Bismillah.
Assalammualaikum.

Review Vitamin C Shaklee, Bukan Menjual Tapi Review Jujur | Pening juga nak update entri review kali ni sebab tadi daku google review vitamin c shaklee dan kebanyakkanya adalah review menjual. Takut jugak nak review vitamin c shaklee, tapi peduli apa, daku tetap nak review juga. Mana tahu berguna untuk mereka di luar sana yang mahukan review versi tidak menjual. 




Korang tahu kan produk shaklee? Daku sendiri pun tahu produk shaklee, sebab ramai yang dah juga dan reviewnya pun baik baik sahaja. Ada juga dengar shaklee macam ni macam tu lah. Kalau rasa ada duit lebih, nak supplement, thats your choice dan juga buat mereka yang tak berkemampuan untuk beli supplement, tak perlu pun nak kondem orang lain. Supplement ni pilihan. Nak makan, makan. Tak nak makan, tak perlu kondem.

Daku dah consume 5 bulan dah, beli pun hujung bulan 12 dengan kak rubiah kadir. Masa tu beli sebab tak nak kulit hitam dan berjerawat semula. Sekarang ni daku dah full time kerja site, benda yang paling annoying bila keje site ialah muka berbelang dan berjerawat. Kak ruby pun cadangkan juga minum bersama dengan ESP. 




#1 About the product : 


> Product name : Sustained Released Vit-C Plus
> Product brand : Shaklee 
> Suitable skin type : All skin types
> Price : RM 97.50 , 180 tablets
> Origin : Malaysia
> Available : Seller & Agent Shaklee

#2 What it claims : 

Untuk pengetahuan korang, vit c ni sangat diperlukan oleh badan kita kerana badan kita tak mampu nak hasilkan Vitamin C sendiri. Sebab tu kita perlu ambil dalam bentuk nutrisi makanan atau pun dalam bentuk supplement.

Vitamin C ni bersifat larut air. Oleh itu, vitamin c yang kita makan akan berada dalam badan hanya 12 jam sahaja. Dalam masa 12 jam ni lah, vitamin c bekerja dengan sel badan untuk membina imunisasi badan dan mempertingkatkan lagi fungsi badan.

- Vitamin C Baik Untuk Kulit
  • Mengurangkan kerosakan akibat cahaya matahari
  • Mencerahkan kulit secara sekata
  • Memperbaiki kulit yang berjerawat
  • Mencegah / mengurangkan pigmentasi penyebab utama jerawat
- Vitamin C Baik Untuk Kesihatan
  • Mengurangkan stress dan masalah berkaitan mental
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mengurangkan insomnia
  • Meningkatkan tenaga dan mencegah keletihan

#3 The Packing :


Ia didatangkan dengan bekas berpenutup. Botolnya keras, kalau jatuh atau baling, confirm tak pecah. Tapi kalau kena lenyek kereta, konfirm leper. So far, daku suka packing yang sekarang ni berbanding yang dulu. Tak silap, shaklee dah buat pembaharuan packing, dan yang sekarang ni more nicer than before. 


#4 Bahan yang terdapat di dalam dr vitamin c shaklee:

  • Ascorbic Acid 95% - 553.00mg
  • Citrus Bioflavonoids Complex - 90.00mg
  • Hesperidin - 30.00mg

(Can check on the packing)


#5 Texture dan warna  :

Berbentuk tablet dan berwarna putih. Vitamin c ni bukan jenis chewable tau. Daku tak sure rasanya macam mana bila kitaRefer gambar di bawah ni. Bau pun best. 

Vitamin c ni jugak boleh di buat sebagai masker tau. Ambil sebiji vitamin c, ketuk sampai hancur dan letakkan sedikit air. Lepas tu, dah boleh pakai. Ha letaklah kat muka selama 30 minit, lepas tu cuci bersih. 




#6 How I feels :

Lepas 5 bulan consumed, daku boleh lihat sendiri perbezaan yang ketara. Before this, tak pernah pun nak makan vitamin c sebab pikir vitamin c ni boleh diambil dari segi pemakanan dan bukannya supplement. Entah macam mana ada kesedaran penting vitamin c, teruslah consumed sampai sekarang.  Masa daku buat masker vitamin c, lepas je siap cuci muka, eh putihnya muka. Ke sebab aura vitamin c tu? Sebelum buat masker ni, muka kusam je, bila dah tepek sekali berseri pulak. 2-3 kali tengok cermin.







Tapi jujur, sebelum ni parut memang susah sangat nak hilang. Korang boleh tengok gambar atas. Sebelum consumed, tepeklah skincare mahal mana pun, susahnya nak hilang parut jerawat tu. Geram tau. Tapi kalau ada yang tak percaya, its up to you lah kan. Muka awak, bukan muka saya. Saya nak cantikkan kulit, saya kena usahalah cari produk yang sesuai dengan saya. Eh gitu!



#7 Recommended? :


Barang baik mestilah daku recommended untuk korang yang nak hilangkan parut dan tona tidak sekata. 1 botol boleh tahan lebih 6 bulan, sebulan just spent RM16.25 sahaja untuk cantik. Murah ke murah? Sebab daku guna ni beri kesan yg sangat best, rasanya dah habis nanti memang nak beli lagi 1 botol. ESP tu pun dh nak habis dah. Nanti daku review ESP pulak ea.


(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl!)