Menu Buffet Ramadhan di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi dan semestinya membuatkan kita tak sabar untuk menjalankan ibadah puasa dan beramal sepanjang bulan tersebut. Selain itu, antara yang paling ditunggu juga ialah buffet berbuka puasa dengan juadah yang enak-enak belaka akan dihidangkan.  

Alhamdulillah, baru-baru ini aku dijemput ke preview Buffet Ramadhan 2023 johor bahru di Holiday Villa Johor Bahru City Centre. Untuk ramadhan kali ini, mereka mengadakan Buffet Berbuka puasa dengan pelbagai juadah yang menarik. Jika anda nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini ya.


Holiday Villa Johor Bahru City Centre
Sup Tulang Merah Singapore


Menu Buffet Ramadhan di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Buffet Ramadhan di  Holiday Villa ini menyediakan pelbagai pilihan makanan daripada masakan tradisional, lauk-pauk, kuih-muih tradisional, sate dan pelbagai lagi yang bertemakan Sajian Desa Ramadan. Lokasi ini sangat sesuai untuk anda membawa keluarga, anak-anak, rakan-rakan dan sebagainya kerana pelbagai faktor selain pilihan makanan yang banyak. 

Sebelum menceritakan lebih lanjut tentang makanan, aku nak cerita dahulu tentang fasiliti dan lokasinya terlebih dahulu ya. Holiday Villa Johor Bahru ini terletak di lokasi strategik iaitu mereka betul-betul berada di bersebelahan dengan KSL City Mall. 

Selain itu, tempat meletak kereta disini sangat luas dan memudahkan bagi mereka yang datang dengan kenderaan sendiri. Fasiliti di sini seperti tandas dan surau disediakan untuk pengunjung yang hadir berbuka puasa. 

Holiday Villa Johor Bahru City Centre
Kambing Golek Nasi Briyani
Holiday Villa Johor Bahru City Centre
Sup Tulang Merah

Buffet kali ini mereka menghidangkan dengan pelbagai pilihan masakan Malaysia yang menarik bersama-sama dengan hidangan Malaysia yang lain sepanjang masa. Jadi, anda boleh semarakkan semangat Ramadhan bersama keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja anda bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023. 

Hidangan buffet disini turut menghidangkan masakan tempatan yang menggoda, hidangan barat yang lazat serta gerai makanan yang pastinya akan mengujakan selera anda. Kemuncak bufet adalah Kambing Bakar kami yang diperap dengan enak dan sesuai untuk jamuan Ramadhan setiap hari. Selain kambing panggang, hidangan bufet ini menampilkan makanan kampung asli tradisional seperti Rendang Tok yang lembut, Laksa Johor, Sate Ayam dan Daging, Durian Goreng, Aneka Kerabu, Waffles, dan pelbagai lagi. 

Holiday Villa Johor Bahru City Centre
Rendang Tok
Holiday Villa Johor Bahru City Centre
Aneka kuih muih

Mereka juga turut menyediakan ulam-ulaman dan aneka sambal seperti sambal mangga, sambal belacan, cencalok, budu, sambal tempoyak dan pelbagai lagi. Selain itu, disini juga terdapat bubur lambuk dan menu yang paling wajib untuk anda cuba.

Anda boleh tengok semua gambar menu di FB page aku ya. 


Sajian Desa Ramadan Buffet Dinner

📌Fern Pine Cafe, Holiday Villa Johor Bahru City Centre
⏰️6.30pm ~ 10pm

EARLY BIRD PROMOTION *Beli voucher sehingga 1 Feb 2023*
💰RM118 nett per Dewasa

NORMAL PRICE
💰RM158 Nett | Adult
💰RM108 Nett | Senior Citizen (>60thn) & Child (5~11thn) 

Utk tempahan hubungi ☎️ +607-2903367/ +60166794278

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama