Ujian Tika 'Branding' Nak Up, Bak Kata Sislin.com

Bismillah.
Assalammualaikum.

Ujian Tika 'Branding' Nak Up, Bak Kata Sislin.com | Pagi ni agak annoying bila dengar "Shuhada nanti kalau dah berhenti, nak kerja mana?". Apatah lagi yang bercakap ni dari mulut melayu Islam. Sekali aku hempok nyawa ko, menggelumpur nyawa ko karang! Baru ko tahu. 

Ko ingat boss company aku ni bagi rezeki kat aku? Tak ada dia, aku ni mati lah, gitu. Aku ni dah tahap lega dah, aku rasa hilang bebanan kerja dan tak kisah kalau aku tak kerja lepas ni. Mana tahu duit blog aku ni boleh cover bayar hutang kereta. Sekarang ni motif kerja pun sebab nak bantu suami dan nak langsaikan hutang kereta aku je.

Sebelum ni, memang aku sayang sangat nak lepaskan title 'Site Supervisor' tu. Gila ko 7 tahun kerja site, muka pun dah hitam legam. Pastu takkan lah ko tak sayang kerja tetap ko kan. Bukan aku yang buat masalah, company yang buang aku. Suka atau tak aku terima jelah dengan lapang dada.

Baca ini juga : Ku Terima Dengan Lapang Dada, Aku Diberhentikan.....



Nanti ko baca lah kat link atas tu. Hari ni aku terbagi ayat gosip group sebelah ke dalam group JDT blogger. Hahaha tersalah bagi. Last last Sis lin cakap,

Ujian Tika 'Branding' Nak Up

Betul juga, semenjak dapat job review buffet ramadhan ni banyak juga aku dengar mulut puaka-puaka ni cakap itu ini. Aku amik job ni sebab aku nak jual branding aku, aku nak upkan lagi blog aku ni. Cik Epal pun starting as a blogger. Hanis Zalikha pun blogger tau dulu. Diorang ni berjaya bermula sebagai blogger. 

Ko apa tahu, manjang nak swipe tiktok je laa...

Aku punya sukalah aku nak kerja mana lepas habis notis ni. Ko apa tahu! Aku ni berapa lama pendam yang aku ni blogger. Aku dapat pageviews 1.5m barulah aku up kat status. Itu pun ramai yang terkejut, dalam diam buat bisnes. Apatah lagi ofismate aku tu, ternganga tengok aku ni banyak pergi buffet ramadhan.

Balik kerja je, pergi makan free. Walaupun ianya FREE, tapi kalau 10 kli aku pergi dah beribu dah aku dapat tau. Tapi ko tak tahu, ni semua salah satu cara nak kasi Up dulu nama aku. Aku buat kerja aku sehabis baik, nanti orang suka, orang pandang, lain orang kana offer aku dengan bayaran pula!

Kalau tak jadi Ombak Bergigi ni, ingat senang ke nak makan kat hotel 5 bintang? Keluar masuk hotel je kerja. Aku bukan nak bangga, tapi aku tak suka style yang tak percaya akan rezeki. Rezeki aku ni kat sini, apa salahnya support branding aku ni, dari dok cerita belakang.

Sekarang ni, santai santai sudah. Ko nak jeles, ko punya suka. Yang penting, aku seronok dengan kerja blogger aku sekarang ni. Ko tunggu lah nanti aku dah ada branding, ko jangan iri hati pulak. Lagi satu, ni lepas notis habis, aku nak kerja mana?

Ni aku tengah buat kerjalah ni, ko apa tahu... manjang swipe tiktok





8 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. kak yan beberapa kali kena buang kerja... alhamdulillah...masih membayar zakat dan cukai... kena buang kerja bukan bermakna berakhirnya karier okay

    BalasPadam
  2. Uish marah betul tu. Saya pernah dapat juga orang macam cakap blog dah tak releven dah. Tapi kalau kena dengan cara InsyaAllah boleh berjaya!!!

    BalasPadam
  3. hahhahahahahhahahahaaa...manjang swipe tiktok ..hahahhaa.. betul rezeki itu dari Allah , yakin lah kepada yang maha memberi rezeki itu kan .

    BalasPadam
  4. itulah kak huhu. org igt senang ke nak naik nama blog ni. aduh laaa.

    BalasPadam
  5. One day bila blog dah stabil.. dia punya feeling tu tak tahu nak cakap mcm mana haha.. Semoga dipermudahkan semuanya om..

    BalasPadam
  6. Aku pernah diberhentikan kerja..Lama dulu...rahsia sendiri aje...Tapi kita sendiri tahu apa kita perlu buat dan apa yang kita selesa nak buat... All the best OM. Kasik UP!!!! Hehee...

    BalasPadam
  7. All the best OM..
    In order to succeed, we must first believe we can...

    BalasPadam
  8. insha Allah syu.. rezeki ada di mana-mana

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama