Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Penting Ke Ada Follower Widget Di Sidebar? | Lama pula tak update entri tentang tips blogging. Kali ni daku nak sembang sedikit tentang penting ke ada follower widget di blog? Apa itu follower widget? Boleh tengok gambar di bawah ni, itulah follower widget.





Bagi daku sendiri, follower widget ni sangat penting. Sebab apa? Kita nak blogger lain follow blog kita walaupun blog kita ni layu ditasik madu. Tapi kita tak boleh paksa blogger lain untuk follow blog kita tau! Biar je secara natural, kalau ada yang follow blog kita ni, alhamdulillah tapi janganlah malas nak follow balik pulak.

Lagi pun, follower widget ni ikut atas kemahuan blogger masing-masing. Kalau nak letak, silakan. Tiada paksaan untuk blogger letak follower widget ni. Daku sendiri pun agak annoying bila singgah di blog blogger lain dan nak follow tapi tak ada follower widget. Urghh susahnya nak follow terpaksalah buat secara manual.

Tak salah dan memudahkan urusan blogger lain untuk follow blog korang. Kesian tau bila ada newbie atau blogger 30-50an yang tak reti nak buat secara manual. Bukan ke memudahkan urusan orang lain, lagi elok? Tak pasal blogger tu ada mood nak follow terus tak ada mood. Kan dah rugi di situ.

Bagi daku, follower widget ni penting! Korang pula? 

8 Ulasan

  1. Assalammualaikum dan hi! Nisha datang berblogwalking ke sini ^^

    Uishh betul! Sangat setuju. Kalau takda button follow tu rasa frust semacam. Lagi-lagi bila dah niat nak berblogwalking XD And Nisha setuju, widget followers ni wajib dan sangat penting untuk dimasukkan ke dalam blog hehe. Terima kasih di atas perkongsian ((=

    Jemputlah baca entry terbaru Nisha di Blog HadiahBintangJatuh (HBJ),

    Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 4) + Nasihat + Kesimpulan + Throwback
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/pengalaman-ambil-kos-pengurusan_23.html

    Dan memeriahkan giveaway oleh Jari Boloq (tamat pada 24/7/2020 pukul 6 petang ni) Boleh klik banner di entry ini ya. Insya-Allah ada rezeki hehe
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/giveaway-my-life-alhamdulillah.html

    BalasPadam
  2. Betul wajib ada follower widget ni. Ada jumpa blog yang takdak, elok2 blogwalking & nak follow tapi tak jumpa widget ni, terus batalkan hasrat.

    BalasPadam
  3. penting...lagi satu untuk tuan punya blog jugak.Rasa semangat lain macam bila nampak ada follower baru kat blog.

    BalasPadam
  4. KakYa suka kalau ada widget ni. Senang kita nak follow blog org lain jugak.

    BalasPadam
  5. penting juga..salah satu terapi sebenarnya..lg2 bila tgk follower semakin mngkat..lg seronok dan excited nk terus berbloging kan :)

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!