Diari Ibu | Happy 5 Month Anak Ibu, Luth Isyraf Bin Zainal

Bismillah.
Assalammualaikum.

Diari Ibu - Happy 5 Month Anak Ibu, Luth Isyraf Bin Zainal | Alhamdullilah Luth Isyraf membesar di sekeliling persekitaran yang sangat ramai menyayanginya. Ibu ni risau je Luth kurang kasih sayang disebabkan Ibu dan Abah yang kerja jauh dari pandangan anak Ibu. Abah awak pun kerja nun di Melaka, Ibu ni di Senai, rezeki awak ibu dapat berulang alik dua hari sekali.

 


Sekurang-kurangnya dapatlah ibu peluk anak ibu ni. Sepanjang Ibu jaga awak 5 bulan ni, rezeki ibu dapat anak yang tak kuat rengek, tak buat perangai, jarang ibu dengar awak nangis kuat kuat. Nangis bila lambat dapat susu atau pun terlalu mengantuk. Nak jadi kesayangan tok mak tok abah ke?

Dengan tumbuhnya gigi dua batang nii, lagilah buat ibu risau. Takut awak makin merengek, yelah nak berubah musim. Ibu tak sabar nak bagi awak makan, tak sabar betul tau. 

Ibu sentiasa doakan anak ibu ni jadi anak yang soleh, anak yg baik pada org tua, anak yang patuh pada agama.

Amin Ya Mujib.

7 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama