100K Pageviews Tidak Kesampaian Tapi Dapat 2 Juta

Lama tau tak update blog. Kalau ko perasan, aku ni banyak repost je entry lama sebab aku agak sibuk sikit nak update blog. Jadi hari ni berkesempatan nak menulis blog. Aku pun tengah nak siapkan beberapa entri blog food review, makan sudah tapi tak reti lagi nak update kan.

Aku ada target untuk capai 100K pageviews bulan lepas tapi itulah tak kesampaian. Aku dapat dalam 92K macam tu. Sedih betul eak! Sikit aje lagi tu kan, harapnya bulan ni aku dapatlah merasa 100K sebulan. Lama dah ni mengidam.

Tapi,

Alhamdullilah, aku bersyukur blog aku ni dah cecah 2 Juta pageviews. Eeee happy sungguh tau. Dalam waktu yang sama, IG aku pun dah dapat 10K masa tu. Ya Allah bertubi-tubi rasanya tu. Seronok betul.

100K Pageviews Tidak Kesampaian

Di bulan yang sama juga, aku merasa cash out adsense kali 3 tahun ni dan kali ke 4 selama aku berblogging. Alhamdullilah ala kulli hal. Seronok sungguh. Boleh aku buat tambah-tambah duit belanja dapur kan, boleh juga topup duit susu dan pampers Luth.

Walaupun aku tak dapat apa yang aku target tapi aku dapat pencapaian yang lain. Rezeki Allah nak bagi, aku sendiri pun tak boleh nak jangka. 

Aku target untuk kumpul adsense 50usd sebulan. Jadi, memang kena banyak kerja dan betulkan apa yang patut. Sambil tu, kenalah rajin usaha tengok tips untuk banyakkan adsense blog aku ni. Mana tahu tahun depan bolehlah aku merasa cash out tiap bulan. 

Begitulah target aku.

Tambah pula bila aku ni 9 bulan dah tak bekerja, kenalah cari duit poket lebih. Tak boleh juga nak harapkan suami bagi lebih, kesian pula dia nanti. Dengan blog, bolehlah aku kurangkan beban suami aku. 

Korang bloggers,

Usaha lebih tau. Kena gigih dan kerja keras untuk dapat apa yang kita nak. Semoga korang pun sama-sama berjaya achieve apa yang korang nak ye.


5 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Tahniah! Semoga terus bertambah view. 👍

    BalasPadam
  2. Tahniah!! Bila dah fulltime senang sikit nak fokus dgn blog kan.. Apapun semoga dimrahkan rezeki selalu buat Shu sekeluarga.. Keep it up!

    BalasPadam
  3. Tahniah! Hebatnya, saya belum merasa cash out lagi. Semoga tercapai cita-cita dan terus sukses. Amin

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama