5 Cara Untuk Memikat Lelaki Yang Paling Berkesan
2. Lelaki Itu Manja
3. Jangan Rendahkan Maruah Dia.
Baca sini: Idea Berborak Dengan Pasangan
Bismillah.
Assalammualaikum.
Tips Dan Cara Beli Kereta Baru Yang Ramai Tak Tahu | Artikel ini agak berat juga untuk aku menulis. Awalnya pening juga nak tunjuk cara beli kereta baru full loan. Boleh dikatakan, zaman sekarang ni kereta bukan lagi sebuah kemahuan tapi ia adalah satu keperluan. Tapi sebelum membeli tu, kena fikir masak-masak ya. Kalau pakai beli je, nanti habis satu keluarga yang susah.
Baca ini juga: Beli Emas Di Kedai Emas Miragold Pasir Gudang
Ramai orang membuat kesilapan ketika membeli kereta pertama. Siapa je tak teruja nak beli kereta pertama kan? Aku sendiri pun sama dulu sampai terlupa nak teliti beberapa perkara penting yang perlu diambil kira. Paling menakutkan, ada jenis orang yang beli kereta yang hanya pandang luaran atau pun jenama import. Pernah kan?
Dengan membeli kereta ni, ko kena keluarkan duit setiap bulan untuk membayar insurans, servis, roadtax, tukar tayar dan lain-lain lagi. Jadi, ko kena buat pilihan yang tepat sebelum membeli sebuah kereta. Sudah pasti, ini semua memerlukan perbelanjaan yang agak besar.
Lagi anehnya, bila dah 3-4 tahun guna kereta, sibuk ko nak trade in bagai. Nilai trade-in ni pun kadang bukannya lebih dari harga beli. Kurang banyak pulak tu. Jadi sebaiknya, berhemahlah ketika membeli kereta. Jangan banyakkan hutang, nanti ko sendiri yang botak kepala. Kalau ko kaya, ha bolehlah belajar cara beli kereta cash. Senang dah, tak perlu berhutang lagi.
Tips pertama ni, ko kena tahu dulu harga kereta On The Road (OTR) dan juga insurans. Sebelum tu, ko boleh dapatkan dengan salesman harga OTR idaman ko. Contoh kalau ko nak beli Myvi, ko kena tahu berapa harga OTR kereta tu. Ko boleh juga minta dengan salesman harga bulanan kereta idaman ko tu. Kadang ada salesman tak boleh nak agak dengan tepat berapa harga bulanan, sebabnya ia bergantung dengan jumlah loan, berapa tahun pinjaman dan interest rate yang bakal ko pinjam nanti.
Ini penting ye, kalau ko jenis culas nak membayar hutang. Baik ko padamkan impian nak beli kereta. Kang dah beli, timbul pulak masalah lain. Sekarang ini, orang suka beli kereta lebih daripada kemampuan. Itulah kesilapan yang selalu kita jumpa kan. Sebabnya, kita tak nak separuh dari gaji ko tu, habis dok bayar kereta je. Ko juga boleh kira perbelanjaan bulanan ko sebelum membeli. Ingat, fikir dan tahu tujuan nak beli kereta tau! Jangan sampai terbeban nak bayar bulan dan menyebabkan nama ko diblacklist.
Boleh dikatakan tips no 3 ini pun penting juga kan? Minyak ni melibatkan kos poket ko, jadi ko kena kira perbelanjaan untuk mengisi minyak kereta. Oleh itu, ko kena pastikan juga sebelum ko beli kereta, ko kena tahu, adakah kereta yang ko guna itu untuk keperluan harian or sebaliknya. Part jimat minyak ni, ko wajib amik kira. Sekarang ni kan, dah banyak pengeluar kereta mengeluarkan kereta yang jenis jimat minyak. Contoh macam aku beli Myvi, memang jimat minyak. 21km/per liter tau tapi ko kena ingat jugak, penjimatan minyak ni berdasarkan gaya pemanduan ko ye. Kalau ko jenis, tekan minyak je, hahahah memang cepat habislah.
Lepas je ko dah settle point di atas tu, ko kena luangkan masa untuk pandu uji kereta tau. Make sure bila ko dah test drive tu, ko berpuas hati dengan keselesaan, kecekapan dan sebagainya. Ko pun nak guna kereta ini dengan waktu yang lama. Lagi satu, ko tu jangan malu-malu untuk bertanya segala jenis pertanyaan tentang kereta idaman ko dengan salesman. Masa inilah ko tanya habis habisan. Biar ko sendiri puas hati dengan pilihan ko.
Inilah cara beli kereta baru yang ramai terlepas pandang. Kebiasaannya, pengeluar kereta akan memberikan rebate dan diskaun menarik sepanjang tahun. Ko boleh ambil peluang membeli kereta ketika promosi hari raya atau hujung tahun. Masa tu memang banyak rebate yang boleh ko dapat. Rebate pun sampai 3000 ringgit, ha mahu tak jimat.
Ko kena ambil kira semua perbelanjaan sebelum membeli kereta idaman ko. Ko kena pastikan juga sebelum beli kerete, cukup tak duit perbelanjaan yang lain. Kalau masih di paras hidung, baik ko padamkan sahaja dulu. Bukan apa, tak nak ko sendiri yang sudah di kemudian hari. Ingat, bila dah berhutang dengan bank ini, ia dah menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk ko bayar balik pinjaman tu.
Tak pun, ko main jelah game kereta. Berangan dulu hehehe dan cukup duit barulah beli kereta idaman ko tu. Aku harap perkongsian cara beli kereta baru ini dapat membuka mata dan fikiran ko seluasnya sebelum membeli ya. Nanti kalau aku ada masa, aku kongsikan cara beli kereta terpakai cash pula. Semoga bermanfaat.
Bismillah.
Assalammualaikum.
Senarai Lokasi Cawangan Mr Toy Malaysia | Hari ini aku nak kongsikan senarai cawangan Mr Toy Malaysia. Mr Toy ini adalah anak syarikat kepada MR DIY. Di sini terdapat pelbagai jenis mainan yang boleh korang beli untuk anak-anak.
Bulan lepas aku singgah di mr toy johor kluang mall, aku beli mainan untuk anak aku, tak sangkalah harga pun murah dan barang berkualiti. Rambang mata nak pilih mainan yang mana. Kalau korang nak bagi hadiah kepada anak-anak, boleh cari di Mr Toy. Jangan risau, mainan disini bukan sahaja untuk anak-anak malah untuk orang dewasa pun ada.
Selain dari datang sendiri ke cawangan Mr Toy Malaysia, korang juga boleh membeli belah mainan mr toy online menerusi laman web Mr. DIY di www.mrdiy.com.my/toys atau di Shopee Mr Toy.
Lot F11, F12 & F13, First Floor AEON Rawang Shopping Centre, Persiaran Anggun, Taman Anggun, 48000 Rawang, Selangor
M30 & M31, KIPMall Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
L4-06E/06F/07A(P), Level 4, The Mines, Jalan Dulang, Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Lot F28, First Floor, AEON Mall Shah Alam, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 12, 40100 Shah Alam, Selangor
M06, Mezzanie Floor, Ampang Point Shopping Centre, Jalan Mamanda 3, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor
F7A, First Floor, Metro Point Complex, Jalan Jelok 6, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Lot 2-15, Second Floor, Block A, Bangi Gateway Shopping Complex, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Lot F11, F12 & F13, First Floor, AEON Rawang Shopping Centre, Persiaran Anggun, Taman Anggun, 48000 Rawang, Selangor.
Lot 1AT-01B, KIPMall Bangi, Jalan Medan Bangi (Business Park Bangi Golf Resort), Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Lot G25, Ground Floor, Aeon Taman Equine, Jalan Equine, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Lot L4-13 & 14, Level 4, Central I-City, No. 1, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, Jalan Plumbum 7/102, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor.
L2-54, Second Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor
L5-07*08*09, Level 5, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Lot T10A, Third Floor, AEON Mall Maluri, Jalan Jejaka, Maluri, 55100 Cheras, Kuala Lumpur.
Lot F1-21, First Floor, AEON BIG Wangsa Maju, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Lot F51, First Floor, AEON AU2 Shopping Centre, Jalan Taman Setiawangsa (Jalan 37/56), AU2 Taman Setiawangsa, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Lot F11 & F12, First Floor, Aeon Alpha Angle Shopping Centre, Jalan R1, Seksyen 1 Bandar Baru, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Lot No. S-13 & S-14, Second Floor, Setapak Central, No.67, Jalan Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
L2-028, Level 2, MyTown Shopping Centre, Level 3, No.6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Units No. 32, 33, 34 & 35, Second Floor Palm Mall Sertemban, Lebuhraya Seremban - Bukit Nenas, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Units No. 32, 33, 34 & 35, Second Floor, Palm Mall Sertemban, Bukit Nenas, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
G23, Ground Floor, Tesco Mergong, No. 1, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05051 Alor Setar, Kedah
Lot 1-9 & 1-10, First Floor, Legenda Village Mall, Sungai Petani, 08000 Kedah Darul Aman
Lot 2-29, Second Floor, Aman Central, No.1, Darul Aman Highway, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah
G1, G2, G3, G4, Ground Floor, Tesco Bukit Indah, Jalan Indah 15, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru
L2.42A, Level 2, Toppen Shopping Centre, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru
L1-18/46/47/48/49/50/77/78/79/80/OS5, First Floor, IOI Mall Kulai, Lebuh Putra Utama, Bandar Putra Kulai, 81000 Kulai, Johor
Lot No. 2.02B, Second Floor, Batu Pahat Mall, Jalan Kluang, Kampung Beroleh, 83000 Batu Pahat, Johor
L3-041, Level 3, Sutera Mall Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor
Lot No. 2-01, Second Floor, Kluang Mall, Jalan Rambutan, Taman Suria, 86000 Klang, Johor
S129B Ground Floor, Kipmall Tampoi, KIP Villa Indah, 01-03, Jalan Titiwangsa 1, Taman Tampoi Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
Lot F26, First Floor, No 3, Jln Dato' Onn 3, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor
Lot UG17 & UG18, Upper Ground Floor, Aeon Taman Universiti Shopping Centre, No.4, Jalan Pendidikan, Taman Universiti, 81300 Johor Bahru, Johor
PICM-TF11, TF12 & TF12A, Third Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Jalan Merpati, 98000 Miri, Sarawak
Lot No. P29-P31, 4th Floor, Palm Square, Centre Point, 88000 Kota Kinabalu
Lot No. F22, F23, F24, First Floor, The Spring Bintulu, Jalan Tun Abdul Razak, 97000 Bintulu, Sarawak
Lot L2-MA01A & L2-018, Level 2, Vivacity Megamall Kuching, Jalan Wan Alwi, 93350 Kuching, Sarawak
Lot S23, Second Floor, Aeon Mall Kuching Central, Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce, Min Chu Garden, 93200 Kuching, Sarawak
F06 & F07, First Floor, Taiping Sentral Mall, Jalan Istana Larut, 34000 Taiping, Perak
Lot No. G3, G4, G4A & G4B, Tesco Ipoh, No.2, Jalan Jambu, Taman Teh Teik Seng, 31400 Ipoh, Perak
T18, Third Floor, Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, 31350 Ipoh, Perak
Lot S16, S17 & S18, Second Floor, AEON Mall Ipoh Klebang, Klebang Perdana, 31200 Chemor, Perak
Lot F10, First Floor, AEON Ipoh Station 18 Shopping Centre, Susunan Stesen 18, Station 18, 31650 Ipoh, Negeri Perak
Lot F30, F31 & F32, First Floor, Aeon Mall Taiping Shopping Centre, Lot 8576 & 8577, Jalan Kamunting, 34000 Taiping, Perak
G11 & G12, Ground Floor, Tesco Kota Bahru, Lot 1828, Seksyen 17, Bandar Kota Bahru, 15050 Kota Bahru, Kelantan
L3-12*13A, East Coast Mall, Level 3, Centre Management Office, Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang.
Lot F05, F06, F07, F08 & F09, First Floor, Aeon Melaka Shopping Centre, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
3A-01-888A (First Floor), Kompleks Bukit Jambul, Jalan Rumbia, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Unit No. 6H-2-5 & 6H-2-6, Level 2, All Seasons Place, Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru Air Itam, 11500 Penang
Lot S43, Second Floor, Aeon Mall Bukit Mertajam Shopping Centre, Lot No. 30908, Jalan Rozhan Alma, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Cara Simpan Duit Gaji 2000 Dengan Savings Calculator | Ramai aje yang mengeluh bila dapat gaji tak sampai sehari, gaji dah habis. Tak sempat nak simpan duit gaji untuk kecemasan atau simpanan.
Kali ini aku nak kongsikan cara simpan duit gaji 2000. Kalau kena dengan cara, gaji bersih RM2000 ni boleh simpan dalam RM300 sebulan.
Jangan setiap kali dapat gaji, ko perhabiskan sampai langsung tak buat simpanan. Akhirnya hujung bulan mampu gigit jari dan mulalah nak berhutang dengan orang.
Kalau boleh, jauhi hutang piutang ni ya! Dah nama manusia, bila susah je pandai buat ayat manis tapi bila dah kaya, lupa nak bayar hutang dan pura-pura tak kenal dengan si dia yang ko berhutang tu.
Sebenarnya, semua masalah kewangan ni boleh diatasi sekiranya ko mempunyai perancangan dan menggunakan formula yang betul. Sebab tu ko kena tahu jumlah sebenar duit keluar dan duit masuk. Lagi senang, ko boleh je guna apps Savings Calculator
Manalah tahu, bila dah ada simpanan, ko boleh pula belajar cara beli kereta baru. Heheheh janji dah ada duit simpanan dan ko pandai nak manage gaji. Tak gitu?
Oleh itu, aku kongsikan cara simpan duit gaji yang boleh dilakukan walaupun ko mempunyai pendapatan di bawah RM2,000.
Nak kira pendapatan bersih sebulan bukannya susah pun. Janji ko kena tahu formula pengiraannya. Nanti senang bila dapat penyata gaji, ko dah boleh kira sendiri.
Kerja biasa: Gaji - bayar cukai - bayar EPF = Pendapatan bersih
Kerja sendiri: Pendapatan kasar - belanja bisnes (pengangkutan, minyak, tol) - cukai pendapatan = Pedapatan bersih
Nak lagi mudah dan ko tak culas menyimpan, ko guna aje Saving Goals ni ha. Ko gunakan kalkulator ni untuk mengetahui dengan cepat jumlah wang yang akan ko simpan dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan.
Contoh aku nak simpan duit sebanyak RM10,000. Lepas tu sebulan aku boleh simpan sebanyak RM350, jadi berapa tahun aku perlu simpan duit yang aku nak tu?
Dalam savings calculator ni, dia dah tunjuk calculator yang boleh kira berapa lama ko boleh simpan duit yang ko nak. Ko tengok gambar di bawah.
Ramai yang tidak boleh membezakan antara keperluan dan kemahuan. Ko kena hadkan maksimum 50 peratus keperluan.
50 peratus keperluan ini bermaksud kos tetap iaitu komitmen setiap bulan yang perlu di bayar seperti pinjaman rumah, kereta dan bayar bil-bil utiliti.
Ini juga termasuk dengan perbelanjaan asas ko seperti makan minum, barang dapur, minyak kenderaan dan tol. Jangan lupa, ko kena masukkan juga duit bulanan untuk mak ayah. Jangan abaikan pula tanggungjawab yang sepatutnya.
Kemahuan ini pula selain daripada komitmen ko setiap bulan. Contohnya, shopping, travel, tengok wayang, main boling atau sebagainya.
Kemahuan ni perbelanjaan yang tidak tetap atau berubah-rubah dan tidak penting. Jangan pula ko asyik nak ikut konsep 'self-reward' manjang. Nanti macam mana ko nak menyimpan duit gaji tu ha.
Tiap kali gaji, ko tarik je 20 peratus untuk simpanan dana kecemasan. Wang kecemasan ni sekurang-kurangnya kena ada tiga ke enam kali gaji yang korang dapat sekarang.
Contohnya gaji RM2000, wang yang perlu ko simpan at least RM6000.
Kalau ko mampu simpan lebih, cuba paksa diri untuk simpan lebih. Kalau ko tak mampu, ikut je formula 50:30:20 ni ha. Formula ni sangat penting untuk ko tahu membezakan antara keperluan dan kemahuan.
Assallammualaikum dan salam sejahtera.
Pengalaman Bersalin Anak Pertama. | Buat kawan-kawan blogger yang tanya, "Om dah bersalin ke?", Alhamdullilah daku dah selamat bersalin anak lelaki pada 8.40 pagi 5.9.2020. Sejujurnya macam tak percaya dah keluar dah anak yang dikandungkan selama 41 minggu. Jadi, hari ni daku nak cerita pengalaman pertama bersalin anak lelaki daku ni.
Sebenarnya, risau juga bila dah overdue, tapi Dr kata normal je bila anak pertama overdue sebab rahim pun masih tebal lagi. Bila dah anak no 2 nanti, itu yang kena berjaga-jaga. Siapa je tak cuak bila due date dah dekat tapi tiada langsung tanda-tanda nak bersalin tu.
Bismillah.
Assalammualaikum.
Cara Bayar Aeon Credit Melalui Cimb Click | Hi semua! Hari ni aku nak kongsikan cara bayar Aeon Credit melalui Cimb Click pula. Selain loan bank, Aeon ni salah satu peminjam wang berlesen. Bab percent ni memang sangat tinggi, aku rasa macam serik dah nak guna lagi tapi masa tu tak ada pilihan kan. Terpaksalah guna.
Bagi korang pengguna Aeon Credit, sekarang korang dah boleh bayar aeon guna cimb click ataupun ATM. Lagi senang, bayar je kat apps Cimb Clicks, lagi pantas dan memudahkan urusan pembayaran korang. Musim covid19 ni, orang dah jarang nak beratur bayar kan? Baik bayar online jer.
1. Log in ke CimbClicks korang ----- https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/
2. Klik pada Pay&Transfer di bahagian kiri, kemudian klik pada PayBills.
3. Di bahagian PayBills ni, korang taip di ruangan Search tu, AOEN nanti klik pada AEON CREDIT. Sila rujuk gambar di bawah.
4. Masukkan jumlah yang korang nak bayar, nombor agreement atau kad kredit dan juga nombor telefon korang kemudian klik pada "Pay".
5. Selepas itu, korang buat pengesahan TAC melalui SMS dan tekan butang "Confirm".
Sebelum korang buat bayaran Aeon Kredit, apa salahnya cek dulu tunggakan bayaran korang. Aku puas juga call pihak Aeon tanya berapa hutang tinggal, tak angkat sampai kesudah. Aku tak nak jatuhkan diorang ni, cuma dah sampai masanya untuk tingkatkan lagi customer service Aeon.
Jadi, disebabkan service diorang pun ke laut, aku decide untuk semak tunggakn melalui SMS. Setakat ni aku cek, laju juga lah. Tak sampai 2 minit, korang dah tahu dah baki tunggakan.
Ikuti langkat berikut untuk semakan tunggakan Aeon :
1. Korang masuk ke dalam Messaging korang dan mesej baru dibuka pada telefon bimbit yang sedia ada.
2. Taip AEON diikuti dengan 4 digit terakhir No.IC korang.
3. Hantar ke 63633
Contoh :
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Bismillah.
Assalammualaikum.
Senarai Cawangan CU Mart Di Seluruh Malaysia | Peminat makanan Korea sila habiskan bacaan entri ini ye. Aku salah seorang peminat makanan Korea dan aku baru tahu ada CU Mart di Malaysia. Apa tu CU Mart?
Untuk korang yang belum tahu, CU Mart ni merupakan sebuah kedai serbaneka yang sangat popular di South Korea sejak zaman 90an lagi. Kiranya dekat Korea ni dah lebih daripada 13,000 cawangan. Uishhh banyak betul.
Jadinya, cawangan cu mart malaysia yang pertama terletak di Centrepoint, Bandar Utama. Mungkin ada di antara kita yang dah terbiasa pergi ke Family Mart, korang mesti tak akan rasa pelik dengan makanan yang dijual di CU Mart ni. Hidangan menarik di sini adalah Odeng dan Tteokbokki yang menjadi makanan ringan yang pasti akan dijual di jalanan jika korang pernah bercuti ke Seoul, Korea.
Hari ni aku akan kongsikan senarai cawangan CU Mart di seluruh Malaysia dan cu mart near me. Jom kita tengok!
Untuk info lebih lanjut, sila layari :
Instagram : https://www.instagram.com/p/CYAlmp8vFMQ/
Bismillah.
Assalammualaikum.
Bahu Jatuh Sebelah, Patutlah Kerap Sakit Bahu | Nak dijadikan cerita, semasa aku interview navy 3 tahun lepas, masa tu baru aku tahu bahu aku sebelah kanan jatuh. Bahu kanan jatuh sebelah tau, bila aku tengok kat cermin baru nampak.
Sebelum ni memang tak perasaan pun. Aku tak puas hati, aku suruh adik perempuan aku tengok. Memang betul bahu jatuh sebelah.
Bila bahu jatuh sebelah ni, memang akan kerap sakit bahu. Kau picit ke, urut ke, hilang kejap je lepas tu dia datang balik. Tengah tido pun boleh terjaga disebabkan bahu ni.
Aku sendiri pun tak tahu kenapa bahu aku ni boleh jadi macam ni. Pergi klinik, doctor cuma bagi ubat tahan sakit sahaja. Ada satu klinik ni, dia mintak kita refer terus kat hospital.
Memang tak lah aku nak pergi, kes covidnya banyak, manalah diorang nak melayan. Betul tak?
Jadi, semalam aku ambil keputusan untuk mengurut walaupun aku tahu mengurut ni takkan bagi kesan selamanya. Mengurut just untuk melegakan.
Aku cari kat JB area mengurut, jumpa tapi terpandang pulak satu video di tiktok. Cracking bone, satu teknik untuk membetulkan semula tulang yang lari ke posisi asal.
Dulu pernah je tengok tapi sebab tak mampu. Harga dalam RM300 macam tu. Memang tak lah nak pergi.
Dalam video tu memang nampak, walaupun cuma pegang bahu je rasa sakit tu Allah je yang tahu. Sampai ada yang menangis tau waktu sebelum sesi cracking bone.
Nak dijadikan cerita, semalam carilah terapi saraf dan tulang, aku jumpa dekat Bukit Indah. Master Victor kalau tak silap namanya. Nanti kat bawah aku bagi alamat dan details.
Sebelum nak cracking bone, master akan check samaada bahu korang teruk atau tidak. Macam aku semalam, memang dah nampak bahu jatuh sebelah.
Bahu tak sama level, so dia check juga dekat area tulang belakang. Master tekan je kat area tulang belakang, dia punya sakit tak boleh bawak bincang wei.
Master bagitahu, kalau aku tak datang awal lambat atau cepat, tulang belakang aku boleh jadi S. Macam gambar bawah ni. S kan?
Mungkin mata belah kanan akan kabur dan juga kaki belah kanan akan jadi pendek sikit, means di sini tak sama level.
Memang nasib baik semalam datang, master cakap ni early simptom sebelum tulang belakang jadi S. Kalau tak lagi mahal nak bayar.
Bila master dah inform sakit apa semua, master juga bagi tahu harga untuk masalah bahu ni cuma RM150. Uishh murah wei. Bagi aku murahlah, sebab aku sakit kerap sangat.
Takkan aku nak hadap lagi 2 tahun betul tak? Cukuplah untuk 3 tahun ni sakitnya macam mana.
Bagaikan satu kelegaan buat aku wei, tiba tiba je hilang sakit bahu. Sakit bahu ni kadang sampai tangan belah kanan menggigil. Semua keje tak jadi, nak baring tak boleh, nak tidur lagi lah. Makin sakit ada lah.
Kenapalah aku tak buat 3 tahun lepas dan mana tahu sekarang aku tentera laut dah kan? Hahahahaha. Master cakap aku mungkin tersentak masa angkat barang berat. Aku pun tak pasti bila, tahu tahu bahu jatuh sebelah.
Bunyi kruk krak je tulang, pergh lega selega-leganya. Suami pun cakap bunyi kuat juga tulang-tulang aku ni. Seronok wei, serious seronok.
Bahu yang tak unlevel pun, dah jadi sama level wei. Tak nampak pun macam jatuh. Aku macam tak percaya, bahu aku ni dah tak senget. Korang jangan takut tau, setakat ni aku rasa macam tulang aku ni kembali ke tempat yang asal.
Sikit pun tak sakit even master cakap mungkin 2 hari nanti badan akan sengal sengal. Setakat hari ni, badan aku okay je. Bahu dah tak sakit.
Kalau korang ada yang nak betulkan tulang, aku rekomenkan untuk datang di sini. Master Victor peramah orangnya, sembang macam macam. Tak kekoklah so far.
Batas antara lelaki dan perempuan tu, aku rasa okay je sebab suami aku sendiri yang tengok. Bukannya aku berdua-duaan dalam bilik. SOP covid memang tiptoplah. Pusat terapi pun bersih je, kemas dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Aku bagi 5/5 bintang. Best! 2 minggu lagi, aku repeat untuk buat terapi ni. In shaa Allah bahu aku ni elok balik. Harapnya sakit bahu tak ada lagi dah! Korang yang nak pergi tu boleh tengok details di bawah ni ye.
PUSAT TERAPI SARAF & TULANG QHT
Bukit Indah, Johor : No.11A, Jalan Indah 16/12, Taman Bukit Indah
Bukit Dahlia, Johor : No.19A, Jalan Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia
Master Victor : 0127819311