Salah Ke Hantaran 15K?


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Salah Ke Hantaran 15K? | Selamat malam , tiba-tiba je nak persoalkan tentang duit hantaran. Isu ni memang sangat sensitif dalam kalangan orang melayu terutama mak-mak kitalah. Bila kita dah mula, perkenalkan seseorang pada keluarga, perkara pertama yang bangkit ialah "Hantaran mak nak letak 15K, tak pun 20K". 

Lelaki biasanya tak mahu pun hantaran tinggi sebab mereka ni yang usahakan untuk cari duit hantaran tu. Tapi perempun ni pulak tak mahu kalah nak letak harga hantaran mahal-mahal sebab nak majlis tu grand of the year. Jujurnya, daku pun nak majlis macam tu tapi kita kena sedar, pembaziran tu tak elok. Melabur duit sampai 15K untuk 2 hari majlis? Berbaloi ke semata-mata sekali dalam seumur hidup?

Salah ke hantaran 15K?


Ada aje antara kita ni yang merungut pasal hantaran terutama lelakilah. Pernah dalam hidup daku, daku letak hantaran 15K tapi my ex cakap "You nak buat apa sampai 15K, ni belum tentu boleh masak". Daku know this is to deep tapi daku bangkang sekasarnya. Kalau dah sayang, 15K tu pejam mata boleh cari selagi kita ni usaha. 

Kalau dah sayang, sanggup susah senang bersama, kenapa tak bincangkan elok-elok dengan pasangan? 


Makan diri bila daku, cakap hantaran sebanyak tu, tapi adakah dia pikir kita hidup bukan di zaman dulu, 1000 ringgit umpama 10,000 ringgit. At the end, daku malas nak bangkitkan isu tu lagi. Senang je bagi daku, kalau dia banyak bagi alasan dan rasa nak cari duit majlis tu payah, "Dia bukan calon sesuai". Padahal dia sendiri boleh bincang, boleh 15K tu tapi awak share sikit, bolehkan cakap macam ni?

Kita ni perempuan tak daif sangat sampai tak mahu bantu bakal suami. Ada yang bangkang bila daku cakap macam ni? Depends pada perempuan tu juga, dia nak susah senang bersama, dia perlu dan korban apa kemahuan dia.

Jujur sebenarnya, dulu sebelum majlis daku, kami elok je bincang letak harga hantaran, Alhamdullilah suami daku terima dengan hati terbuka then daku cakap, in syaa Allah saya pun bantu, kita usaha sama-sama. Btw, duit hantaran daku bawah 10K je, daku tahu ni tak cukup untuk majlis dan banyak lagi kena prepare BUT inilah dugaan, kalau tak nak diri tu rasa susah, better tak perlu kahwin.

Easy right? 

Being human, kena bertolak ansur. Utamakan yang wajib, in syaa Allah majlis diberkati. Apa apa pun pasal hantaran ni bincang elok-elok, dah tentu family bangkang, percayalah kalau kita ni bincang baik-baik, tunjukkan usaha, in syaa Allah keluarga pun akan faham. 

Apa apa pun, usaha tu yang penting. Setakat sembang kari nak hantaran tinggi tapi bantu pun tak, pergi lah cari perempuan/lelaki lain.



11 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Tak salah kalau pihak lelaki mampu.
    Anyway tahniah semoga najlis berjalan lancar.

    BalasPadam
  2. Tak salah pun. Try la nego, cakap elok2.. Kalau pihak laki mampu alhamdulillah.. Akak pun hantaran 15k.. hehe.. opss.. jgn bgth orang lain..

    BalasPadam
  3. Ada rezeki..boleh beri hantaran lebih alhamdulillah syukur.Tak kisahlah personal atau perkongsian.Bagi kak PC..percayalah,kehidupan selepas akad ijab qabul itu lebih penting sebenarnya.Tidak mengapa dimajlis walimatulurus sederhana asal nafkah zahir batin setelah menjadi yang halal itu dapat dibangunkan bersama dengan baik.

    BalasPadam
  4. 15k tak salah.. yang menakutkan bila lelaki hutang sana sini.. baik bincang.. share together kaella setuju.. sebab yang nak hidup berdua diri kita bukannya orang lain. Jadi kena fikir ke depan lagi.

    BalasPadam
  5. Kalau lelaki tu kaya maybe boleh lah hantaran 15 K. Kalau dia mampu ok je

    BalasPadam
  6. Nak kawen dah ya. Moga dipermudahkan urusan. Doa banyak banyak. Tak salah kalau nak letak hantaran berapa pun. Asalkan tak menyukarkan benda yg baik. Pihak lelaki and perempuan kena sama sama bertolak ansur. Kalau dari awal lagi dah merungut, maknanya lepas kawen lagi banyak rungutan nanti. Sya doakan yg terbaik untuk OM.

    BalasPadam
  7. Wah Kak OM nakk kawin dah. Congrats!

    BalasPadam
  8. berbincang adalah jalan terbaik. insyaAllah

    BalasPadam
  9. bagi sy hantaran semua tu ikut kemampuan pasangan.. kalau aku sendiri nak nikah je.. hahaha XD .. kalau boleh kumpullah duit sama2.. barulah namanya sayang kn.. haha

    BalasPadam
  10. Rezeki masing2. Tapi mcm ena nak ikut style mertua. Apa2 majlis di tanggung mak ayah sndiri. Xmntk hantaran. InsyaAllah anak kami pon mcmtu. Kalau nak bg jgk tu anggap je hadiah ntk bakal isteri. Kami x ambil.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama