Buffet Ramadhan Restoran Pretty Event & Planner di Stulang JB

Apa khabar para pembaca sekalian? Dua bulan ni memang banyak entri buffet ramadhan. Kurang seminggu lagi kita akan menyambut Ramadhan, jadi ada di antara kita yang sedang mencari tempat untuk berbuka puasa.

Kali ini, aku kongsikan buffet ramadhan di Stulang Johor dan buffet ini sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak dibawah 12 tahun. Sebabnya! Mereka bagi percuma sahaja untuk anak-anak bawah 12 tahun, jadi hanya perlu bayar untuk harga dewasa sahaja.

Terlupa pula eak!

Restoran Pretty Event & Planner

Tahniah diucapkan untuk Restoran Pretty Event & Planner diatas pembukaan restoran mereka di Stulang Johor. Jarang tau restoran dan hotel nak bagi makan free untuk anak anak bawah 12 tahun. Hanya di Restoran Pretty Event & Planner je tau yang ada!

Di sini akan menghidangkan lebih daripada 70 menu yang boleh anda cuba sepanjang bulan puasa nanti. Apa yang aku tahu, chef kata mereka memang tak kedekut bahan dan pastinya semua sedap sedap belaka. 


Restoran Pretty Event & Planner

Restoran Pretty Event & Planner

Restoran Pretty Event & Planner

Antara menu yang ada disini ialah Nasi Beringin, Nasi Briyani, Kambing Golek, Ayam Masak Lemak Cili Api, Asam Pedas Ikan Mayong, Keli Berlado, Sambal Udang, Ayam Masak Merah, Kari Daging, Kambing Biryani dan banyak lagi! 

Boleh dikatakan kat sini, menunya semua lauk-pauk kampung. Sesuailah untuk tekak kita orang melayu ni kan. Aku sendiri pun suka menu-menu yang ada disini. Lagi mereka ni akan topupkan makan yang dah habis, refill je mana yang dah habis tu. 


Restoran Pretty Event & Planner

Restoran Pretty Event & Planner

Selain menu berat, di sini juga ada menu ringan seperti Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Kari, Bihun Goreng, Mee Goreng, Roti John, Roti Jalan & Kari Ayam, Lempeng & Sambal Hijau, Pepes, Otak-otak, Ikan Bakar, aneka gorengan, Bubur Lambuk dan macam-macam lagi.

Restoran Pretty Event & Planner

Di bahagian dalam restoran, ada pelbagai jenis pembuka selera seperti Kerabu Mangga, Kerabu Kaki Ayam, minuman sejuk, pencuci mulut, Ulam-ulama dengan sambal. Selain itu, ada juga pilihan kek potong, kuih muih melayu, Cream Puff dan Brownies yang mereka sediakan.

Mereka juga sediakan surau untuk solat sepanjang bulan puasa nanti. Jadi, pastinya memudahkan anda yang berbuka puasa di sini. Oh ya! Jangan lupa booking awal tau. Jumpa anda di sana nanti.

🌙 Buffet Iftar Ramadan Vantage Bay 

Restoran Pretty Event & Hall
📍 Sebelah MCD Stulang Laut & Depan KFC Stulang

🕛 Bermula Tarikh 25 Mac-19 April 2023
💸  Dewasa: RM89
💸 Kanak Kanak: RM45 (13-17 tahun)
🌹 Usia 12 tahun Dan kebawah: FREE
💸 Warga Emas: RM65 (60tahun Dan ke atas)

Harga termasuklah 6% SST & 10% service charge

10 PEMBELIAN TEMPAHAN akan Diberi 1 TEMPAHAN PERCUMA

Haaa..apa tunggu lagi tuu??

Sebarang pertanyaan, boleh rujuk kepada
Liza: +60167581307 ATAU Kak Sha: +601173394317

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. boleh tahan harga die berbaloi. aduh lapar perut pula tengok makanan tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama