Sudahnya Aku Tukar Template Blog!

Assalammualaikum.
Bismillah.

Sudahnya Aku Tukar Template Blog! | Bertukar lagi template blog aku ni. Dua bulan lepas aku guna yang free template je. Tapi semalam tiba-tiba jadi tukar setting sendiri, loading pun slow sangat. Geram wei, dah elok edit itu ini, last last jadi bercelaru sendiri padahal sikit pun aku tak sentuh apa apa.

Semalam untuk pertama kalinya aku beli template blog ni. Ha amik kau malas sangat kan nak berpikir template mana yang elok. Aku rembat je mana yang murah. Semalam aku beli template blog aku ni di https://www.templateify.com/. Harga template aku 9.95 usd, lebih kurang rm60 siap caj semua. 




Ingat nak guna paypal je tapi tak boleh masuk pulak, kesudahnya aku beli je guna debit card. Settle masalah. Hari ni kalau aku sempat nak edit semuanya dengan betul. Ni aku cuma buat yang wajib je dulu. Kalau korang perasan, logo sebenar template ni pun masih ada lagi.

Busy bebenor semalam nak mengeditnya. Kali ni template lagi better daripada yang sebelum ni, aku harap naiklah pageviews and adsense aku ni. Harap harap bila korang masuk blog aku ni, ha berdesup gitu. Tanpa ada loading lah katakan.

Laju and smooth je bila buka blog aku, begitulah aku harapnya. Aku harap korang tu buanglah sikit duit untuk blog sendiri, senang sikit nak dapat job bila blog kau dah cun, loading pun laju tak slow macam siput. Orang kata, senanglah nk cari info apa apa dalam blog, klik situ klik sini dengan mudahnya tanpa loading.

P/s : Harap bertahan lama lah template ni ye. 

5 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. template ni ok, laju je loadingnya. betul tu, kalau nak blogging secara serius boleh invest sikit

    BalasPadam
  2. aida ni kurang arif edit html.
    tiap kali nak tukar template, upah kawan yg arif :)
    sendiri buat, memang tak la hi hi hi...

    BalasPadam
  3. Aini pun aisyik tukar template baru tp nk edit HTML buat Aini pening..
    At last guna blogspot template je..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama