Petua Hilangkan Kayap Secara Semulajadi

Pernah dengar tak penyakit kayap? Penyakit kayap ni ada yang kata boleh maut sebab tu kalau kena kayap, kena cari cara hilangkan kayap. Aku ingat lagi abang aku pernah kena penyakit kayap ular. Seksa juga tengok dia nak sembuhkan kayap ni. 

Tanda-tanda kayap ni kadang kurang jelas juga. Kadang korang akan rasa gatal, kulit nampak merah ataupun pedih pada sesuatu tempat. Kayap ni juga mengambil masa dalam 2-3 hari untuk korang nak nampak kesan ruam bergelembung yang berisi cecair.

Sebab itulah, agak menyakitkan apabila bergesel dengan pakaian. Perih dan pedih tu! Ada sampai individu ni terpaksa tahan sakit kayap ni sampai 30 hari. Jenuh juga nak bebas dari penyakit ni.

Cara Hilangkan Kayap, Mudah Dan Berkesan


Petua Hilangkan Kayap
Petua hilangkan ketayap

$ads={1}

Kayap dalam bahasa medikalnya ialah Herpes Zoster/Shingles. Ianya disebabkan oleh virus Varicella Zoster. Varicella Zoster ini adalah agen yang sama yang menyebabkan chicken pox dan cacar air.

Baca sini: Ubat Sakit Gigi

Sebenarnya virus ni boleh menjangkiti manusia sebagai cacar air dan akan tidur atau tidak aktif dalam badan manusia. Ia akan tinggal di bahagian saraf manusia dan sekiranya badan kita mempunyai imuniti rendah, jadi virus ini akan aktif semula. Jadi maka terjadilah kayap dan menyebabkan tanda tanda kayap.

Jadi, hari ni aku nak kongsikan 8 cara hilangkan kayap secara semulajadi. InsyaaAllah membantu korang yang tengah mengalami penyakit ini. 

#1 Guna Daun Pokok Duit-Duit

Korang boleh juga guna daun pokok duit-duit yang telah ditumbuk hancur. Korang ambil daunnya serta air perahannya dan tekap pada tempat yang terkena kayap dan bengkung semalaman. 

#2 Guna Ubat Makan Dan Ubat Sapu

Kalau korang tak nak cuba secara tradisional, korang boleh dapatkan ubat makan dan ubat sapu, kalau nak cucuk pun ada. Lebih elok jika berjumpa dan dapatkan nasihat daripada doktor. 

#3 Guna Daun Cili Dan Kapur Makan

Eh bukan cili tau, ini daun cili. Naya juga kalau sapu cili kat kayap, tak pasal kang bertambah sakit. Korang boleh guna daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas dau cili serta campurkan sedikit kapur. Kemudian, sapukan pada bahagian yang terkena kayap. Korang boleh lakukan 2 kali sehari. InshaAllah kayap akan sembuh dan baik dalam masa beberapa hari.

#4 Guna Daun Delima (untuk kayap setompok)

Cuba korang guna pula daun delima yang sudah ditumbuk lumat bersama bedak sejuk (tanpa pewangi). Lepas tu, tampal di tempat yang terkena kayap tu. InshaaAllah 3 hari je dah boleh kering. Lagi penting sekalikan, bila korang tampal tu, jangan dikupil parut kayap tu bila tampalan tu dah kering. Korang biarkan je, biar ia tanggal sendiri sebab kalau ada yang tak kering, lagi mudah nak kembali merebak.

#5 Guna Garam Bukit (Rock Salt)

Selain itu, cara hilangkan kayap ini juga boleh menggunakan garam bukit (rock salt). Cara merawatnya ialah dengan ambil sedikit garam bukit dan campur dengan sedikit air. Lalu, biarkan garam bukit itu tadi separuh larut dan sapu pada kawasan yang terkena kayap. Boleh amalkan 2 kali sehari, sebelah pagi dan malam. 

Ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan ke dalam segelas air, kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul). Ini adalah rawatan secara dalaman dan luaran, dengan izin Allah kayap korang boleh sembuh. 

$ads={2}

#6 Guna Pokok Keladi Merbah

Ambil sebatang pokok keladi cantik atau nama lainnya ialah keladi merbah. korang keluarkan air daripada batang pokok keladi ini dan sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. InshaaAllah pasti elok kayapnya. 

Diharap dengan adanya perkongsian ini, dapat membantu hilangkan kayap korang. Semoga bermanfaat.

11 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Kayap ni orang kata boleh bawa maut gak kan.. atuk dulu memang tukang ubat kayap.. now kalau kena tak tau nak ubat di mana, kenalah guna tips dan petua orang jer

    BalasPadam
  2. Bagus perkongsian tips ni. Kayap kalau kena sampai boleh demam teruk kan...

    BalasPadam
  3. Pernah dengar guna garam n ada juga bg petua guna bedak yg dibuat dari kacang hijau Dan dilumur di badan.

    BalasPadam
  4. wah banyak rupanya cara dia. Yang biasa dengar guna kapur & garam je. Tq syu.

    BalasPadam
  5. Good info. Mana tahu suatu hari nanti berdepan dengan masalah ini, boleh cuba.

    BalasPadam
  6. terima kasih perkongsian dan tips sangat berguna , untuk ubat sakit kayap nijarang-jarang kena tapi kalua dah kena memang sakit

    BalasPadam
  7. terima kasih perkongsian dan tips sangat berguna , untuk ubat sakit kayap nijarang-jarang kena tapi kalua dah kena memang sakit

    BalasPadam
  8. kayap ni kalau kena memang menyakitkan... jarang2 kena... tapi baca tips ni boleh cuba nanti

    BalasPadam
  9. kayap kalau jadi memang mencabar nak pulihkan. info yang bagus dan bermanfaat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama