Buffet Ramadhan Sajian Antara Benua di Double Tree Johor

Baru-baru aku berkesempatan untuk merasai pengalaman 'ulasan makanan' buffet ramadhan di Double Tree by Hilton Johor Bahru. Kalau nak diikutkan, memang aku tak suka makan kambing. 

Tapi entah macam mana, semenjak pergi review ni jadi suka makan kambing. Risau juga makan kambing ni jadi pening kepala, tapi bila dah makan tu elok je tak pening pun.

Terkejut juga bila Double Tree by Hilton Johor Bahru sajikan 'Lamb Shank Biryani'. Semua yang hadir nanti akan dapat 1 pcs Lamb Shank ni ya. 

Double Tree Johor

Tak perlu nak berebut dan beratur bila nak makan Lamb Shank. Sebenarnya kan, ini pengalaman pertama makan Lamb Shank sampai habis. Sampai tak nak makan menu yang lain, sebabnya dah kekenyangan. 

Bufet makan malam ramadhan nanti adalah sebahagian daripada kempen ‘Citarasa Serantau’ di seluruh negara oleh hotel Hilton di Malaysia. 

Double Tree Johor

Bufet ini diinspirasikan oleh permaidani budaya dan warisan masakan Malaysia yang unik, tema tahun ini menyeru semua penggemar makanan untuk meneroka citarasa ikonik Malaysia dan seterusnya. 

Citarasa Serantau yang bermaksud rasa atau rasa dari rantau ini, bukan sahaja mengetengahkan kegemaran tempatan tetapi juga hidangan dari negara jiran kita seperti Indonesiadan Thailand. Jadi, Malaysia cuba menonjol sebagai pusat kepelbagaian di Asia dan Citarasa Serantau di Hilton. 

Antara sajian Citarasa Serantau yang dihidangkan pada haritu adalah:

1. Siput Sedut Masak Lemak
2. Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak
3. Peking Duck
4. Harissa Kambing Golek
5. Assam Pedas Ikan Siakap
6. Kerala Crab Curry
7. BBQ Style Beef Brisket

Double Tree Johor

BBQ Style Beef Brisket tu memang sangat sedap tau. Dia masak memang lembut dan sangat puas hati bila makan. Isinya pun lembut dan rasa memang cukup segalanya hehehhe. Terima kasih Chef dah masakkan sedap hari tu.

Dan tak lupa juga, anda jangan lupa untuk mencuba Bubur Lambuk Daging Tetelnya tau, rasanya cukup segala rempah dan sangat sedap! Jarang nak jumpa bubur lambuk yang sebenarnya di hotel. Aku sendiri pun repeat 2 kali makan bubur lambuk, eh sedap betul!

Double Tree Johor

Selain itu, ada juga Serawa Durian. Kuahnya pekat betul dan sedap dimakan dengan pulut. Puas hati makan, inilah kelainan Double Tree sebabnya mereka sajikan makanan yang betul sedap ditekak.

Sepanjang anda berbuka puasa disini, anda akan disajikan dengan persembahan Live Band. Takde laa rasa sunyi sangat time makan tu nanti kan. 

So apalagi, buat tempahan sekarang sebelum fullhouse. 


Nah details!

𝗦𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗲𝗻𝘂𝗮 𝗕𝘂𝗳𝗳𝗲𝘁 𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗶𝘁𝗰𝗵𝗲𝗻
22 March – 21 April 2023 | 6.30pm – 10.00pm
RM198 nett per adult | RM99 nett per child

𝗕𝗮𝘇𝗮𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗿𝗮 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗮𝘁 𝗧𝗵𝗲 𝗙𝗼𝗼𝗱 𝗦𝘁𝗼𝗿𝗲 
22 March – 21 April 2023 | 6.30pm – 10.00pm
RM138 nett per adult | RM69 nett per child

Dapatkan HARGA EARLY BIRD SEBELUM 15 Mac ni untuk penjimatan ye korang.

Book now at bit.ly/RamadanAtDTJB or call us at +607 268 6868.

0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama