5 Cara Hilangkan Selsema Dengan Mudah

Bismillah.
Assalammualaikum. 

5 Cara Hilangkan Selsema Dengan Mudah | Sebenarnya aku ni masih lagi selsema, sampai sakit sebelah muka disebabkan keluar hingus. Nasib baik tak berdarah, tapi kan rasa sakit tu sampai sekarang masih ada. Bagi aku biar aku dapat selsema berbanding batuk. Batuk ni ya Allah perit sakitnya, apatah lagi yang jenis batu kering. Lagi padu sakitnya.

Antara keadaan kesihatan yang paling menjengkelkan individu adalah flu kerana masih ramai tidak tahu cara hilangkan selsema itu. Namun kalian mungkin tidak perlu gusar lagi kerana kami akan membantu anda dengan memberitahu cara melegakan selsema yang betul. 

Hari ni aku nak kongsikan beberapa cara hilangkan selsema dengan mudah. Kalau ko nak info lagi tentang selsema ni, boleh ke Hello Doctor ya! 

5 Cara Hilangkan Selsema Dengan Mudah



Cara Hilangkan Selsema


Apa itu selesema (flu)? 

Untuk pengetahuan anda, selesema atau flu adalah sejenis jangkitan pernafasan bahagian atas (uppper respiratory tract infection). Jangkitan ini adalah disebabkan oleh virus yang akan menjejaskan hidung namun juga boleh mempengaruhi tekak, sinus, trakea, larinks, tiub eustachian serta tiub bronkus. 

Jika dijangkiti, penderita selalunya akan mengalami gejala seperti hidung berair dan hidung tersumbat akibat dipenuhi oleh mukus yang lebih dikenali sebagai hingus. 

Selain itu, wujud juga beberapa simptom flu yang lain termasuklah:

  • Demam
  • Badan letih
  • Badan gigil
  • Sakit otot
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Bersin
  • Suara serak
  • Hilang selera makan

Ada juga individu yang mengalaminya tanpa sebarang gejala ekoran sistem imun tubuh badan yang kuat dalam melawan jangkitan. Ada pula individu yang mengalaminya pada bahagian rongga telinga atau sinus dan ini dikenali sebagai jangkitan bakteria sekunder. 

Apa punca selesema (flu)? 

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, punca flu terjadi adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Mungkin ramai yang akan menyangka bahawa ia juga boleh terjadi angkara cuaca terlalu sejuk namun ia tidak tepat. 

Antara jenis virus yang boleh mengakibatkan kondisi selesema ini berlaku adalah seperti berikut: 

  • Rhinovirus
  • Adenovirus
  • Coronavirus
  • Parainfluenza
  • Respiratory Syncytial Virus 

Virus-virus ini boleh merebak melalui titisan air yang tersebar apabila individu dijangkiti bersin, batuk atau berkongsi barangan. Ia juga boleh berpindah melalui sentuhan kulit ke kulit atau kulit ke objek yang telah tercemar dengan virus ini oleh penderita terdahulu. 

Persoalannya, bagaimanakah cara hilangkan selesema yang menyiksa hidup anda ini?

Wujudkah sebarang cara hilangkan selesema? 

Ada yang beranggapan bahawa kondisi ini adalah suatu yang biasa dan tidak kronik serta boleh sembuh dengan sendirinya. Ya, ia mungkin benar namun itu tidak bermakna tiada apa yang boleh dilakukan sebagai cara melegakan selsema yang dialami.

Langkah pertama yang perlu dilakukan jika dijangkiti adalah dengan berjumpa doktor untuk mendapatkan ubatan dan menjalani rawatan. Anda juga boleh cuba untuk lakukan perkara berikut sebagai cara hilangkan selsema: 

Cara hilangkan selsema

Cara Hilangkan Selsema


#1. Minum lebih banyak air 

Air putih adalah sangat bagus untuk memastikan tubuh badan anda kekal berhidrasi selain mengelakkan mukus menjadi terlalu tebal. Selain itu, sebarang jenis cecair seperti jus, sup dan sebagainya juga boleh diambil demi memastikan cecair dalam tubuh badan kekal ideal. 

#2. Ambil lozeng 

Kebiasaannya, jangkitan selesema ini akan turut hadir bersama gejala yang paling tidak selesa iaitu sakit tekak. Untuk melegakan kesakitan pada tekak ini, anda boleh ambil lozeng untuk dihisap melalui oral. 

#3. Mandi stim 

Jika masih tidak berjaya legakan ia, anda juga boleh cuba untuk duduk di dalam kamar mandi dengan pintu tertutup. Kemudian, biarkan air hangat (pastikan tidak terlalu panas) mengalir untuk mencipta suasana mandi stim atau sauna.

#4. Berehat 

Pada hari pertama jangkitan, anda mungkin akan berasa sangat tidak berdaya ekoran gejala-gejala flu yang dihidapi. Oleh itu, berehatlah di rumah dan elakkan untuk hadir bekerja atau bersekolah untuk mengelakkan sebarang jangkitan. 

#5. Rawat gejala secara berasingan 

Setiap gejala-gejala selesema seperti sakit kepala, batuk, bersin dan demam mungkin perlu dirawat secara berasingan. 

Oleh itu, anda boleh misalnya merawat demam dan sakit kepala hanya dengan mengambil ubatan paracetamol. Namun harus diingatkan bahawa setiap pengambilan ubatan atau rawatan haruslah diperakui oleh doktor terlebih dahulu. Oleh itu, jangan terlambat untuk datang berjumpa doktor jika terkena flu kerana bimbang keadaan akan lebih memburuk kelak. Kini anda telah mengetahui cara hilangkan selsema yang berkesan.

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Naim baru ini kena selesma, Naim amalkan madu di campur dengan air suam.. ALhamduillah lega. kena amal selalu. :). Semoga kak cepat sihat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama