Pageviews Naik Bila Tukar Template

Pageviews Naik Bila Tukar Template | Kalau ko perasaan, blog aku ni berwajah baru lagi kan? Aduh pening kepala, duit blog asyik nak beli template aje kerja. Hehehehhe. Blog ni pun ada juga hasilnya, jadi apa salahnya kan.

Tahun ni rasanya dekat 2 kali aku tukar template. Kerja nak tukar template aje lah eakk! Aku risau bila apa yang aku azamkan untuk azam tahun baru 2022 tu tak kesampaian. Begitulah.

So, aku beli lagi template di templateify.com, harga dalam usd 9.95. Nak beli lebih dari harga tu memang tak lah, dah lah mahal kan. Kenalah betul-betul pilih dengan tepat.

Cara pembeliannya pun mudah, janji ko ada paypal segalanya amat mudah. Aku ni tak reti nak guna debit atau kredit kad, tak reti wei. 

Pageviews Naik Bila Tukar Template


Jadi, aku pilih untuk bayar menggunakan paypal sahaja. Alang-alang dapat duit dari intellfullience, baiklah aku invest duit tu ke jalan yang betul. Itu yang aku beli template tu.

Cuma sebelum aku tukar, pageviews ni tak pernah nak jejak 2.5K. Asyik 1.5k sampai 2.0K, itulah je dia pusing-pusing. Pelik juga kenapa jadi kat blog aku ni. Blogger lain ade je cakap, pageviews tak penting janji adsense sentiasa naik.

Bagi aku, biarlah dua duanya sama naik.

Bukan apa, client zaman now ni diorang pandang pada pageviews bukan pada adsense. Kalau pageviews merundum aje, mana client nak tengokkan. Nak bagi job jauh sekali. Huhuhuhu

Lepas je aku tukar template baru, zupppp terus naik sampai 3k, 4k dan sehari 6k. Aku check kat analytics pun bukan dari viewers pelik-pelik, memang organic. Happylah kan. Bila apa yang kita invest tu mengeluarkan hasil.

Tapi apa yang penting, kalau ko nak pageviews naik, sentiasalah ko update entri ko. Ko jangan biarkan dia tak berupdate-update. Kalau tak, macam mana pageviews blog ko nak naik. Ha gitu. 

Kita ni bukannya blogger otai, yang dah berpuluh juta. Jadi apa salahnya kita cuba dan usaha mana yang boleh untuk naikkan pageviews. 

Ha gitu. 

4 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Pernah alami sendiri. Bila tukar template baru, PV terus naik mencanak. Entah macam mana lah sistem tu berfungsi tapi memang betul.

    ردحذف
  2. sy punya pageview mmg merudum 2 bln ni... ye lah dah x brp nk update... hehehehe... anyway, keep it up... congrats

    ردحذف
  3. Yaaa paling penting rajin update.. boleh beza PV tu antara tak update dengan selalu update...

    ردحذف

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

أحدث أقدم