Dah 3 Bulan Jadi Suri Rumahtangga, Bila Nak Kerja Ni?

Bismillah.
Assalammualaikum.

Dah 3 Bulan Jadi Suri Rumahtangga, Bila Nak Kerja Ni? | Berbaki lagi 10 hari, genaplah 3 bulan aku jadi suri rumahtangga. Aku pun tak pasti, aku nak bekerja lagi atau tak. Apa yang aku pasti, aku dah tak kisah untuk fikirkan dengan bebanan kerja. Selama 7 tahun bekerja, inilah kali pertama rasa segala bebanan di bahu hilang macam tu je. Aku sendiri pun rasa berat nak bekerja. Memandangkan, inilah masanya untuk aku fahamkan kerenah anak aku, Luth Isyraf.

Ko bayangkan lepas je habis pantang, terus aku tinggalkan Luth. Hari ahad itulah masa dengan Luth dan suami. Aku sendiri pun masa tu berat hati nak tinggalkan Luth, tapi apakan daya sebabkan tanggungjawab bekerja. Suka atau tak, kena lepaskan juga. Aku pun faham perasaan ibu-ibu yang bekerja ni, balik kerja penat penat mesti nak layan suami dan anak pula kan. 

Jadi, aku nekad kali ni memang aku tak nak bekerja lagi. Aku sendiri pun sakit bahu sampai sekarang masih tak sembuh. Disebabkan bahu aku jatuh sebelah, makin menjadi jadi sakitnya. Sampaikan aku sendiri tak berani nak angkat berat. Takutlah bahu kanan aku ni jadi makin teruk lagi kan. Sebab itu jugalah, aku nekad nak fokus pada Luth dan suami. 


Luth pun sekarang ni, macam lambat sikit je nak bercakap. Dia pun lagi 3 bulan dah masuk 2 tahun, nak gabung 2 patah perkataan pun belum boleh lagi. Patutnya umur Luth 1 tahun 9 bulan ni dah boleh lebih daripada 50 patah perkataan. Luth masih lagi di bawah 20, itu yang paling merisaukan aku. Untuk apa aku bekerja, kalau Luth sendiri pun aku tak boleh nak selesaikan masalahnya. Kita ni dah jadi ibu, mesti nak yang terbaik dan paling baik untuk anak, kan? So untuk apa aku bekerja?

Bekerja ni kan satu pilihan untuk membantu suami. Kalau tak ada anak bolehlah bekerja, kalau ada anak ni susah sikitlah nanti nak fokus pada anak, terutama bila anak ada masalah gitu gini. Jadi pening kepala. Aku pun tak minta, tapi selagi boleh dielakkan. Aku nak elak. 

Jadi sekarang, aku pilih untuk besederhana sahaja. Janji hidup kami 3 beranak ni, cukup makan cukup pakai dan tidak berhutang dengan orang. Selagi aku boleh menulis, in shaa Allah aku teruskan sebagai penulis upahan. Mana tahu, bila tak bekerja ni boleh bertambah dekat lagi aku dengan Tuhan.

Who knows kan?





5 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. In Shaa Allah Om, rezeki akan cukup seandainya kita belajar untuk bersyukur Dan tak merungut.

    Fiza doakan semoga urusan Om jaga Luth dipermudahkan hendaknya. Aamiin ...

    BalasPadam
  2. Rezeki Allah ni luas..insyaAllah ada rezeki lain utk Shu walaupun xkerja..:)

    BalasPadam
  3. dilema kan nak tinggalkan ank untuk kerja. tapi tenang nya bila dah berhenti dan tengok anak membesar depan mata. in shaa Allah rezeki ada dimana-mana kan.

    BalasPadam
  4. Inshaallah ada rezeki kalau niat kita baik. Jangan fikir cakap orang, lagipun zaman sekarang duduk rumah pun boleh buat duit

    BalasPadam
  5. InshaAllah semoga dipermudahkan urusan shu sekeluarga.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama