Imej mungkin mengandungi: makanan


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Anda 'First Time' Masak Rendang? Ini Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Simple. | Rendang ayam ni adalah salah satu menu yang wajib ada di pagi hari raya. Tapi, boleh je makan rendang ayam di hari hari biasa. Sebelum ni daku mampu tengok je mak masak rendang ayam, nampak susah juga nak masak rendang ayam. Dulu-dulu tiap kali nak masak rendang ayam, mesti kena tumbuk lumat kepala yang digoreng tanpa minyak untuk dijadikan kerisik. Sekarang, kerisik ni dah ada dah yang ready mix, tak perlu nak tumbuk guna batu lesung. 

Menu pagi raya rumah mak daku, wajib ada rendang. Kalau tak ada rendang ayam atau daging, macam tak berseri je meja makan mak. Eh boleh pulak gitu. Jadi, lepas ni no more kata susah nak masak, padahal dalam google dah bersepah dah resepi rendang ayam mudah. Mahu dengan tak mahu je nak membuatnya. Betul tak? 

Hari ni daku kongsikan resepi rendang ayam mudah dan simple untuk korang. Selamat mencuba!



Bahan-bahan untuk membuat rendang ayam ; 


  • Setengah ekor ayam - Basuh bersih dan toskan
  • 2 biji bawang besar
  • 10 biji bawang kecil
  • Sedikit halia
  • 2 batang serai
  • 3 biji bawang putih
  • Sedikit kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering - rebus bagi lembut 
  • 1 sudu rempah daging
  • 1 sudu cili rempah
  • 1 helai daun kunyit
  • Asam keping
  • Kerisik kelapa



Cara-cara untuk membuat rendang ayam :


Sila ikut langkah-langkah di bawah dengan teratur. 


1) Blend 2 biji bawang besar, 10 biji bawang kecil, sedikit halia, 2 batang serai, 3 biji bawang putih dan sedikit kunyit hidup. Blend sehingga lumat ye bahan-bahan itu. Pastikan halus agar kuah rendang nanti tak berserabut. Asingkan ke dalam mangkuk dan masukkan 1 sudu rempah daging bersama 1 sudu cili rempah. Dengan menggunakan blend yang sama, blendkan 15 tangkai cili kering sehingga lumat dan asingkan di mangkuk yang lain. 

Imej mungkin mengandungi: makanan

2) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Kacau sehingga naik bau. Masukkan daun kunyit, tapi kalau taknak masukkan pun tak apa. Sementara tunggu kuah rendang ayam masak dan pecah minyak, boleh racik halus daun kunyit. Jangan lupa masukkan ayam. 

Imej mungkin mengandungi: makanan


3) Masukkan asam keping dan dua sudu kerisik kelapa. Kacau sehingga sebati dan masukkan sekotak santan. Santan ni boleh je guna santan kelapa sebanyak 1 biji, tapi jika nak mudah dan cepat, guna santan kotak yang ready mix. Jangan lupa kacau tau. Kita tak mahu santan jadi berketul ketul. Masukkan sedikit gula merah, tak nak masuk pun tak apa. 


Imej mungkin mengandungi: makanan dan dalam


4) Masakkan rendang ayam ni lebih kurang satu jam. Bila kuah dah bertukar warna gelap dan pecah minyak, masukkan daun kunyit yang diracik halus tadi tu. Tapi bila kuah agak pekat, boleh masukkan 2 cawan air berselang seli. 


Imej mungkin mengandungi: makanan

5) Dah siap rendang ayam! Rendang ayam ni korang kena pastikan selalu kacau supaya kuahnya tidak hangit. Nanti bila dah hangit, tak sedap pula nak makan. 

Imej mungkin mengandungi: makanan



Alamak! Kenapa mudah sangat resepi rendang ayam ni? Buat korang first time buat rendang ayam, boleh cuba ikuti langkah-langkah di dalam resepi ni. In syaa Allah menjadi! Bolehlah hari raya Aidilfitri makan rendang ayam. 

Selamat mencuba!




SUMBER :  FACEBOOK



2 Ulasan

  1. Tidak sabar untuk menikmati rendang raya akan datang.

    Jemput baca dan komen,
    https://tarotthefool.blogspot.com/2020/05/14th-educational-trip-experience-lodz.html

    BalasPadam
  2. hu hu hu aida la first time merendang sendiri thn ni, OM.
    aduhai. sayu la hati ni...
    maybe lusa nak merendang dah. rendang daging.
    dpt beli 2 kg batang pinang pagi td.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!