Tempat Haram Mak Ayah Ketika Cium Anak

Bismillah.
Assalammualaikum.

Tempat Haram Mak Ayah Ketika Cium Anak | Sebagai mak ayah, kita perlu dan wajib tahu di mana nak cium dan gosok anak-anak. Kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhana dan ciuman mak ayah dia sebenarnya.

Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?

Itulah yang dinamakan keajaiban sentuhan dan ciuman!


Tetapi, nak cium anak pun kena ada ilmu barulah makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan yang kita kena tahu.

1. Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam, cepat-cepat kita cium di bahagian tengah kepala anak kita.

2. Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

3. Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau  si comel kita tu.

4. Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.

Tempat Haram Mak Ayah Ketika Cium Anak

Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.

1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.

2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.

PANTANG LARANG!

Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.

Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 - 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!

p/s : Tolong ajar pasangan kita ilmu ni ye.


Sumber : FB Taufiq Razif



5 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Selalu tengok orang putih buat, ramai orang kita mau juga buat.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat ^_^

    BalasPadam
  3. nice sharing... shu suka cium di kepala bila siang..bila anak dah tido, kepala dahi pipi tangan habis dicium.. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama