30 مايو 2020

Himpunan 9 Resepi Nasi Goreng Yang Sedap, Mudah dan Cepat Dibuat.

Himpunan 9 Resepi Nasi Goreng Yang Sedap, Mudah dan Cepat Dibuat.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Himpunan 9 Resepi Nasi Goreng Yang Sedap, Mudah dan Cepat Dibuat. | Dah seminggu dah hari raya, tak terasa sangat kita ni berada di bulan syawal. Pejam celik pejam celik dah habis dah bulan syawal. bagi mereka yang bekerja, hati-hati ye, jarakkan 1 meter tau.

Hari ni daku nak kogsikan resepi nasi goreng. Siapa je yang tak suka nasi goreng, daku sendiri kalau boleh nak hari-hari makan nasi goreng. Apatah lagi kalau mak daku yang masakkan. Jadi, selamat mencuba semua.

9 Resepi Nasi Goreng, Jom Cuba!


Image may contain: food

#1 Nasi Goreng Paprik Ala Thai


Bahan-bahan :

3 mangkuk nasi 
2 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 senduk kecil cili kering blender
1 sudu sedar paste tomyam
Isi ayam (ikut selera)
Sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
Garam gula secukup rasa

Bahan Paprik Campur:

Sedikit udang, sotong, hirirsan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
Sayur-sayuran campur (kubis bunga, carrot, kacang panjang)
Gram dan gula secukup rasa
4 biji cili padai (diketuk)

Cara-cara memasak:

Nasi goreng:

1. Tumiskan bawang merah dan baawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering sikit.

2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukkan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.

3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga baha-bahan tadi sedikit kering barulah 

4. Gaul sehingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.


Paprik Campur

1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.

2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.

3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehingga masak jika perlu tambahkan sikit air.

4. Bila semua bahan sudah empuk, bolehlah masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.

5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hidangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dada goreng.



Image may contain: food

#2 Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai


Bahan-bahan:

  • Nasi secukupnya
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 4 ulas bawang putih -di ketuk
  • 8 biji cili padi - diketuk
  • 3 keping ikan tenggiri masin- buang tulang
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • 2 helai kailan
  • 1 btg kacang panjang - dipotong kecil
  • Karot - hiris panjang
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam - rasakan dahulu

Cara-cara untuk membuatnya:

1) Panaskan minyak dan tumis ikan masin, tekan tekan sikit dgn sudip supaya hancur. Bila ikan masin nak garing masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram dan sos ikan.

2) Masukkan kacang panjang, karot dan kacau hingga karot lembut.

3) Ketepikan rencah dan tuangkan telur. Masukkan nasi dan kacau supaya telur bersalut dengan nasi. Boleh letak garam sikit kalau belum masin.

4) Bila nasi dah nak masak baru letak daun kailan.

5) Siap utuk dimakan....

Image may contain: food


#3 Nasi Goreng Daging


Bahan-bahan :

  • 3 pinggan nasi sejuk
  • hirisan daging rebus secukupnya
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili giling (Cap Puteri)
  • 1 kiub pati ikan bilis atau kiub ayam
  • 1 sudu kecil sos ikan atau sos tiram
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • sedikit garam dan lada sulah
  • lain-lain : telur, kobis, brokoli, bunga kobis, dan sebagainya (ikut suka)
Cara-cara :

1) Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. 

2) Kemudian masukkan pula cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.

3) Masukkan daging, kiub ayam/ pati ikan bilis, sos ikan/sos tiram dan kicap pekat. Gaul-gaulkan hingga sebati. (boleh juga letak cili api jika suka)

4) Masukkan brokoli, kobis dan bunga kobis (atau sayur-sayuran lain) dan kacau lagi. Kemudian pecahkan telur, gaul-gaulkan.

5) Kemudian barulah dimasukkan nasi, kicap manis, garam dan lada sulah. Kacau-kacaukan selama beberapa minit.

6) Setelah masak, hidangkan panas-panas.



Image may contain: food


#4 Nasi Goreng Cina


Bahan-Bahan:

  • 600 g nasi sejuk
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • 4 ulas bawang putih, cincang halus
  • 100 g isi udang
  • 100 ml sayur campur beku
  • 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih

Cara Memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak memasak di dalam kuali.

2. Kemudian, masukkan bawang putih dan isi udang. Tumis sehingga isi udang benar-benar masak.

3. Selepas itu, pecahkan sebiji telur di atas kuali dan gaul sekata dan biarkan ia masak bersama bahan-bahan tadi.

4. Kemudian barulah masukkan nasi dan digaul bersama-sama dengan bahan-bahan tadi hingga sekata.

5. Akhir sekali, masukkan MAGGI® CukupRasa™, sayur campur beku, minyak bijan dan serbuk lada putih dan goreng kesemua bahan lebih kurang 2 minit.

6. Dihidang serta-merta sementara masih panas dan dinikmati sepenuhnya.


Image may contain: food

#5 Nasi Goreng Belacan Special


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
  • 7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah)
  • 1 labu bawang besar
  • 50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
  • belacan sebesar ibu jari
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • Untuk daging goreng:
  • 300gm daging - dipotong kecil2
  • 3 sb kicap
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • 4 biji telur- 1 bji utk dimasukkan kedalam nasi dan 3 biji lg utk di buat telur dadar
  • daun salad
  • cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
  • sedikit minyak utk menggoreng daging dan nasi

Cara menyediakan dan memasak:

Daging Goreng: 

1) Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.

Dadar telur: 

1) Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Panaskan frying pan, masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak(kekuningan). Angkat dan gulung. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur. Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis2.

Nasi Goreng: 

1) Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.

2) Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.

3) Masukkan bahan2 yg telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.

4) Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi masak. Hidangkan panas2 bersama daging goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad. Bagi yg suka makan pedas2 bolehlah diitambah cili api tambahan

5) Selamat mencuba, walaupun nampak cerewet, insyaALLAH sedap..


Image may contain: food

#6  Nasi Goreng Seafood

Bahan-Bahan:

  • 2-3 mangkuk nasi putih
  • 1 biji bawang merah – saiz besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit sawi (dipotong)
  • 1 genggam isi kerang
  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit minyak masak/minyak bijan
  • Garam dan secukup rasa
  • Daun sup dan timun (untuk hiasan)

Cara Membuat:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.

3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.

4. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.

5. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api. Hiaskan dengan daun sup dan timun.



Image may contain: food


#7 Nasi Goreng cili Padi Ikan Tumbuk


Bahan-Bahan:

  • 1 pinggan nasi putih
  • Ikan goreng (akak guna ikan selayang 2 ekor – asingkan isinya)
  • *10 tangkai cili api
  • *1 biji bwng besar-hiris
  • *3 ulas bwng putih
  • 2 biji telur
  • kacang pnjng
  • Kubis
  • Garam dan perasa

Cara Membuat:

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap bahan bertanda * bila dah agak layu, angkat.

2. Tumbuk kasar bahan yang dah digoreng tadi. Kemudian, masukkan isi ikan dan tumbuk jangan hancur sangat (manja-manja je)

3. Tumis semua bahan yang dah ditumbuk. Masukkan garam dan perasa. Masukkan sayur dan pecahkan telur.

4. Bila telur dah separuh masak, masukkan nasi putih. Kacau rata dan biarkan nasi agak garing sedikit. Siap!

Image may contain: food

#8 Nasi Goreng Udang Kering


Bahan-Bahan:

  • 5 cawan nasi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Sikit sayur kobis- boleh digunakan sayur jenis lain.
  • Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk Halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar udang kering ( direndam dahulu )
  • 1 inci belacan
  • * kalau nak pedas boleh ditambah cili api atau cili merah dan ditumbuk lumat juga

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.

2. Masukkan telur dan kacau semua bahan menjadi rata. Seterusnya masukkan sos tiram, minyak bijan serta sayur kobis dan terus kacau sampai sayur menjadi agak layu. Tambah garam jika masih kurang masin.

3. Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra.

4. Kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur. Bolehlah dihidangkan.



Image may contain: food

#9 Nasi Goreng Pattaya


Bahan-Bahan:

  • Sepinggan nasi putih sejuk
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 3 sudu besar sayur campur
  • 3 tangkai cili padi diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 biji telur ayam
  • Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.

3.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.

4.Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.

6.Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.

8.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.


Proses Membungkus Nasi dengan Telur:

1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.

2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.

3.Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.

4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.

5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.

6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.

7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.


Wahh, semua resepi nasi goreng ni mudah, senang dan cepat dibuat. Jadi lepas ni dah tak ada sebab malals nak buat ye. Daku dah kongsikan resepi nasi goreng, apa kata di waktu yang lapang cubalah buat. In syaa Allah pasti menjadi. 

Selamat mencuba semua!


Kredit : Facebook

21 مايو 2020

17 Tips Yang Patut Korang Tahu Sebelum Ke Beijing, China Ketika Musim Sejuk.

17 Tips Yang Patut Korang Tahu Sebelum Ke Beijing, China Ketika Musim Sejuk.



Assalammualaikum dan salam sejahtera.

17 Tips Yang Patut Korang Tahu Sebelum Ke Beijing, China Ketika Musim Sejuk. | Alhamdulillah, setelah dua tahun berpeluang  kembara ke Beijing, China (13-18 Januari 2018). Daku nak kongsikan dengan korang semua tentang negeri Beijing. Satu pengalaman rare yang pernah daku rasai ketika musim sejuk. Malangnya ketika daku pergi tu sebutir salji pun tak turun. Sedih dan terkilan juga. Berikut adalah 17 tips yang patut korang tahu sebelum ke Beijing, China.


1. Tiket penerbangan. 


Buat masa sekarang terdapat 3 syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan secara terus dari KLIA ke Beijing Capital IA iaitu Malaysia Airlines, Air Asia X dan Air China. Perjalanan dari KLIA ke Beijing mengambil masa lebih kurang 6 jam. Korang boleh dapat tiket pergi bali ke sana yang boleh dikatakan murah adalah lebih kurang RM799 (AAX).

2. Visa. 

Untuk ke China, visa adalah diperlukan untuk warganegara Malaysia. Antara yang paling senang untuk membuat visa adalah dengan pergi sendiri ke tingkat 2, Plaza OSK, Jalan Ampang yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat (9am-3pm).




3. Makanan. 

Beijing memang sukar untuk temui makanan halal. Bawalah maggi, coklat, roti yang secukupnya. Memang muak tapi apakan daya. Ketika ni korang akan rindukan masakan Malaysia. 4 hari daku di sana, daku tak boleh terima makanan mereka. Mereka ni makan dengan keadaan big portion. Daku makan mee, memang tak habis-habis, padahal lapar sungguh.

Baca sini: Cherry Blossom Di Jeju

4. Pakaian hendaklah selesa mengikut musim. 

Daku berkunjung kesana pada musim sejuk. Jadi pakaiannya mestilah berlapis-lapis. Diingatkan, supaya memakai kasut untuk keselematan terutama ketika mendaki Great Wall.


5. Penginapan. 

Hostel disekitar Beijing adalah dalam lingkungan Rm50-70 sehari. Boleh dikatakan agak murah. Om cadangkan korang tinggal di kawasan Hutong. Pilih juga kawasan penginapan yang berdekatan dengan subway.

6. Penukaran duit. 

Di China matawang yang digunakan adalah Yuan atau RMB. Dinasihatkan tukar di Malaysia adalah lebih murah jika dibandingkan dengan disana.




7. Rakyat China ni kebiasaannya sejenis manusia yang tak reti duduk diam. 

Mungkin juga korang dah lali dengan perarangai mereka ni. Dalam flight, daku perhatikan dari masuk sehinggalah nak keluar daripada flight memang mereka ni tak diam langsung. Siap beratur di depan toilet! Berhati-hatilah kalau mereka nak buka ruang penyimpanan beg yang berada diatas kepala korang tu. Bertabahlah wahai pramugara dan pramugari yang bertugas.

8. Imigresen China.



So far mereka memang sangat mengutamakan keselamatan. Ada limit juga ye sebarang cecair. Kalau rasa tak confident lepas better tinggalkan je. Sila keluarkan semua jenis cecair ketika pemeriksaan. Kalau tidak, keluarlah muka-muka naga mereka. Alhamdulillah daku lepas pergi dan balik.

9. Tandas Awam


Apa yang daku risau ialah toilet ! Kepada korang yang jenis dah terbiasa buang di tempat yang selesa & bersih tu, sila berhati-hati. Toilet airport, summer palace semuanya bersih. Bring your own wet tissue or bottle.


10. Subway Beijing! 


Sebelum pergi ke Beijing, sila rajinkan buat homework. Ini kerana subway Beijing adalah subway yang paling pening yang pernah daku naik. Selama ni naik train di KL, tak pernah sepening ini. Jujur, study rajin-rajin bab subway Beijing. Subway Beijing mempunyai 20 line termasuk Changping Line, Fangshan Line, Yizhuang Line and Airport Express. Satu station from 1 line mempunyai 4 exit (A,B,C,D) dan bertambah pening dengan north & south. Daku tekankan yang ni korang kena faham!


11. Utamakan tempat lawatan yang berdekatan dengan hotel korang. 

Contohnya jika korang duduk di center of Beijing, pergilah ke Tiananmen Square, The Forbidden City. Tempat ni betul-betul di tengah bandar. Jika korang tak mahir dengan subway dan nak pergi ke tempat yang jauh, ianya sangat mencabar masa dan tenaga. Badan penat, perut kosong, hati pulak frust maka bertapalah korang di hotel.



12. Bahasa! 

Ini cabaran pertama yang akan korang alami. Nak menangis pun ye, nak marah apatah lagi. You're so lucky if can meet chinese people who can spoke english fleuntly. You are so lucky baby! Belajarlah sikit-sikit bahasa china seperti "Wo Yao CHi Fan (Saya nak makan nasi), Bu Yao (Taknak), Dui Ma (betul ke)"


13. Sila download google translator

Dah tahu bahasa mereka sukar untuk difahami, sila download google translator or apa jua translator yang boleh translate bahasa mereka. Senang dan korang pun bercuti dengan aman dan damai.

14. sila download VPN siap-siap dari Malaysia! 

Bagi korang yang sejenis manusia yang tak boleh hidup tanpa internet, sila download VPN siap-siap dari Malaysia! Tak pun buat data roaming luar negara. Kerana apa? Kerana kedai telco mereka sukar untuk ditemui. Satu je yang daku nampak, itu pun di airport. Tapi memang mahal. Tak recommend untuk beli sim kad dan nak memudahkan korang, buatlah data roaming.


15. Musim sejuk memang cepat gelap. 

Daku pelik sebabnya jam 5.30 dah maghrib. Maklumlah pertama kali jejak kaki di musim sejuk. Hampir kedai di Beijing tutup awal dan buka lambat. Daku pernah keluar seawal pagi di lingkungan 6-7 pagi, satu kedai susah nak buka macam tu. BErtuah sungguh punya kedai!



16. Makanan.

Bab makan! Beijing memang sukar untuk temui makanan halal. Bawalah maggi, coklat, roti yang secukupnya. MEmang muak tapi apakan daya. Ketika ni korang akan rindukan masakan Malaysia. 4 hari daku di sana, daku tak boleh terima makanan mereka. Mereka ni makan dengan keadaan big portion. Daku makan mee, memang tak habis-habis, padahal lapar sungguh.

17. Adab orang china Beijing memang suka meludah merata-rata. 

Berhati-hati bila korang berjalan ye. Semoga tak terpijak ludah mereka tu. Geram je rasa! Ingatkan ludah je merata, hingus pun pakai sembur. Thats whylah China kerap ada virus-virus berbahaya.



Maka berakhirlah 17 tips yang patut korang tahu sebelum ke Beijing. Pengalaman 3 kali terkena scam di Beijing, sanagt membuka hati daku untuk jangan percaya pada sesiapa ketika travel. 3 kali berturut-turut tau, satu pengalaman pahit yang sukar untuk dilupakan.

Jujur daku katakan, trip Beijing ni membuka hati daku untuk terus bersyukur sebab dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Baik buruk negra kita, kita kena terima. Jauh mana kita melangkah, percayalah you'll miss your own country.

Kesimpulannya, this had been the craziest wildest and the most wonderfull journey of my life.


P/s: Musim COVID 19 tak payah gatal nak keluar negara walaupun sudah berakhir PKP.


14 مايو 2020

Begini Cara Nak Buat Sate Ayam Legend Untuk Hari Raya Nanti!

Begini Cara Nak Buat Sate Ayam Legend Untuk Hari Raya Nanti!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Begini Cara Nak Buat Sate Ayam Legend Untuk Hari Raya Nanti! | Semenjak PKP, dah jarang dah bau asap sate ayam di pasar malam. Tak kiralah sate ayam ke sate daging, mesti korang rindu nak bau asap kan? Lama tau daku tak rasa sate ayam ni, nak beli pun mahal sangat. Jadi takut nak beli bila mahal mahal sangat ni.

Hari ni daku kongsikan resepi sate ayam legend untuk korang masak di hari raya nanti. Resepi sate ayam ni anggaran dalam 130 cucuk. Banyakkan? Bolehlah korang menjamu tetamu korang dengan sate ayam. Selamat mencuba.


Bahan-bahan untuk membuat sate ayam:

  • 3 kg dada ayam dipotong dadu (sedang-sedang jangan kecik sangat)\
  • Lidi sate (rendam dalam 4 jam atau lebih untuk elak lidi sate terbakar semasa bakar)
  • 25 sudu gula pasir
  • 2 sudu garam


Imej mungkin mengandungi: makanan


Bahan bahan untuk disangai:

  • 2 sudu jintan putih
  • 3 sudu jintan manis
  • 8 sudu ketumbar
  • *Sangai bahan diatas di dalam kuali, jangan sampai hangus agak-agak dah naik bau, matikan api dapur.


Imej mungkin mengandungi: makanan


Bahan bahan untuk dikisar:

  • 4 ulas bawang kecik
  • 8 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • Sedikit halia
  • Kunyit hidup (kalau tiadaa, boleh pakai serbuk kunyit)
  • Lengkuas

Cara cara untuk membuat sate ayam:


Ikuti langkah di bawah dengan betul.


1) Masukkan bahan disangai dan bahan untuk dikisar di dalam pengisar dan kisar sehingga halus. 


Imej mungkin mengandungi: makanan


2) Sediakan bekas dan letakkan dada ayam yang sudah dipotong. Masukkan garam, gula dan bahan yang telah dikisar. Korang gaul kesemua bahan ni bagi rata dan sebati.


Imej mungkin mengandungi: makanan


3) Kemudian, tutup bahan tadi dengan wrap dan masukkan ke dalam peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya sebati.


Imej mungkin mengandungi: makanan


4) Selepas 2 jam, keluarkan dari peti ais dan mulalah proses mencucuk. 1 lidi sate letak 3pcs dada ayam. Lepas tu, korang masukkan dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama.

5) Selesai proses mencucuk, lebihan perepan boleh campur dalam kuah kacang, barulah sedap.

6) Korang bakar sate ayam dengan menggunakan bara api sampai masak.

Alhamdullilah, dah siap dah sate ayam. Daku cadangkan kalau korang nak lagi sedap, korang perap sate ayam ni selama 3 hari sebelum nak bakar atau makan. Baru legend rasanya! Selamat mencuba semua!







12 مايو 2020

10 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular, Sedap Dan Mudah Dibuat.

10 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular, Sedap Dan Mudah Dibuat.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

10 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular, Sedap Dan Mudah Dibuat. | Ramadhan masih berbaki kurang lagi 10 hari kan? Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Walaupun kerajaan sudah umumkan kita tidak dibenarkan pulang ke kampung, jangan jadikan punca tak balik kampung ni salah satu sebab hari raya korang sepi. Hari raya kita mahu happy-happy, jadi macam mana persiapan dengan biskut raya?

Daku beli je 4 balang biskut, ingatkan nak pos pada mak di kampung tapi kang rosak dah rugi pula. Lepas habis PKPB 9 Jun ni ler berangan nak balik, itu pun kalau tak berlanjut. Biskut raya ni salah satu menu wajib ada di atas meja di ruangan tamu setiap rumah. Daku suka dengan biskut almond london dan juga mama carrie. Dulu-dulu rajin jugalah temankan mak buat biskut raya, almaklum daku ni anak perempuan sulung. Kiranya mesti kena berikut punggung mak kat dapur. Rugi kalau tak korek ilmu dari mak.

Hari ni daku nak kongsikan 10 koleksi resepi biskut raya popular, sedap dan mudah dibuat. In syaa Allah confirm menjadi biskut itu nanti. Jom kita tengok koleksi di bawah,



Imej mungkin mengandungi: makanan


#1 Biskut Badam Salji

Bahan A:

250gm mentega
150gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
50gm serbuk badam

Bahan B:

350gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm tepung susu
40gm tepung jagung
Sedikit coklat masakan
Serbuk rotii untuk hiasan

Cara membuatnya :

1) Puku kesemua bahan A hinggan berkrim dan gebu
2) Masukkan bahan B dan kacau hingga menjadi doh
3) Kemudian canai dan benturkkan adunan menjadi bulat.
4) Bakar pada suhu 150 selama 30 minit
5) Sejukkan biskut dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkna
6) Akhir sekali, golekkan ke dalam serbuk roti dan biarkan sejuk.


Imej mungkin mengandungi: pencuci mulut dan makanan


#2 Cornflakes Coklat


BAHAN-BAHAN:

200gm bijirin cornflakes
150gm bubble rice
1 bar coklat masakan

CARA MEMASAK:

1) Sangai coco crunch dan ‘bubble rice’ secara berasingan. Biarkan seketika.
2) Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
3) Masukkan semua bijiran di dalam coklat yang telah dicairkan dan gaulkan rata.
4) Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sehingga sejuk.


Imej mungkin mengandungi: makanan


#3 Cornflakes Madu

BAHAN-BAHAN:

1 ketul buttercup
1 cawan gula perang
500gm cornflakes
10 sudu makan madu

CARA MEMASAK:

1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutup api.
2. Masukkan madu. Kacau hingga rata.
3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam pun boelh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu.
4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas.
5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
6. Sedia untuk dinikmati.


Imej mungkin mengandungi: makanan


#4 Biskut Nestum 

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega
100gm gula halus @ kastor
100gm tepung jagung
1 biji kuning telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh air sejuk dlm peti ais
Tepung gandum cap ros secukupnya – bergantung pada kondisi doh
80gm nestum
1 biji telur ayam + sedikit pewarna kuning telur (untuk sapuan)
Nestum untuk hiasan

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula & air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati @ nampak warna kuning keputihan.
2. Masukkan tepung jagung, nestum yang dah diramas sikit dan tepung rose. Tepung rose dimasukkan sedikit demi sedikit hingga doh yang boleh diuli dan tidak melekat di tangan.
3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur diatasnya dan tabur nestum.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau bergantung pada oven masing-masing.


Imej mungkin mengandungi: makanan


#5 Biskut Sarang Semut


BAHAN-BAHAN:

1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan tepung jagung
2 1/4 cawan tepung naik sendiri (@ tepung gandum + 1 sk baking powder diayak)

CARA MEMASAK:

1.Pukul metega dan gula hingga kembang dan gula hancur.
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sekejap kemudian matikan mixer.
3.Masukkan pewarna kuning, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata.
4.Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan.
5.Doh boleh terus diparut atau balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut.
6.Masukkan parutan doh tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai berwarna.
7.Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160C.


Imej mungkin mengandungi: makanan


#6 Biskut Batang Buruk


BAHAN-BAHAN:

300gm tepung gandum
150gm tepung beras
1/2 biji santan kelapa
100gm tepung kacang hijau
120gm gula ising
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika.
Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising. Ketepikan.
Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.
Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.
Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dengan campuan tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.
Sedia untuk dinikmati.


Imej mungkin mengandungi: pencuci mulut dan makanan


#7 Almond London

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega | dibiarkan pada suhu bilik
450gm tepung gandum
2 sudu teh emplex
220gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
150gm badam | dibakar seketika di dalam ketuhar
BAHAN SALUTAN:

450gm coklat masakan
1/2 sudu makan lemak sayuran
3 sudu makan badam cincang | dibakar seketika
Cawan kertas secukupnya

CARA MEMASAK:

1) Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.
2) Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. 3) Pukul lagi sehingga kembang.
4) Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
5) Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.
6) Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit.
7) Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan tenik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, Kacau hingga sebati.
8) Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam coklat masakan. Kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.
9) Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya. 10) Biarkan coklat mengeras dan bolehlah dinikmati.


Imej mungkin mengandungi: makanan


#8 Tart Nenas Teratai 

BAHAN-BAHAN:

120gm mentega
120gm minyak sapi
450gm tepung gandum
1 biji telur gred B
Sedikit garam
CARA MEMASAK:

Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan diikuti mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati menggunakan pemukul tangan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
Terapkan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian dan citarasa anda.
Sudukan inti nanas ditengah-tengah biskut dengan secukupnya.
Panaskan ketuhar pada suhu 170°C – 180°C dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.


Imej mungkin mengandungi: tumbuhan dan makanan


#9 Popia Nestum 

BAHAN – BAHAN :

1 bungkus kulit popia
1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula halus
Bahan untuk gam:
2 sudu besar tepung
1/4 cawan air


CARA MEMASAK:

1) Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
2) Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
3) Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
4) Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
5) Goreng sehingga kekuningan.
6) Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.


Imej mungkin mengandungi: tumbuhan dan makanan


#10 Kuih Siput Rangup

BAHAN – BAHAN :

500 gram tepung gandum
150 gram majerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150 ml air


CARA MEMASAK:

1) Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.
2) Cairkan mentega dan sejukkan.
3) Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.
4) Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.
5) Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masuk keras.
6) Rehatkan doh seketika.
7) Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. 
8) Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi.
9) Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Menarik tak resepi yang daku kongsikan? Selamat mencuba semua!


Kredit : Yannie Peja

11 مايو 2020

Review Alha Alfa Royal Propolis Foundation, Murah Dan Berkualiti!

Review Alha Alfa Royal Propolis Foundation, Murah Dan Berkualiti!


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Review Alha Alfa Royal Propolis Foundation, Murah Dan Berkualiti! |  Selamat pagi semua! Puasa tak hari ni? Ramadhan pun tak lama lagi bakal meninggalkan kita, lebih kurang 12 hari je lagi. Tak lama lagi dah kan? Daku harap kalian semua dapat berpuasa pennuh tahun ni.

Lama sebenarnya tak review produk, sebelum ni entri review hanya bagi nafas baru dan publish. Hari ini baru berkesempatan untuk membuat review produk daripada Alha Alfa. Ramai dah tahukan produk Alha Alfa ni? Pengasasnya ialah Dato'Alha Alfa, jurumakeup selebriti terkenal yang kini juga merupakan usahawan muda berjaya dalam bidang kosmetik. Beliau telah mengeluarkan brand kecantikan dibawah nama syarikat Alha Alfa Rich Legacy (1206648-v) iaitu Alha Alfa Cosmtetics


#1 Kelebihan Alha Alfa Royal Propolis Foundation ?

  • Full coverage (jika kulit bermasalah, perlukan 2x lapisan)
  • Tidak berminyak (matte finish)
  • Tahan selama 12 jam
  • Menjadikan kulit instant glowing
  • Dapat menutup lingkaran bawah mata
  • Senang dipakai
  • 1 botol tahan 2 bulan (depends pada penggunaan)
  • Sesuai untuk semua jenis kulit (skin concern)



#2 Fungsi Alha Alfa Royal Propolis Foundation ni? 


Apa yang menariknya tentang foundation ni,  ianya bersifat instant glowing dan mengandungi air liur raja lebah. Air liur raja lebah ni dijadikan sebagai treatment untuk mencantikkan kulit muka, mengecilkan pori dan mengecutkan jerawat di muka. Untuk mereka yang kulit berminyak, foundation ni bersifat "Matte Finish". Ianya akan membuat wajah korang tidak terlalu shining dan kelihatan cantik.


#3 Cara Menggunakan 
Alha Alfa Royal Propolis Foundation ni? 

Pernah guna foundation kan? Sama je cara guna foundation dengan yang lain. Letak satu pump di jari dan calit-calitkan di seluruh wajah. Pastu ambil span muka dan dap dap bagi rata. Korang dap lembut-lembut je tau, jangan kasar-kasar nanti tak lawa pula. Kalau masih tak reti, korang boleh je tengok youtube cara pakai foundation.



#4 Ada Berapa Kod Warna 
Alha Alfa Royal Propolis Foundation ni? 

  • Aura
  • Fervi
  • Edel
  • Morri
  • Salvia


Royal Propolis Foundation – Fervi | Alha Alfa Cosmetics Malaysia


#5 Kat Mana Boleh Dapat? 


Korang boleh di https://www.alhaalfa.com/our-outlets/. DI instagram dan facebook pun ada, tapi daku recommend untuk terus beli di cawangan. Senang dan mudah untuk bertanya dengan seller.

#6 Berapa Harga Alha Alfa Royal Propolis Foundation? 


Kalau ada sesiapa yang jual Alha Alfa Royal Propolis Foundation lebih atau kurang daripada RM49.90, mesti dai amik untung lebih tak pun mungkin ada promosi. Setahu daku harga pasaran untuk foundation ni cuma berharga RM49.90. Murah bukan? Harga ni mampu milik untuk semua wanita yang berminat dengan Alha Alfa Cosmetics.



BACA INI JUGA : 





#7 Apa Perasaan Bila Guna 
Alha Alfa Royal Propolis Foundation? 

Sebenarnya dah lama dah daku berkenan nak beli dan guna ALha Alfa Royal Propolis Foundation, tapi bulan ni baru berkesempatan nak beli. Dengan satu pump sahaja, dah cukup untuk seluruh wajah. Macam gambar di bawah ni, daku letak satu layer sahaja. Itu pun dah lawa kan? Nampaklah glowing-glowing gitu. Puas hati tau beli barang yang mampu milik, murah then berkualiti gila. Nak compare foundation yang lain, rasanya Alha Alfa Foundation ni best! Tak rugi pun beli. 





(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)



1 مايو 2020

21 Pesanan Daripada Ustaz Ebit Lew Yang Patut Dicontohi

21 Pesanan Daripada Ustaz Ebit Lew Yang Patut Dicontohi

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ustaz Ebit Lew sedih tidak cam baju anak


1. Walaupun kita miskin tapi bila kita ada agama, kita bahagia.

2. Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.

3. Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.

4. Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.

5. Kita selalu apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.

6. Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.

7. Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.

8. Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.

9. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasati ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak, Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, irulah ikhlas.

10. Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. KEtia, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.

11. Bila kita bawa orang yang jauh dri Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar.

12. Biar apa orang nak kata, yang penting kiat hidup untuk Allah sayang.

13. Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.

Himpunan Kata-Kata Mutiara Ustaz Ebit Lew Yang Penuh Inspirasi


14. Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.

15. Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa : Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.

16. Segala benda tak ada kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.

17. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.

18. Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.

19. Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.

20. Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.

21. Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.


Selamat beramal!