Tengah Panas Gini Sedap Pekena Inside Scoop Jb

Bismillah.
Assalammualaikum.

Tengah Panas Gini Sedap Pekena Inside Scoop Jb | Kenapa baru tahu ada kedai ice cream sedap kat Johor ni! Kesian betul, padahal aku ni orang Johor juga, ic 01 pula tu. Tapi masih lagi tak tahu kewujudan Inside Scoop Ice Cream ni. Untuk ko yang tak tahu tu, Inside Scoop ini merupakan cawangan ke 25 dan pertama di Johor.

Baca ini juga: Senarai Cawangan Inside Scoop Malaysia Beserta No Telefon

Lokasinya terletak di Taman Mount Austin, bangunannya betul betul sederet dengan Taman Tema Austin Heights Water & Adventure Park tu haaa. Betul betul penghujung jalan, ko jalan straight je confirm boleh jumpa dah! Lagi mudah, ko waze je lah, mudah kan?

Ingat nanti aku nak datang lagi bawa Luth dan suami makan inside scoop waffle kat sini. Lagi pun bukannya jauh dari Ikea Tebrau tu. Dekorasi kedai ni pun cute aje, kat luar pun dah boleh nampak signboard kedai ni. Tema pun warna kesukaan aku, iaitu warna kuning. Dekorasi dalam ni pun warna kuning juga.

Inside Scoop Jb

Inside Scoop Jb

Tengah Panas Gini Sedap Pekena Inside Scoop Jb

Ko buka je pintu kedai, dah terus boleh order dah. Kaunter ice cream betul-betul depan pintu kedai. Ko nak selfie pun lawa tau, ko tengok gambar bawah ni. Pilih ice cream lepas tu selfie dua tiga gambar, cun dah! Apa-apa pun, order dulu lepas tu baru bayar, lepas tu terus masuk dalam untuk duduk makan ice cream di situ.

Inside Scoop Jb

Inside Scoop Jb


Kalau ko tak nak makan dalam ni, ko nak tunggu luar pun boleh. Tak ada masalah pun nak tunggu. Tapi kalau aku, aku makan dulu kat dalam. Sebab kat dalam ni, ruang untuk bergambar lagi cantik dan luas. Sesuailah untuk ko yang jenis instagrammable tu. Ko boleh tengok inside scoop menu di bawah ini ya. 


Inside Scoop Cake Price & Menu

Inside Scoop Jb

Inside Scoop Jb


#1 Ice Cream

Single scoop = RM9
Double scoop = RM16
Triple scoop = RM22.50

+RM2 for waffle cone
+RM2 for premium flavours
+RM4 for double premium flavours 

#2 Buttermilk Waffles

Single scoop = RM16.50
Double scoop = RM21.50
Triple scoop = RM26.50

+RM1 for charcoal waffle

Inside Scoop Jb


#3 Signature Waffles

Single scoop = RM18.50
Double scoop = RM23.50
Triple scoop = RM28.50

Banana, Peanut Butter Chocolate, Salted Egg Yolk, Nutella, Peanut Butter Jelly, Apam Balik


Inside Scoop Jb


#4 Ice Cream Cakes

Bombe Alaska = RM99
Signature = RM149
Rocher = RM143
Rose = RM99
Biscoff Cheesecake = RM143
Mermaid = RM163

#5 Take Me Home

Twin Pack = 2 x 473ml from RM66

Memandangkan aku first time datang sini, so aku minta diorang rekemen aiskrim mana yang sedap dan selalu orang beli. Diorang pun cadangkan untuk aku rasa Unicorn, Rocher, Musang King dan Raspberry. Aku pula jenis suka aiskrim yang rasa berry dan masam masam sikit. Nasib baik ada tau. Itu yang aku try tu.

Inside Scoop Jb


Dan lagi satu menu yang mesti korang cuba adalah, Nutella Waffle, memang waffle dia terbaiklah.  Lembut dan sedap! untuk topping aiskrim tu ko boleh pilih, jadi, aku pilih Musang King dan Rocher untuk diletakkan atas Nutella Waffle tu.

Unicorn pula dalam cup 1 scoop dan Raspberry tu aku minta diorang letak dalam waffle cone. Boleh aku rasa kesemuanya. Aiskrim durian dia jangan cakap lerr, dah kata Musang King kan, so ko rase? Mesti laaa sedap wei.., rasa durian dia tu, perghh hilang terus rasa kesedapan aiskrim Raspberry tu kat dalam mulut hahahaha..adeiiii korang kena cuba!..

Inside Scoop Jb


Oh! Yaa di sini bukan aje aiskrim ada jual, tapi juga minuman, ye laa banyak sangat makan aiskrim, sampai melekat kat tekak ni. Selain itu, ada juga pilihan minuman lain, ikutlah suka korang. Nak minum mineral water free je tau. Ko pegi amik di kaunter kalau nak refill. 

Ko tunggu apa lagi? Pegilah melepak sekejap sambil makan ice cream kat sana. Rugi tau tak pegi! Jangan lupa nikmati Waffles bersama Ice Cream. Anda boleh buat pilihan di sana nanti. Inside Scoop juga menyediakan servis take-away & mereka offer same day delivery ke hampir semua kawasan kat JB. Enjoy your ice cream nanti! 🍦 

Inside Scoop Taman Mount Austin, JB

Alamat: No. 41, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Berdekatan dengan Midori Hotel & Austin Heights Water Theme Park
Waktu operasi: 12.00 Tengahari - 10.00 Malam (Setiap Hari)
No telefon: 07 357 1733

Tiktok: @insidescoopjb


2 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

أحدث أقدم