Assalammualaikum.
Bismillah. 

Diari Ibu : Kenapa Tak Hantar Anak Pada Pengasuh? | Dah 3 minggu bekerja di company lama, tiba tiba isu anak muncul bila seseorang tanya "kenapa tak nak hantar anak pada pengasuh?" Rasa macam dah lali nak hadap soalan ni, hai lah mulut makcik bawang ku sekalian.

Sebenarnya macam ni, daku dan suami ni masih lagi pjj (perhubungan jarak jauh) sepanjang tempoh 1 tahun lebih kawin, cuma 5 bulan sahaja kami serumah. 1 masalahnya, sebab kami ni kerja site. Kerja site ni cukup masa pindah tempat lain, dah siap projek pindah tempat lain. Daku ni kerja site dah 5 tahun, merata tempat dah pergi, kerja site memang nak tinggal bertahun disuatu tempat tu memang payah. PAYAH.

Jadi, kami ni jugak tak satu site waalaupun satu company, suami site melaka, daku ni site johor, dan anak kami ni pulak kat kampung. Bayangkan, besar tak pengorbanan kami ni suami isteri? Ada lagi orang lain yang sama situasi dengan kami malah ada yang lagi besar. 




Meh daku nak explain kenapa daku tak hantar anak pada pengasuh? Luth baru nak masuk 2 bulan, tak reti apa pun lagi, nak hantar pada pengasuh, kenalah cari yang betul betul anggap Luth tu macam anak sendiri dan bukannya nak duit semata. Zaman sekarang ni 10 orang belum tentu 10 orang tu mempunyai perangai sama. Semua berbeza beza dan dengan sekarang banyak jadi kes pengasuh, do you think I want let them to hurt my own child? Dera, pukul, anak mati tersedak susu. Apa yang korang rasa? Anak sendiri mati di tangan pengasuh, ya kalau ianya dah takdir kita tak boleh pertikai, tapi kalau ianya berpunca dari kesalahan pengasuh dan kita ni sendiri ni macam mana? Rasa penyesalan tu sampai ke mati kita rasa.

Point kedua, daku kerja satu negeri dengan anak, kenapa nak hantar pada pengasuh kalau boleh balik setiap minggu? Rumah mak nak ke tempat kerja lebih kurang 1 jam 30 minit, kalau nak balik hari memang tak larat, itu yang daku pilih balik samada 3 hari sekali atau hari sabtu petang baru balik. Makcik bawang ni sedap je bercakap sebab dia tak rasa apa yang kita lalui dan tempuh.

Dalam hidup ni, pengorbanan untuk mengubah ke arah kebaikan tu perlu pun dibuat. Bukannya kita suka suka. Macam kami ni, inilah pengorbanan terbesar dalam hidup berpisah seketika dengan anak. Orang lain ada je setahun 2 tahun tak jumpa anak disebabkan kerja. Kita ni boleh buat apa, tak kerja duit datang dari mana, langit ke? Ada juga yang cakap, kenapa suami je yang tak kerja? Hai lah malas lah daku nak cakap banyak.

Fikirlah eak, Malaysia ni bukannya macam amerika ke australia ke, gaji berpuluh ribu. Malaslah nak cakap banyak. Nak kata, silakan. Yang dapat pahalanya daku bukan kamu yang mengata tu. Hehehehe. 

7 Ulasan

  1. Allah moga dipermudahkan semuanya untuk Luth dan ibunya. ^^

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan kak 😇

    BalasPadam
  3. Kan.. susah nak cari pengasuh yang betul2 syg anak kita mcm anaknya sendiri... Moga pengorbanan ni kelak membawa kebaikan terus.. takpa.. mak sis ado.. selagi ada kudrat.. boleh jaga.. apa salahnya... dapat bermanja dengan cucu... kan bagus tu...

    BalasPadam
  4. Yang kerja site tahu la macam mana sengsaranya... dalam keadaan ekonomi kita macam ni... bukan senang nak dapat kerja baru. Ada ongoing site pun kira dah bersyukur sangat dah

    BalasPadam
  5. orang yang kepoh ada di mana2.. nak tahu je apa yg tak kena , mesti la kita fikir dulu sblm buat keputusan kan ? sabar ye OM...

    BalasPadam
  6. Bukan senang nak cari pengasuh yang betul2 ok, yang akan jaga anak dengan baik.

    BalasPadam
  7. Biasalah tu orang sekeliling memang suka ambil berat hehe

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!