Memaparkan catatan dengan label PERSONAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERSONAL. Papar semua catatan

20 Februari 2025

Kali Kedua Dapat Job Konten 4 Angka

Kali Kedua Dapat Job Konten 4 Angka

Alhamdulillah ala kulli hal.

Bila ada client approach sambil kata "18 Jan ni free tak?" Mestilah Syu ni seronok, lepastu Syu akan tanya terus ada payment ke? Buat masa sekarang, memang utamakan payment sahaja. Kalau client yang dah kenal lama dan dia kata tak ada payment, Syu layankan juga.

Terus client bagi harga "RMxxxx ni okay tak?" Gila tak okay, 4 angka kot! Syu accept je, lagi pun Syu kat Johor dan job tersebut dekat Genting Highlands. Bila ditolak tambah bahagi darab, masih lagi ada untungnya. Syu pun setuju.

Konten 4 Angka


Ini kali kedua tau, kali pertama adalah job Isuzu DMax Xtrrain dekat Semenyih. Nanti Syu ceritakan juga. Syu pun apa lagi terus call suami kata free ke 18 Jan ni. Dah alang-alang Luth cuti sekolah terus boleh bawa Luth jalan-jalan.

Event ni under Farm Fresh dan Genting Awana Resorts, big brand kan? Syu ni IG pun tak sampai 10K masa tu, geram tau tiba tiba je IG turun dari 10.2K jadi 9800. Dekat 400 followers hilang, rupanya bukan Syu je, kawan-kawan influencer yang lain pun sama. Ada yang sampai turun 3K follower tau, tu disebabkan algorithm IG, terpaksalah akur.

Lagi pun, job ni memang nak kena ada Luth dan suami. Walaupun tak dapat bermalam tapi dah collab dengan big brand macam mereka ni, memang dah bersyukur sangat. Bukan apa, Syu nak pelbagaikan lagi video video konten, dengan cara ni chance untuk dapat job lain jadi tinggi.

Konten 4 Angka


Syu ni pun dah 3 tahun tak bekerja. Kalau Syu ni owner syarikat construction boleh petik jari goyang kaki kat rumah kan. Syu pun sedar, syu ni dilevel yang mana, jadi kena usaha extra to earn my own income.

Tapi, kalau ada client offer harga rendah walaupun RM100 Syu akan amik juga. Lagi lagi kalau konten tu senang. Nak tolak pun sayang, dibuatnya bulan tu tak ada job mana nak cari income kan?

Video untuk job ni pun dah post dah, kalau korang nak tengok pergi je kat IG syu yang dah Syu pinned kan tu. 

Konten 4 Angka

Syu harap lepas ni client lagi nampaklah effort dan nilai sebuah konten. Tak semua benda free, even internet pun kena bayar, capcut pun dari tak bayar sampailah bayar. Nak buat konten ni bukan semata-mata amik video dan upload. Semuanya ada proses.

Kalau masih tak nampak effort untuk buat konten tu, carilah content creator yang lain. Heheheh. Syu harap tahun ni lagi banyak job 4 angka, bukan apa azam tahun ni nak pulun habiskan duit PTPTN dan duit loan kereta. Lagi 1 tahun je loan kereta nak habis.

Lepas tu, dah bebas hutang.



Nota kaki: Tak semua kerja adalah free. Awak pun dah pandai pilih job berbayar ye? 

31 Ogos 2024

Selamat Hari Merdeka 31 Ogos 2024

Selamat Hari Merdeka 31 Ogos 2024

Selamat Hari Merdeka yang ke 67 untuk semua rakyat Malaysia. Apa plan korang semua? Malam tadi lepas sahaja isyak, kami terus ke Dataran Monumen untuk menyambut ambang merdeka. Alhamdullilah, rezeki rumah dekat dengan bandar Mersing.


Kami datang awal supaya dapat tempat di hadapan pentas. Hari tu, terlepas nak tengok persembahan Zamani Slam. Jadi, malam ni kena lah tengok persembahan Tomok dan Muna Shahira. Ramai betul orang, sampai berhimpit kami di dataran.


Lagi pun, memang nak bagi Luth tengok bunga api. Setahun sekali je dapat tengok, malam tahun baru memang tak ada bunga api, nak tengok kena tunggu malam merdeka.


Selamat Hari Merdeka


Abah Luth kebetulan cuti umum, kami pergilah tiga beranak. Memang tak beli makanan, sebab kami dah siap makan dari rumah. Lagi pun, harga makanan dengan situ, mahal yang amat!


Sangat meriah tau malam tadi,, kami balik jam 1 pagi. Jenuh balik lewat tapi untungnya rumah dekat tak sampai 5 minit dah sampai rumah. 


Pagi ni pula, siap-siap kemas barang terus berkelah di Pantai Air Papan. Jam 8.30 pagi kami dah bergerak dari rumah, pusing mencari tempat. MashaAllah penuh dan berlapis dengan kereta. Terpaksalah kami mencari port dekat-dekat dengan gunung.


Selamat Hari Merdeka


Dah setting semua, terus cepat-cepat bakar ayam. Risau ayam busuk aje kalau dibiar lama. Sambil menunggu adik beradik sampai, Syu dengan suami mandi manda dulu. Sebelum matahari terpacak, baik kita mandi dulu.


Cuti umum macam ni, memang penuh orang sampailah petang. Jam 3 petang tadi balik, itu pun disebabkan hujan, kalau tak hujan, memang jam 5-6 petang baru kami balik. 

Selamat Hari Merdeka


Bukan apa, dah alang-alang cuti umum. Kita gunakan sebaiknya. Hehehehe.


Apa-apa pun, Syu nak ucapkan Selamat Hari Merdeka untuk semua rakyat Malaysia!

19 Ogos 2024

Memang Sibuk Dengan Job Review Dan Affiliate TikTok

Memang Sibuk Dengan Job Review Dan Affiliate TikTok

Memang blog ni nampak terabai dan jarang sangat nak update. Update tu pun hanyalah entri lama sahaja, nak menulis entri baru pun agak malas. Kiranya tahun ni, Alhamdullilah syukur, rezeki banyak datang melalui social media.


Sebulan tu kadang lebih dari gaji supervisor. Sebab tu, Syu memang sibuk dengan job review dan affiliate tiktok. Kita bukan orang senang, suami pula kerja biasa-biasa sahaja. Untuk hilangkan bosan dirumah ni, baiklah Syu tambah pendapatan dengan buat job online.


Tahun ni juga, Syu ambil paid review sahaja. Al maklum, semuanya berbayar wak. Eveything not free in this world, nak berak pun kena bayar. Internet pun kena beli, editing capcut dan canva tu semuanya berbayar. Blog ni pun berbayar domainnya.


Affiliate TikTok


Lagilah sekarang, domain makin naik. Sayang kalau tak buat duit dengan betul. Kita ni bukannya orang kaya yang boleh kesana sini dengan modalkan air liur. Dah duduk jauh dari bandar JB ni, memang kena berkira-kira semuanya.

Sebab tu, segala jenis buffet review hotel memang Syu tolak awal-awal. Memang win-win tapi ongkosnya agak expensive untuk kesana. Kalau ada press release tu, Syu up sahaja. Kalau tak ada, ya tak apa. Banyak lagi kerja nak buat.

Affiliate Tiktok pula, hari hari ada je duit komisen. Agak sayang kalau diabaikan begitu sahaja. Sehari RM20 siapa nak bagi? Kalau 30 hari dah berapa dah duit. Sebab tu, Syu kata semuanya kena berkira-kira. Ambil je mana-mana peluang yang boleh menghasilkan duit.

Mungkin ada surirumah yang tak kisah dengan duit, itu hal dialah. Ku tak nak kisah dengan hal orang lain. Sekarang, selagi kita boleh hasilkan duit, baik hasilkan. Kalau dah melebih sangat, Syu block je semua. Tak sakit kepala nak fikir.

Orang kalau tak biasa hidup susah, janganlah sembang pernah susah! Sebab tu pepatah inggeris mengatakan "Put yourself in someone's shoes" Rasa kesusahan orang tu macam mana. Orang yang sembang macam gini, memang Syu bagi red flag terus.

Affiliate TikTok

Bila ada yang cakap kenapa tak accept ke non-paid review dan kena travelling Mersing ke bandar Johor?

Kecik besar kecik besar je Syu pandang orang begini. Entahlah dia duduk planet mana. Hahaha. Mungkin petrol tu pakai isi dengan air agaknya. Waze sendirilah berapa jauhnya perjalanan Syu kalau event tu non paid.

Client yang dah biasa deal job review, dia akan faham dengan rate yang Syu bagi. Kalau RM50 tu, tak apalah tak pegi. Hehehehe

Maaflah ya, sekarang lebih pentingkan duit dari perasaan orang. Kadang orang ni bukan nak faham perasaan kita, kadang dalam 1 group tu, dikutuk-kutuknya kita. Depan baik, belakang walluhalam.

Sebab tu sekarang, lagi baik fokus dengan buat job review dan affiliate sahaja. Kalau ko rasa Syu hamak duit, Yes! Saya hamak duit, sebab ko bukannya boleh bagi aku duit dan menghasilkan duit. Hahahaha. Makcik, zaman sekarang tak ada duit tak makan, kalau ada kawan baik atau pun geng sebulu, belum tentu dia tahu kita makan atau kita tak ada duit.

Apa-apa pun, sekarang ni teruskan membuat duit dan abaikan sahaja makcik pakcik bawang. Ayuhlah mencari rezeki!


24 Jun 2024

Bosan Jadi Blogger, Nak Jadi Content Creator

Bosan Jadi Blogger, Nak Jadi Content Creator

 Rasanya dah lama dah tak menaip kat blog ni. Ada pun 1-2 artikel sahaja sebulan. Biasanya sebulan tu boleh dapat 15 artikel. Manusia kan. Ada masa bosan dengan satu kerja yang sama. Jadi, nak kena buatlah kerja lain, macam upgrade skill.

Mungkin ada yang tercari kenapa tak update blog?

Aku sendiri akui, aku penat dengan algorithm Google dan Adsense aku yang makin merundum. Dalam masa beberapa bulan ni, memang tak update pun sangat. Dia macam "arghh lantaklah nk jadi apa dengan blog".

Bosan Jadi Blogger

Sepanjang 2 tahun aku tak kerja ni, tahun pertama tak kerja Adsense yang banyak membantu. 2 bulan sekali mesti cashout, sekarang ni dah nak 8 bulan dah still 13usd, hahahahah jenuh nak tunggu 100usd tu. 

Lepas tu, 2 tahun ni juga memang banyak job Content Creator, tiap tiap bulan tu boleh dapat dalam 1-2 ribu. Ada satu bulan dalam tahun ni, gaji content creator tu cecah 6 ribu sebulan. Jadi aku akhirnya end up dengan kerja content creator. 

Rata-rata job blogger semuanya unpaid. Ni pengakuan dari diri sendiri yang dah 14 tahun dengan blogger dan 1 tahun dengan buffet Ramadhan area Johor. Tak dinafikan, job blogger hampir kesemuanya non-paid. Mungkin yang dah biasa tu, okaylah kan.

For me, cukup 1 tahun itu sahaja dan dah tak nak buat job yang tidak berbayar. Penat dan letih nak hadap. Yang rumah dekat dengan bando JB okaylah, yang bekerja tu okaylah lagi nak pergi. Macam aku ni 2 tahun berhenti kerja, mostly yang cover event blogger semuanya menggunakan duit hasil sebagai influencerrrrrrrrrr tu ha.

Dia macam ni makcik, influencer dengan content creator tu beza ya. Blogger, influencer dan content creator adalah satu skop yang berbeza. Blogger ni lebih kepada memerah otak untuk menulis dan berkongsi pengalaman kita sendiri di website kita.

Content creator pula, seorang yang berkecimpung dengan pembuatan video dan memberikan awareness untuk orang diluar sana tentang sesuatu produk. Senang kata, lebih kurang je dengan blogger cuma cara penyampainnya tu berbeza.

Saya akui juga makcik! Saya masih lagi blogger yang sama macam dulu. Cuma mood saya nak menulis ni kadang macam ombak.

Kalau ombak tu tenang je, memang rajin menulis. Kalau ombak tu, kuat sangat itu yang punca asyik nak melepet kat tilam sambil scroll socmed.

Apa pun, dua pekerjaan ni aku suka buat dan pastinya bulan depan nak rajin menulis. Doa-doa kanlah ye. Rugi juga setahun bayar RM50 tapi tak bagi hasil pula blog ni.

Arghhh tiba sangat!

12 April 2023

Rupanya Dah Genap Setahun Tak Bekerja

Rupanya Dah Genap Setahun Tak Bekerja

Rupanya dah genap setahun aku tak bekerja. Bulan lepas, tergeraklah hati ni nak buat resume dan try jawatan kosong. Kalau difikirkan balik, sayang kot kerja dah 8 tahun dan terkubur macam tu je.

Kadang tu, sampai termimpi-mimpi kerja kat site. Hahahaha. Aku cubalah apply 4-5 tempat, tak sangka semua panggil untuk datang interview. Aku pulak tak bagi tahu suami yang aku ni tengah apply kerja.

Kononnya, nanti dah dapat interview baru nak bagi tahu. Bila dah dapat, sekali suami kata tak yahlah kerja. Dia masih lagi mampu nak bayar komitmen dan sebagainya.

Tapi, bagi aku yang dah biasa pegang duit 3-4 ribu sebulan ni, rasa macam betul-betul kehilangan semuanya. Kiranya, macam kau berpuasa dan tahan nafsu daripada beli apa yang kemahuan kau nak.

Rupanya Dah Genap Setahun Tak Bekerja

Rupanya Dah Genap Setahun Tak Bekerja

$ads={1}

Kau faham tak? Perasaan menahan nafsu ni.

Asal nak beli je, hmm tak payah kot. Baik beli pampers dan susu Luth. Begitulah tiap kali nak beli sesuatu untuk diri sendiri. Melainkan, dah betul betul nekad, barulah beli. Tapi end up, kecewa sebab kenapa beli benda kemahuan berbanding keperluan. 

Bukan tak rindu kat kerja lama tapi dah tak boleh nak kerja, terpaksalah pendam hasrat dan rasanya mungkin terkubur untuk selamanya. 

So far, sepanjang setahun ni, macam-macam aku alami. Aku percaya, rezeki tuhan ni kat mana mana aje, yang penting kita usaha untuk mencarinya. 

Mungkin ada sebab kenapa aku diberhentikan dan salah satunya, aku nampak perubahan Luth. Dulunya dia merangkak nak bercakap, sekarang ni sampai letih nak melayan celoteh murai dia. Hahahahha.

Dulu, memang tak ada masa nak spent time dengan Luth. Sekarang ni, pantang start kereta confirm mengejarlah si budak Luth ni. Tak boleh berenggang sikit pun. 

Awal berhenti kerja tu, memang risau sangat aku ni tak boleh nak bayar komitmen sendiri. Sampai sesak dada, fikir cara macam mana nak bayar komitmen tu.

Rupanya Dah Genap Setahun Tak Bekerja

$ads={2}

Tapi kan, lama lama aku faham. Sebenarnya selagi mana kita percaya yang Allah ni pemberi rezeki, untuk apa kita bimbang? 

Yang ada hanyalah berapa kuat kita berusaha dan berapa tinggi kita yakin. Allah itu adil. Rezeki tidak lambat dan tidak cepat tapi sampai tepat pada waktunya. 

Jadi salahkan diri sendiri, kalau kita tak upgrade ilmu atau kita tak berusaha macam orang lain. Semuanya pada kita sendiri. Begitulah juga kalau sikit usaha, sikitlah kita dapat.

Banyak usaha banyaklah kita dapat. Kalau tak dapat, walaupun dah berusaha, sabar dan yakinlah, rezeki tu tetap ada walaupun lambat.

Sejak dari tu, aku teruskan lapangkan dada. Insha Allah, rezeki tu ade. Jangan risau. Begitulah setiap hari aku alami. Takpe, sambil urut dada. Rezeki aku ada nanti.

Satu lagi, yang paling aku pegang. "Kita kalau tak ada duit, buat cara tak ada duit." Bersederhana aje, beli yang perlu. Selagi mana boleh tahan diri, tahanlah dulu.

Alhamdullilah, setahun ni tak pernah putus rezeki untuk review produk atau food review. Mesti ade 1-2 slot per bulan, cukuplah untuk bayar komitmen. Macam tak percaya, tapi aku survive juga untuk setahun ni.

Dua bulan ni, rezeki review lebih daripada yang sepatutnya. Sehinggalah hari ni, tak berhenti rezeki review masuk. Syukur sangat-sangat. 

Aku harap, aku ni masih kekal dengan keadaan sekarang. Tetap berlapang dada dengan rezeki yang Allah bagi. 



Psst:/ Rajin rajinlah korang tengok IG atau Tiktok aku. 


19 November 2022

Pilihan Di Tangan Anda, Selamat Mengundi

Pilihan Di Tangan Anda, Selamat Mengundi

Marilah, mari..
Pergi mengundi...

Ha ko dah mengundi belum? Pagi ni kat tempat aku, hujan renyai-renyai. Inilah pengalaman kali pertama pergi mengundi. Selama ni bukan tak sempat tapi itulah merantau di tempat orang dan disebabkan kerja, jadi tak dapatlah nak mengundi.

selamat mengundi

Pagi ni berpeluang untuk mengundi. Tak naklah nanti kat akhirat, Allah tanya kenapa tak tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat di dunia. Ha sudah nanti tak boleh nak menjawab, baik pergilah walaupun keadaan terpaksa dan malas nak pergi.

Pastikan juga sebelum nak mengundi, ko belajar dulu cara mengundi. Kang tak memasal, undi rosak pulak!

Sebagai persediaan awal, pastikan bawa SALAH SATU dokumen pengenalan diri yang berikut:

1. Kad Pengenalan 
2. Pasport 
3. Lesen Memandu 
4. Dokumen Pengenalan Sementara (JPN KPPK09) 
5. Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN KPPK11) (Disahkan JPN)

Kalau rasa tak bawa dokumen penting, sila balik dan bawa semula. Jangan buang masa orang lain tau. Pastikan bawa dokumen penting, barulah ko pergi ke tempat mengundi. 

Pilihan Di Tangan Anda, Selamat Mengundi


cara mengundi

Di bawah ni aku kongsikan cara-cara mengundi:

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh Anggota Polis yang mengawal selia pintu masuk. 

2. Serahkan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri dan Slip Semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Kemudian, tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa. 

3. Kerani Pengundian Pertama akan memberikan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri pengundi kepada Kerani Pengundian Kedua untuk pengesahan. Pasti No. Kad Pengenalan dan nama anda yang diteriakkan oleh kerani Pengundian Pertama adalah TEPAT. 

4. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua. 

5. Terima kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga. (Kerani Pengundian Pertama akan membuat penandaan nama anda dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya). 

6. Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit. 

7. Maju ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam Kertas Undi dengan menggunakan pen. PILIH SATU CALON SAHAJA. 

8. Masukkan kertas undi dalam Peti Undi yang betul. 

9. Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit. 

10. Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.

Telefon Bimbit Tidak Dibenarkan Di Tempat Mengundi 

Pengundi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit ketika membuang undi di tempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu infografik yang dimuat naik di platform social media mereka pada Rabu memasukkan perkara tersebut dalam 10 langkah pengundian perlu dipatuhi oleh pengundi ketika mengundi pada 19 November ini. 

Larangan itu yang disenaraikan sebagai langkah keenam dalam maklumat grafik itu menunjukkan bahawa ia tidak dibenarkan, di mana pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas apabila mengambil kertas undi. 

Selepas mengundi, pengundi akan kembali kepada petugas berkenaan untuk mengambil kembali telefon bimbit mereka ketika keluar dari tempat mengundi.

undi rosak undi ditolak


Ciri-ciri Undi Rosak / Undi Ditolak 

Tahukah ko, istilah Undi rosak hanya terpakai kepada kertas undi yang TIDAK DIMASUKKAN dalam tempoh pengundian, manakala istilah KERTAS UNDI DITOLAK pulak berlaku semasa proses pengiraan kertas undi.


PERATURAN 21: PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981 

Contohnya kertas undi terkoyak secara tidak sengaja, itu istilahnya kertas undi rosak dan ia tidak dimasukkan ke dalam peti undi. Ketika itu, pengundi boleh memohon kertas undi baharu dari Ketua Tempat Mengundi.

undi rosak undi ditolak

PERATURAN 25 (6) (7) PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981 

Ketua Tempat Mengundi atau orang yang diberikan kuasa olehnya hendaklah kemudiannya mengira kertas undi itu mengikut undian oleh pemilih bagi setiap calon dan hendaklah mencatatkan perkataan ‘ditolak’ pada mana-mana kertas undi yang ditolak sebagai tidak sah. Ketua Tempat Mengundi hendaklah menolak sebagai tidak sah kertas yang berikut sahaja, iaitu mana-mana kertas undi:

Kertas undi tidak dicapkan dengan tanda rasmi Undi diberikan lebih dari satu calon Menulis perkataan pada kertas undi Kertas undi yang tidak bertanda dan tidak menanda di dalam kotak Pengundi tidak menunjukkan tujuan yang jelas pada kertas undi.

undi rosak undi ditolak

Adakah Tanda Selain Pangkah Dikira Sebagai Undi Rosak? 

SPR menjelaskan bahawa selain tanda pangkah ‘X’ pada kertas undi, tanda lain seperti titik juga boleh diterima sebagai undi. Menurut Pengerusi SPR, syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan yang disediakan. 

“Tulis (perkataan) tak boleh, tapi kalau ‘dot’, ‘tick’ atau apa tanda yang dibuat dalam kotak kita boleh takrifkan bahawa dia punya ‘intention’ (niat) adalah untuk memilih calon itu. Dalam garis panduan kita, apa tanda pun diterima tak semestinya pangkah tetapi jangan buat di semua kotak.”

Akhir Kata

Apa-apa pun, pastikan ko tidak salah pangkah. Kita tak nak peristiwa 22 bulan memerintah tu kembali lagi. Buatlah pilihan yang tepat. Jangan salah pangkah, nanti rugi tau undi! Selamat mengudi semua!

Sumber | Sebenarnya.my



1 November 2022

Target 100K Pageview Untuk Bulan November

Target 100K Pageview Untuk Bulan November

Target 100K Pageview Untuk Bulan November | Alhamdullilah ala kulli hal, bersyukur betul sebabnya bulan lepas blog ni dapat 80K pageviews. Lagi seronok bila adsense lebih dari apa yang aku nak. 

Lepas je aku tukar template baru-baru ni, terus naik mendadak pageviewsnya. Seronok tu kemain lagi. Memang tak pernah dapat 100K sebulan, jadi bulan ni aku target macam tu. Sikit aje lagi blog aku ni capai 2 juta. 

Bukan senang tapi tak mustahil. 

Banyak juga aku belajar dari blog ni. Jatuh naik blog ni pun aku masih sabar lagi. Bukan masa untuk aku di tahap sepatutnya kan. Kenalah bersabar kita ni.

Tapi bersyukur sangat, blog ni sikit sikit ada juga incomenya. In shaa Allah, bulan ni pun dah cash out lagi daripada adsense. Tahun ni aje 3 kali aku rasa, sebelum ni mana pernah nak rasa. 

target 100k pageviews

Sehari dapat 1 sen je. Sedih kan?

Itu baru bab adsense, bab pageview ni lagi lah. Punyalah target 6 bulan mesti dapat 1 juta, end up tak dapat pun. 

Jadi, kali ni dah tak boleh main-main dah. Sesibuk macam mana pun tetap kena update blog, jangan biarkan blog sepi.

Lepas tu, entri lama-lama tu kenalah update sikit sikit tambah mana yang patut. Biar google nampak blog aku ni masih lagi aktif.

Gitu.

Cuma bulan ni macam nak kurangkan pergi event sebabnya husband guna kereta. Husband pula dah berpindah ke segamat, jadi memang patah kakilah nak kemana-mana.

In shaa Allah, apa yang aku target ni mesti akan dapat.

Doakan ya semua!

18 Oktober 2022

Aku Nekad Nak Bisnes Perfume Semula

Aku Nekad Nak Bisnes Perfume Semula

Aku Nekad Nak Bisnes Perfume Semula | Last aku bisnes, hujung tahun lepas. Kiranya dah nak setahun aku tak bisnes. Barang-barang macam plastik postage pun banyak dah tak ada, tak silap macam aku bagi orang. 

Yelah, memang dah tak ada mood nak bisnes masa tu. Ditambah pula aku diberhentikan kerja kan. Lagilah mood kelaut. Sedar tak sedar dah 7 bulan tak kerja. Asyik makan tidur ajelah kerjanya. 

Alhamdullilah seronok je, dah tak perlu nak stress dengan bebanan kerja. Duit pun dah tak risau, janji cukuplah mana yang ada hujung bulan. Yang pasti, cukup makan cukup pakai. Cukup serba serbi, tak perlu nak berlebihan.

Aku rasa hikmah aku diberhentikan kerja, supaya aku tenang dan tidak selalu memikirkan duit hujung bulan. Nak dibandingkan masa kerja, mesti hujung bulan fikir nak makan apa. 

Lagi satu hikmahnya, baru aku tahu Luth ni kategori lambat bercakap. Dia dah faham, cuma mulut tu tak nak keluar perkataan. Itu yang banyak buat aktiviti kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar pada Luth. 

Itulah, yang aku banyak habiskan masa dengan Luth. Kalau nak pergi event, mesti hati ni berat nak tinggalkan dia kat rumah. Walaupun atuk dan neneknya boleh aje jaga kejap, tapi itulah hati ibu kan. Bila dah banyak masa diluangkan bersama, tinggal kejap je mesti rasa serba salah dan rindu dengan anak.

Gitulah kehidupan aku sejak tak bekerja ni.

nekad nak bisnes


Malam tadi, nekad dah nak bisnes semula. Jadi semangat nak buat live tiap tiap malam, sebelum ni waktu kerja buat live pun hanya hujung minggu sebab tak nak campur adukkan hal kerja dengan bisnes.

Tanya juga pendapat husband, nak jual perfume ke nak jual baju budak.

Sekali dia cakap jual aje Pak Mat Western. Hehehehhe. Area kampung aku ni memang tak ada yang jual kambing perap jenama tu, susah betul nak mencari. Tapi tulah, aku tak berkenan jual produk makanan.

Naluri ni dok kata, jual aje perfume tu ha. Seller lama pula dah tak amik agent, dok puas mencari seller mana yang ada bukak agent. Cari punya cari, jumpa juga. 

Ini tunggu aje stok sampai. Harapnya khamis ni dah ada stok di tangan.

Bukan apa, aku bisnes boleh juga bantu suami. Boleh tambah simpanan sedikit kalau apa-apa kecemasan berlaku. 

Aku harap aku ni boleh jadikan pengalaman bisnes lepas untuk aku terus semangat bisnes. Tak pernah kenal erti penat. Orang lain boleh, kenapa aku tak boleh? Khairul aming pun nak jual sambat nyet dia tu makan masa untuk berjaya. Begitu juga aku.

Doakan ya semua!