Tak Ada Mood Kerja Disebabkan Gaji OT

Bismillah.
Assalammualaikum.

Tak Ada Mood Kerja Disebabkan Gaji OT | Sabtu lepas aku memang totally burn out disebabkan gaji overtime aku diturunkan ke 1.0. Aku menulis entri ni cuma nak lepaskan rasa geram aku sahaja dan tak ada niat untuk menjatuhkan company yang aku tengah bekerja sekarang ni.

Sejak aku dapat payslip untuk gaji bulan lepas, aku macam pelik, kenapa sikit sangat gajinya. Nak kata aku cuti, taklah juga. Nak kata aku OT lebih 104 jam pun tak juga. Aku kadang cuma ot tak lebih daripada 30 jam. Ot pun ikut mood aku sahaja. Sebab aku dah malas untuk kerja lebih masa.

Ceritanya begini, aku terkejut bila tengok payslip aku tu, gaji ot cuma dibayar 1.0 sahaja. Memandangkan sebelum ni gaji ot aku dibayar 1.5, aku macam speechless sangat sangat. Memang wajarlah kan kalau setiap tahun naik gaji tapi kena tiba tiba pula tahun ke 7 aku kerja ni, ot aku direndahkan sebanyak 1.0 sahaja.




Tanpa ada sebarang notis pasal ot ni, aku cukup emosi tau. Bila kerja construction, boleh dikatakan kau takkan ada masa dengan keluarga, disebabkan tuntutan kerja kau tu. Even public holiday tu pun kena kerja. Tapi, baru baru ni ofis cuma inform ahad dan public holiday, gaji ot dikira berdasarkan 1.0 sahaja.

Kau rasa?

Aku macam, eh eh dah kenapa pula tukar system bagai. Bukan ke dah cakap dalam akta buruh 1955? Gaji ot dibayar sebanyak 1.5 daripada gaji sehari korang? Jumaat lepas boss buat meeting untuk aku dan yang lain setuju bahawa gaji ot dibayar sebanyak 1.0 sahaja.

Kau rasa?

Aku cukuplah angin dan menangis masa meeting tu. Aku menangis bukan sebab gaji ot diturunkan, aku menangis sebab aku kecewa dengan boss aku sendiri. Langsung tak pedulikan akta buruh dan suka suka hati dia je nak menindas pekerja. Kiranya kat mana hak aku sebagai pekerja? 

Memandangkan aku sendiri pun dah kenal boss aku 7 tahun, takkanlah tiba tiba turunkan gaji ot tu? Aku kalau difikirkan balik pasal gaji ot aku ni, buat aku jadi burn out, buat aku migrain dan buatkan aku langsung tak ada mood untuk kerja.

Sekarang ni, aku macam diluah mati emak, ditelan mati bapak. Kang report buruh, aku pulak dicop sebagai kaki mengadu. Kang kalau tak report, aku jugak yang kena hadap dengan kerja. 

Senang cerita, cukup masa balik. No more over time, kau nak marah ke apa ke. I dont want to know! Sebelum aku jadi gila dan tak waras untuk mengadu dengan pejabaat buruh, baik company aku ni buat baik dengan aku!

Buat masa sekarang, aku masih bersabar even aku ni kena tindas!


6 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Alamak....x tau nak komen apa tapi bila ditindas macam ni susah juga, report kang hilang pulak kerja..nak plak bukan senang nak dpt kerja sekrang kan

    BalasPadam
  2. Ish.. Susah jugak tu. Report salah, tak report kita gak sakit hati. Semoga dipermudahkn urusan OB. Tapi memang tak patut la. Construction industry yang untung besar kot.lainlah kalau yang struggling macam printing atau tourism. Tak patut betul

    BalasPadam
  3. Shu dengan masalah ot, adik kinah sampai sekarang dia tak dapat gaji selama 3 bulan dia kerja dengan company lama. Bila report pejabat buruh macam takde harapan je. Sabar ye shu

    BalasPadam
  4. Berat pulak dada ammi baca...kesiannya kat awak.
    DAlam offer letter dulu ada sebut ke rate OT mmg 1.5 atau dihujungnya ada sebut "at employer's discretion"?

    BalasPadam
  5. Takde alasan ke kepaa di potong tu OM.. kalau main potong je memang gilerr laaa...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama