Resepi Murtabak Maggi Paling Senang Dan Sedap

Bismillah.
Assalammualaikum.

Resepi Murtabak Maggi Paling Senang Dan Sedap | Hujan hujan ni sedap juga dapat makan murtabak maggi. Nak lagi sedap apabila kita cuba sendiri masak resepi murtabak maggi paling senang ini. Hanya maggi je yang senang dibuat ketika hujan kan? Tak sampai 5 minit, maggi dah siap dah masak.

resepi murtabak maggi

Sebenarnya, kalau mengikut kos resepi murtabak maggi ini adalah satu hidangan makanan yang paling jimat dan tidak mengeluarkan duit yang banyak untuk membuatnya. Untuk mendapatkan kelainan rasa, korang boleh juga tambah ayam atau pun daging cincang serta perisa rasa lain. Barulah berselera ketika menikmatinya. 

Apa kata hari ni kita cuba masak resepi murtabak maggi paling senang dan sedap? Sudah pasti anak anak berselera kan, jom kita cuba.

Resepi Murtabak Maggi, Jom Buat

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini dengan teratur.

resepi murtabak maggi

Bahan-bahan murtabak maggi :

  • Maggi Kari 1 bungkus 
  • Telur 3 biji 
  • Bawang Merah 3 biji 
  • Sosej (rebus skejap) 
  • Garam 
  • Ajinomoto 
  • Daun bawang 
  • Cukup rasa maggi

Cara-cara untuk membuat murtabak maggi : 

1. Kita masukkan perencah maggi kari dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan 3biji telur, ke dalam bahan yang kita masak tadi kacau sampai sebati. 

resepi murtabak maggi

2. Rebus mee maggi sampai lembut, korang ikut arahan pada bungkusan maggi tu ye.  

3. Masukkan mee maggi ke dalam bahan bahan yang tadi kacau sampai sebati dan bahagi kan kepada 2 bahagian. 

4. Panaskan minyak, masukkan mee maggi ke dalam kuali sehingga masak, kemudian kita terbalikkan mee maggi. 

resepi murtabak maggi


5. Kemudian kita angkat mee maggi kita hiaskan dengan mayonis dan cili sos. Dah siap utk dimakan.

Selamat mencuba.

13 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Sedap ni murtabak maggi. Kalau Kak Amie buat kena pastikan banyak, anak-anak suka.

    BalasPadam
  2. Waaa nampak simple dan menarik laaa.. dah banyak save resepi murtabak maggi ni, buatnya jee tak buat lagi hahahaha

    BalasPadam
  3. Lamaaa tak makan.. buat sendiri pun tak jugakk. Hahhaa.. Thanks info

    BalasPadam
  4. Nampak sedap murtabak maggi tu. Boleh cuba buat nanti hihi

    BalasPadam
  5. lamaaa jugakkk ain tak buat murtabak maggi ni... okayy masuk list nanti..

    BalasPadam
  6. Yg ni memamg sedap giler ... eeee
    Tak selalu buat tp mmg sedap
    boh atas dia cheese wah mcm pizza

    BalasPadam
  7. Kalau org sabah lain lg murtabak dia.. Apapun nice resepi om..

    BalasPadam
  8. Eh menarik juga resepi mcm ni. Kak pip x pernah lagi buat resipi murtabak sebegini. Senang pun senang juga nak buat.

    BalasPadam
  9. Laa nama dia murtabak maggie ke? ada kawan sekerja (masa tu baru habis SPM so kerja la kita kat kedai baju) time rehat, pergi rehat rumah dia and dia masak murtabak maggie ni sedap sangat la, now baru tahu nama dia murtabak maggie hehehe

    BalasPadam
  10. cantik sungguh kejadian murtabak megi dia kan. berselera menengoknya.

    BalasPadam
  11. Sedapnya murtabak maggi. Selalu buat tak jadi, harap ada resipinya menjadilah nanti.

    BalasPadam
  12. Boleh buat breakfast untuk anak ni. resepi sangat senang dan simple untuk buat. Thanks ya sebab sharing resepi ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama