniaga, dapatlah sehari tu RM20-RM25. Jadilah eak dari tak ada.




Habis je spm terus naik kuala lumpur duduk rumah abang yang tua. Kiranya pekerjaan pertama lepas habis spm adalah bakers. Dulu kerja baker, tukang buat roti dekat Aeon Big Wangsa Maju. Ada lah dalam 6 bulan sebelum nak masuk belajar kat kolej.

Syok jugalah kerja baker, kadang dapat makan roti free. Ilmu buat roti tu sampai sekarang boleh lagi ingat. Konon sebelum masuk kolej, nak amik bidang culinary art sebab syok dengan buat roti, last last sangkut pulak dengan civil engineering.

Kiranya, jadi kenangan je lah pekerjaan tu. Tak silap, dekorasi baker aeon big tu dah tak sama macam dulu waktu awal awal kerja. Staff kat situ pun tinggal sorang je, lain lain dah buat haluan sendiri. Rindu kot dengan moment buat roti dan alhamdullilah masih lagi contact dengan geng geng baker dulu sampai lah sekarang.

8 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. allhamdulillah.... pengalaman berharga tu sis... akak x keje lepas spm, rasa cam rugi lak... duk umh je tgu masuk stpm...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, pengalaman pertama bila bekerja adalah pengalaman yang paling berharga dalam kehidupan kita.. macam akak pun, selepas habis SPM akak bekerja sebagai salesgirl merangkap kerani dekat kedai perabot..

    BalasPadam
  3. kerja jurujual kat kedai baju. 3 bulan je..

    BalasPadam
  4. Lepas spm tak kerja, duk tanam anggur je kat rumah hehehe. Tapi masa cuti sem diploma, first time kerja. Kerja kat mcdonalds. Best!

    BalasPadam
  5. jadi operator kilang 3 bulan.. hehe

    BalasPadam
  6. admire dgn org yg dah pandai cari duit sejak bangku skolah lagi.. me starts kerja habis diploma saja

    BalasPadam
  7. jadi cashier di pasaraya pakaian. Betul pengalaman berharga sgt sbb mengajar erti penat lelah mencari rezeki.

    BalasPadam
  8. Kerja kilang jer... jadi minah kilang. Tapi bila difikirkan balik best tau kenangan tu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama