Season of Splendor Christmas Di Double Tree By Hilton Johor

Bulan ni dah nak meraikan perayaan Natal bagi mereka yang raikannya. Seronok tau tengok pokok krismas menghiasi shopping mall-mall di seluruh Malaysia. Aku agak teruja bila Double Tree invite untuk merasai pengalaman Christmas Buffet Dinner di sana.

Rata-ratanya semua makanan berasaskan daging. Makanan seafood dan ayam macam kurang sikit menunya berbanding daging. Pelbagai jenis hidangan tau dihidangkan, sampai tak tahu aku ni nak makan yang mana satu. 

Double Tree By Hilton Johor

Buffet Dinner kali ini diinspirasikan oleh keanggunan moden abad pertengahan abadi, tema perayaan 'Season of Splendor' memahami tradisi yang menyejukkan hati, perjumpaan mesra, dan menghidupkan semula detik keluarga dengan sentuhan kemewahan.

Di Double Tree ni, kalau ko nak ala-carte pun ada juga. Lagi baik kalau bawak je family dan makan di sini. Bolehlah ko berseronok dan bercerita dengan family ko kan. Di sini juga menghidangkan menu-menu menarik bermula dari Hi-Tea sehinggalah Buffet Dinner.

Jom ler, kita tengok menu apa aje yang dihidangkan. Manalah tahu ada yang ko berkenan untuk cuba.

Antaranya ialah:

  • Signature Pecking Duck
  • Beef Wellington
  • Sage marinated Turkey
  • Beef Stroganoff
  • Lamb Shank osso Bucco

Season of Splendor Christmas Di Double Tree By Hilton Johor


Double Tree By Hilton Johor

Double Tree By Hilton Johor









Makan Malam Buffet Krismas yang istimewa di Makan Kitchen boleh didapati dari 23 hingga 25 Disember 2022, 6.30 petang hingga 10.00 malam, berharga RM188 bersih setiap dewasa dan RM94 bersih setiap anak. 

Pengunjung akan disambut dengan hadiah pintu perayaan, penampilan istimewa daripada Santa Claus dan berpeluang memenangi harga menarik di Wheel of Fortune dengan perbelanjaan minimum RM600. Confirmlah anak-anak suka dan seronok kan.

First time tau aku makan Beef Wellington tu. Selama ni mampu tengok je dalam Master Chef Australia. Alhamdullilah hari tu, rezeki aku dapat merasai. Memang sedap dan kena dengan tekak aku. 

Double Tree By Hilton Johor


Untuk menikmati sambutan bersama keluarga dan rakan-rakan, Makan Kitchen akan menyediakan Bufet Teh Tinggi Krismas dari 24 hingga 26 Disember 2022, 12.30 tengah hari hingga 3.00 petang berharga RM108 bersih bagi setiap dewasa dan RM54 bersih bagi setiap kanak-kanak. Sorotan menu termasuk Turki Perap Sage Panggang, Ketam Cili dengan Spring Onion, Log Raspberry Yule dan Menara Macaroon yang dicari-cari.

Makan Malam Bufet Makanan Laut Perayaan akan disediakan setiap hari Jumaat dan Sabtu, dari 2 – 30 Disember 2022, 6.30 petang hingga 10.00 malam, berharga RM178 bersih bagi setiap dewasa dan RM89 bersih bagi setiap kanak-kanak dan warga emas. Sorotan menu termasuk Pineapple Mango Bruschetta, Seafood on Ice segar, Seafood Paella, Szechuan Chili Crab dan banyak lagi!

Double Tree By Hilton Johor

Barisan buffet lain yang menarik untuk berkumpul dan dinikmati oleh keluarga dan rakan-rakan termasuk Makan Malam Bufet Hari Minggu Perayaan, 1 - 29 Disember, tersedia setiap Ahad hingga Khamis dari jam 6.30 petang –10.00 malam, berharga RM 118nett setiap dewasa, RM 59nett setiap kanak-kanak dan Warga Emas .

Makan Malam Bufet Ambang & Hari Tahun Baru berharga RM 188nett setiap dewasa, RM 94nett setiap kanak-kanak dan Bufet Hidangan Teh Tinggi Tahun Baru boleh didapati dari 12.30pm - 3.00pm, berharga RM 108nett setiap dewasa, RM54nett setiap kanak-kanak. Makan Kitchen terletak di aras lobi Doubletree by Hilton Johor Bahru.

Kalau ko nak tengok gambar menu Buffet Dinner ni, ko jengoklah Page Facebook aku. Kat sana banyak gambar, ko beleklah satu-satu.

Uih, banyak betul buffet dinner, hi tea dan set dinner dari Double Tree By Hilton JB ni. Segala menu-menu diatas yang korang nak tengok, boleh klik di sini > bit.ly/ChristmasAtDTJB2022

0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama