Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Anda Hantu Murtabak? Ini Resepi Murtabak Mini Guna Kulit Popia. | Resepi ni khas untuk hantu murtabak. Siapa je yang tak suka murtabak? Daku sangkakan nak buat murtabak mini ni susah, rupanya senang sahaja. Kalau singgah bazar Ramadhan, murtabak ni salah satu menu yang wajib beratur panjang bila nak membelinya. Tak kiralah murtabak ayam ke daging ke cheese ke yang pasti membuatkan ramai yang menjadikannya menu wajib di bulan puasa.




Kali ini, daku kongsikan resepi murtabak mini guna kulit popia yang ringkas dan mudah dibuat di rumah. Yelah, musim PKP ini bazar Ramadhan dilarang beroperasi, nak beli secara delivery pun cod agak mahal bagi ibu ibu yang mempunyai anak yang ramai. Dengan hanya menggunakan kulit popia, murtabak mini dah tentu menjimatkan perbelanjaan ibu ibu. Dah tak perlu nak beratur panjang, beratur je kat rumah sendiri.


Guna Kulit Popia Dah Boleh Buat Murtabak Mini? 



Bahan - bahan untuk membuat murtabak mini guna kulit popia (inti murtabak) :



Inilah senarai bahan yang diperlukan.


  • 500 gram isi ayam atau daging kisar
  • 5 biji kentang di potong dadu
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1 ulas bawang putih di hiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji bawang besar di potong dadu
  • Hirisan daun sup
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak untuk menumis



Cara memasak inti murtabak mini kulit popia.


Ikuti langkah - langkah di bawah dengan teratur :


1. Tumis Bawang Dan Rempah.

Mula - mula, korang potong bawang secara dadu dan panaskan minyak di kuali. Korang tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dipotong dadu. Masukkan juga rempah kari dan sedikit air. Korang masakkan rempah sampai naik bau dan pecah minyak ye.


2. Masukkan Isi Ayam Atau Daging Kisar

Bila rempah yang ditumis tadi tu pecah minyak dan naik bau, barulah korang masukkan isi ayam atau daging kisar ke dalam rempah tadi. Kacau sampai sebati. Masukkan juga kentang, kentang ni penting juga tau, takut nanti kentangnya tak empuk.


3. Masukkan perisa

Setelah isi ayam atau daging kisar empuk, barulah masukkan perisa garam, ajinomoto dan juga sedikit gula. Hiaslah bersama daun sup. Tunggu semua bahan inti masak hingga agak kering. Bila rasanya semua dah okay, tutup api dan tunggu inti sejuk sebentar.




Seterusnya, langkah - langkah untuk menyediakan murtabak mini guna kulit popia :


1. Masukkan Bahan

Pecahkan 2 biji telur, pukul sampai sebati dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan - bahan inti ayam atau daging kisar yang di masak tadi. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau sehingga sebati di dalam bekas.


2. Letakkan Inti Di Kulit Popia

Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan inti yang dicampurkan telur dan bawang tadi tu. Letakkan di tengah - tengah kulit popia. Korang lipat atas, bawah, kiri dan kanan kulit popia. Terbalikkan bila sudah di lipat dan masukkan ke dalam kuali.


3. Sedia Untuk Dibakar

Untuk membakar mini murtabak ni, korang kena panaskan kuali bersama sedikit minya. Letakkan popia yang sudah dilipat. Kalau korang suka minyak banyak, letaklah. Kalau tak suka minyak banyak, boleh kurangkan. Ikut selera masing - masing. Bakar sehingga masak. Balik - balikkan ia. Bila dah siap boleh dihidangkan bersama kuah kari, ikutlah selera. Ulangi langkah di atas sampai habis inti ye.



Murtabak Mini Mudah Dan Simple Untuk Hantu Murtabak



CUBA RESEPI MENARIK LAIN




Yahooo! Dah tahu dah nak buat murtabak mini, bahan - bahan pun mudah di dapati. Korang ikut je langkah - langkah di atas. In syaa Allah menjadi. Lepas ni, dah tak perlu nak beratur panjang beli murtabak samaada di pasar malam atau bazar Ramadhan.

Lagi pun, masak di rumah lagi terjamin kebersihannya. Jimat sikit perbelanjaan berbanding beli di luar. Nak tambah pun, dah kena tambah kos beli. Apa kata cuba tukar menu berbuka korang dengan mencuba resepi murtabak mini guna kulit popia ni.

Selamat mencuba dan jangan lupa komen di bawah ye!


Kredit : FB Nur Fazleen



8 Ulasan

  1. Waa.. bestnyaa .. teringin juga mau buat murtabak nie

    BalasPadam
  2. Wowww hebatnyaaa, ko buat sendiri ekkk...bestnyaa...ni belum ada lagi nak order murtabak, esok-esok laa order, nak buat sendiri, uisshh tak konpiden hahaha

    BalasPadam
  3. Hayırlı Ramazanlar olsun 😊

    BalasPadam
  4. Boleh try...kalau jadik, leh buat lagi...fuh, fuhhhh! Bazar di rumah je ek..mudahhhhhhh betul....hahahaa

    BalasPadam
  5. wahhh sedap ni. nak try juga ek. tq sebab share resepi

    BalasPadam
  6. Ohh tak sangka. guna kulit popia pun boleh buat murtabak

    BalasPadam
  7. Sis baru buat hari tu. Memang sedap. Berebut dengan suami. Ada baki inti tu nnti boleh buat lagi. Tq share resepi.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!