Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM108nett Sahaja

Bismillah.
Assalammualaikum.

Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM108nett Sahaja | Hari ini aku nak kongsikan review di sebuah hotel yang berhadapan dengan JBCC iaitu Amari Hotel Buffet Ramadhan. Memandangkan kita sudah masuk fasa endemik covid19, jadi berpusu-pusu hotel melakukan promosi buffet ramadhan termasuklah Hotel Amari.

Amari Johor Bahru

Sebelum aku nak cerita panjang lebar, satay ayam kat sini sedap gila ko! Hampir kesemua hotel mesti ada satay ayam kan? Bagi aku, satay ayam kat sini paling sedap dan maknyusss wei. Rasa rempah yang cukup, dan yang paling penting makan satay ni rasa 'moist' tu kena ada. Barulah umpppphhh!


Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru 


Bertemakan 'Irama Warisan', tahun ini Buffet Ramadhan Amari Johor Baru menyajikan lebih dari 200 jenis menu aneka citarasa masakan Melayu warisan tradisi. Tapi di sini korang nak makan western ke, masih ada lagi yaa. Kiranya kat sini semuanya citarasa menu melayu, dan pastinya menepati kesemua tekak bangsa-bangsa lain.

Apa yang aku pasti, bila makan buffet disini, korang mesti puas hati dan kekenyangan sampai tersandar beb! Jom tengok apa yang menariknya...


Amari Johor Bahru

Amari Johor Bahru


Antara menu yang jadi tumpuan selain Satay Ayam tadi tu ialah; Briyani Gam Johor, Salmon Fish Head Curry, Laksam & Nasi Kerabu Daging Bakar, Chinese Wok Fried Live Cooking Station, Pek Nga and Gulai Kawah dan bermacam aneka lauk pauk lain yang menyelerakan. 

Pelbagai jenis ulam-ulam yang disediakan disini, Pucuk Ulam Raja dan Kacang Botol dihidangkan bersama Sambal Kelapa, Sambal Mangga, Sambal Belacan, Sambal Budu dan Cencaluk. Untuk pencuci mulut dan juga Kuih-Muihnya pun banyak pilihan. Semua memang kebanyakkannya kuih melayu kita iaitu Bubur Pulut Hitam, Bubur Cha Cha, Pengat Pisang, Sago Gula Melaka dan macam macam lagi.


Amari Johor Bahru


Ha ni nak bagi tahu, menu delivery or takeaway pun ada kalau ko lebih selesa berbuka puasa dekat rumah bersama keluarga. Just contact aje person in charge untuk order dan set kan waktu ko nak delivery or pickup.

Lagi banyak gambar menu, ko boleh la belek dekat page Blog Ombak Bergigi ya!


So, tunggu apa lagi? Segala details ada di bawah tau.


𝐈𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐅𝐅𝐄𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔 2022 

5 April hingga 1 Mei 2022 
6.30 petang hingga 10.00 malam 

EARLY BIRD – Pembelian sebelum 5 April 2022 
RM98 nett dewasa 
RM74 nett warga emas 60 tahun keatas 
RM49 nett kanak-kanak 

HARGA 
RM128 dewasa 
RM96 Warga emas RM49 kanak-kanak 
Take away menu 
RM65 per set 

Beli 10 dan dapatkan harga special RM 108 nett dewasa 
Daily delivery and self collect Rm65 per set 
( 3 set menu of your choice are available, advance booking before 5.00pm required) 

Maklumat lanjut 
📞07-266 8888 
📲 016-776 8547 

#buffetramadhanjohor #buffetramadhanjohor2022 #JDTblogger

0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama