Jemput Makan Di Kampung Holiday Villa Buffet, Johor Bahru

Bismillah.
Assalammualaikum. 

Jemput Makan Di Kampung Holiday Villa Buffet, Johor Bahru | Siapa nak berbuka sambil menikmati pemandangan sekitar Johor Bahru, aku cadangkan korang berbuka di sini. Sempat jugalah aku tangkap gambar sunset, seronok eah!

Holiday Villa

Di sini menyajikan lebih daripada 150 sajian dan bertemakan "Kampung Holiday Villa Buffet" ini mengetengahkan menu menu daripada utara. So, ko kalau teringin nak makan sup utara, bolehlah mai kat sini. Mabelessss tau!

Apa yang aku suka kat Holiday Villa ni, tempatnya sangat luas dan ruang untuk solat pun ada disediakan. Jadi tak risaulah kalau nak berbuka puasa disini. Aku ni jenis pandang tempat yang luas dan selesa, al-maklum bawak anak kecik, takut juga kalau ruang tak besar. Naya pak karim kalau jenis anak melasak ni.

Holiday Villa


Perghhh aku terpesona dengan pelbagai jenis gerai Holiday Villa yang menyajikan hidangan Gaya Kawah Asli yang dimasak dan dihidangkan melalui stesen memasak langsung dari mereka. Selain itu, aku turut dikejutkan  dengan hidangan Signature BARU Chef Holiday Villa ni seperti Kambing Golek Nasi Kabuli, Ayam Golek Tebu Bakar dan Kari Kepala Ikan Utara. 

Selain itu, ko akan dihidangkan dengan pilihan yang pelbagai pembuka selera seperti Aneka Kerabu, Jeruk dan Ulam untuk menggoda permulaan makanan engko. Ko pekena pulak dengan Sambal Belacan, Sambal Cencalok, Sambal Mangga dan banyak lagi!

Holiday Villa

Holiday Villa

Holiday Villa

Kat sini juga ko boleh tengok Live Dodol dan Goreng-Goreng demonstrasi oleh chef hotel ni. Lain-lain menu yang Mesti Ada dan Ruji kegemaran Sepanjang Zaman seperti Sup Meletop, Sate, Seafood Bakar-Bakar, Assam Pedas dan Keropok lekor pastinya menggamit memori korang kan. 

Jadi, ko kenalah lengkapkan hidangan berbuka dengan pilihan manis aka dessert yang disediakan khas. Pelbagai jenis pencuci mulut Melayu yang tidak dapat dilupakan seperti Kuih Tradisional, Kurma, Buah-buahan Segar, Leng Chee Kang, Cendol, Bubur Pulut Hitam, Ais Kacang dan banyak lagi menanti anda. Tidak lupa juga Durian Goreng yang terkenal dan Serawa Durian yang akan cair di mulut ko!

Moh ler ko layan video Holiday Villa ni kat page blog aku. 



Kampung Holiday Villa Buffet @ Holiday Villa Johor Bahru
Fern Pine Cafe, Level 9
5 April - 1 Mei 2022
6.30 pm - 10.00 pm

RM128 nett per Dewasa
RM88 nett per
Warga Emas (55 tahun ke atas)
RM58 nett per Kanak² (5 - 12 tahun)/OKU

EARLY BIRD (sehingga 4 April 2022)
RM98 nett per Dewasa

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 +60166794278/ +6072903367
Whatsapp: https://lynxshort.com/jemputmakan

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. tudiaaa...macam- macam menu ada..sedapnya ada gulai kawah...eh..nak kena pi Johor ke ni baru bleh makan gulai kawah...hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama