2019 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 2019

AFB Feeds

Tazkirah Ringkas #3

Tazkirah Ringkas #3

Assalammualaikum & hello there!



HIDAYAH ITU REZEKI

Kenapa namanya rezeki?

Sebab tak semua orang dapat merasai nikmatnya.

Jangan nilai seseorang seterusnya nilai seluruh ahli keluarganya.

Contoh, Pak Imam masjid atau ustaz, dia imam masjid, bukan main lagi alim warak, cakap begitu begini, tapi anak? Ada yang menghisap dadah dan sebagainya.

Kesimpulannya, hidayah itu milik Allah.
Bukan milik Nabi Muhammad, bukan milik saya, bukan juga milik Pak Imam.

Jadi jangan buat penilaian berdasarkan apa yang kita nampak. Orang luar boleh terima pendapat kita, tapi ahli keluarga tak. Itulah kuasa Allah. Diberinya hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya sahaja.

Jadi jangan salahkan pak imam kenapa anaknya macam tu, jangan pula salahkan anak saudaranya kenapa anak saudaranya macam tu.

Jagalah lisan. Diam lebih baik daripada banyak bicara.

Orang yang takut Allah, sangat bagus tutur katanya.

Sama sama berdoa dan usaha.

Semoga bermanfaat.
PENGALAMAN PALING MISKIN DALAM HIDUP

PENGALAMAN PALING MISKIN DALAM HIDUP

Assalammualaikum and hello there!

Hari ni Om nak kongsikan dengan korang pengalaman paling miskin dalam hidup dan takkan pernah dilupakan. Korang pernah alami tak? Cuba kongsi di komen nanti.

Lepas habis SPM terus Om duduk dengan abang di Kuala Lumpur. Masa tu dah start cari kerja dan dapat kerja as a baker di Aeon Big Wangsa Maju. Lepas 6 bulan Om sambung belajar di kolej swasta yang terletak di tepi federal highway PJ. Bila dah start belajar, awal awal sem memang jadual belajar padat dari pagi. Betulkan?



Om betul betul rasa susah bila mak abah tak mampu nak tanggung, abang pulak ada duit  cukup cukup je untuk tanggung bini dia. Masa tu Om nak pergi kelas penting, memang tak ada duit langsung. Sampai cari dalam satu rumah abang duit syiling yang jatuh jatuh tu semata nak pergi kelas. Naik LRT masa tu murah lagi pergi balik RM5 je. Cari sampai nangis tau. Buntu dah tak tahu nak mintak tolong dengan siapa. Nak cakap dengan mak abah, kesian dengan keadaan mak.

Bila dah dapat duit syiling tu, terus tak lengah pergi kelas. Dengan tak makan tak apa. Kelas dari pagi sampai petang, dah macam orang puasa. Kawan ajak makan pun Om tolak sebab memang dah tak ada duit. Om tak suka nak bagi tahu orang apatah lagi kawan baik.



Bila Om travel, Om dah rasa dan tengok sebenarnya ada lagi yang susah dari kita. Bayangkan sepanjang kat Beijing, makan sekali sehari je. Makan maggi pagi pagi, kunyah gula gula sepanjang trip tu. Bukan sebab tak ada duit tapi duit is everything bila kita kat tempat orang. If anything happen, as long as ada duit backup. Sama juga masa kat Cambodia, makanan halal memang limited, dengan bawa duit dollar less than 20 dollar. Makan maggi je sepanjang trip tu. Om tak kedekut tau. Rugilah bawak maggi tapi tak makan. Kita travel bukan nak mewah-mewah. Om nak buka mata tengok tempat orang dan rasa apa nikmat bersyukur tu.

Jujur. Memang Om tak dapat nak lupa pengalaman tu, semata mata nak pergi kelas Om sanggup cari duit syiling dalam rumah abang. Om tak nak mintak dengan dia, Om terpaksa tipu untuk kebaikan bersama. Sampai sekarang bila naik lrt teringat ingat. Susahnya dulu tau.



Alhamdullilah sekarang Om bersyukur sebab cukup makan dan pakai. Om suka pesan dengan suami, kita tak ada duit macam mana pun jangan mintak simpati dengan orang dan syukur sebab Allah bagi kita cukup makanan dan pakai. Jimat selagi boleh, sebab bila kita susah tak ada siapa yang nak tolong.
LEBIH SUKA MAKAN LUAR ATAU MASAK DIRUMAH?

LEBIH SUKA MAKAN LUAR ATAU MASAK DIRUMAH?

Assalammualaikum & hello there!

Topik malam ni tentang makan luar atau masak dirumah. Mak Om bising bila call and tanya masak apa hari ni, Om pula jawab makan luar. Mahu tak marah. Hehheehe. Isu ni memang boleh tahan juga bergaduh manja dengan mak. Mak mana yang suka bila anak dara dia yang dah bersuami ni kerap makan kat luar. Bila agaknya dapur rumah tu berasap. Ni kalau mak mertua tahu mahu haru biru.


Suami request nak makan ni pulak. 

Kadang macam Om ni bersebab jugalah bila makan kat luar. Keje site bila dah seharian penat, confirm memang malas nak masak. Alhamdullilah suami pula memahami. Nak pikat hati suami kenalah jaga perut dia, tak gitu? Kos makan luar pun mahal sebenarnya, dua orang boleh cecah RM20 tau kalau makan lauk tengahari itu belum lagi makan malam. Kalau hari hari makan luar? Tak ke papa kedana nanti. Gaji tu takkan nak habiskan dengan makan kat luar je kan. Itu pun memang dah nak kurangkan makan kat luar. Boleh kempis beg duit.

Practice makes perfect. Jangan cakap tak pandai masak kalau kita sendiri yang tak nak cuba. Sekarang ni dah bersepah dah video masak memasak ni. Copy dan apply je bila masak tu. Boleh tengokl resipi eina azman ke sheila rusly ke. Lagi sedap sedap tau. Hari hari masak memang akan pandai. Jangan dengar orang kata 'eleh masak tengok google lah tu'. Sekurang kurang kita ni ada effort nak masak tau. Kenal satu persatu bahan bahan mentah kat dapur. Jangan pulak nanti tanya rempah 3 beradik tak tahu pulak. Suami suka bila kita masak tau. Suami tak mengharap sangat pun kita masak lauk lauk sedap. Kadang cukup dengan goreng telor. Itu pun dah buat suami senyum lebar dah. Tapi tak tahulah kalau ada suami yang cerewet bab makan.



Apa apa pun bagi Om, dua dua ada kebaikan dan keburukan. Kita sendiri je yang patut ambil langkah dan pilih yang mana. Tapi janganlah sampai setahun sekali baru nak masak. Tak risau ke suami dirembat orang?
Tazkirah Ringkas #2

Tazkirah Ringkas #2

Assalammualaikum & hello there!

Kadang- kadang orang yang tegur kita tu bukanlah sebab dia suci dan dia anggap kita kotor.



Tapi, boleh jadi, mereka tegur kita sebab mereka dah pernah hidup dalam kekotoran dan dia nak sangat selamatkan kita dari turut terjerumus ke dalam penjara dosa.
REZEKI DAPAT TEMUDUGA LAGI

REZEKI DAPAT TEMUDUGA LAGI

Assalammualaikum & hello there!

Sebenarnya, Om tak sangka dapat temuduga kerajaan lagi. Alhamdullilah rezeki mencurah lepas kahwin. Hari khamis lalu, Om tak rajin nak tengok email, suami yang screenshot bagi email temuduga tu. Ingat bulan depan, rupanya minggu ni. Temuduga ujian fizikal pulak tu.



Dah lama tak bersukan, bila start berlari 2 3 mulalah sakit sakit badan. Minum ais pun dah start berpantang. Om pun tak mahu pancit bila lari. Dulu masa sekolah boleh je lari 1.5km ni sekrang ujian fizikal nak larian 2.4km tak pastilah mampu ke tak?

Doa doalah moga Allah permudahkan segala urusan Om ye.
Tazkirah Ringkas #1

Tazkirah Ringkas #1

Assalammualaikum & hello there!



Carilah satu ibadah yang kita suka dan senang nak buat. 
Ikut kudrat dan kemampuan kita.
Bila dah jumpa, kita amalkan dengan istiqomah.
Buat sampai jadi sebati dalam diri.

Istiqomah ni maksudnya, bila kita tak buat, kita jadi susah hati.
Macam ada benda yang tak selesai untuk hari itu.

Kalau senang mengaji, mengaji.
Kalau senang sedekah, sedekah.
Kalau senang solat sunat, solat.
Kalau senang puasa, puasa.
Kalau senang tolong orang, tolong.
Kalau senang zikir, zikir.
Kalau senang berjemaah, pergi. 
Kalau senang cari ilmu, hadir.
Kalau senang buat umrah, pergi.

Buat dan buat dan buat.
Jangan tinggal.
Biar dia jadi kawan paling rapat kita dimana pun.
Bila kita tak tinggal dia, dia tak sampai hati nak tinggal kita.

Berdoalah semoga kita mati dalam amalan yang kita buat selalu ni.
Dengan sahabat baik yang kita tak pernah tinggal.

Husnul Khotimah.

Bila dah ada matlamat, dah tanam niat,
usahakan dengan sepenuh keringat.

Insya-Allah,
Buat sampai jadi tabiat.
LIRIK LAGU WANY HASRITA & DATO' JAMAL ABDILLAH | BELENGGU RINDU

LIRIK LAGU WANY HASRITA & DATO' JAMAL ABDILLAH | BELENGGU RINDU


Kalau benar bagai dikata
Aku rela serahkan semua
Ingin ku dimanja, hidup serba mewah
Bukan benar bagai dikata
Godaan manis sang pujangga
Dah kita dicipta, bukan tuk bermegah

Saat dihanyut asmara
Asmara yang membara di jiwa
Sia-sia jika diturutkan hatimu
Yang terleka dibuai kata-kata palsu
Sia-sia jika tak dicuba dahulu
Kerna hatiku dibelenggu rindu
Pasrah, pasrah, pasrah bila diperdaya
Kan terasa pedihnya bila hatiku dibelenggu rindu

Kalau benar bagai dikata
Maka sudah dia berpunya
Sungguh tak kuduga begini akhirnya
Saat dihanyut asmara
Asmara yang membara di jiwa
Sia-sia jika diturutkan hatimu
Yang terleka dibuai kata-kata palsu
Sia-sia jika tak dicuba dahulu
Kerna hatiku dibelenggu rindu

Hati yang buta raga binasa
Jaga ku smpai sedar semula
Hati yang baik benangkan ia
Tenun kan jiwa dan raga
Harus bersulamkan cinta

Sia-sia jika diturutkan hatimu
Yang terleka dibuai kata-kata palsu
Sia-sia jika tak dicuba dahulu
Kerna hatiku dibelenggu rindu
Pasrah, pasrah, pasrah bila diperdaya
Kan terasa pedihnya bila hatiku dibelenggu rindu

Pasrah, pasrah, pasrah bila diperdaya
Kan terasa pedihnya bila hatiku dibelenggu rindu
BOTANICAL EFFECT F3 MARY KAY CLEANSER REVIEW

BOTANICAL EFFECT F3 MARY KAY CLEANSER REVIEW

Assalammualaikum & hello there!


Hari ni Om nak review satu produk daripada Mary Kay. Om dah lama pakai dah tapi diri ni gatal sangat nak cuba pencuci muka yang lain. Bulan lepas Om decide nak guna je cleanser dari Mary Kay sampai bila bila. Penat nak tukar tukar dan ianya membazir duit tau! Siapa tak pernah dengar Mary Kay? Mary Kay ni sebenarnya dah ditubuhkan pada tahun 1963 lagi dan pengasasnya ialah Mary Kay Ash.

Product Mary Kay tidak akan ada dekat watson, guardian or pasaraya yang biasa korang nampak terpampang jual. WHY? Sebab produk MK is exclusive and kita tak mahu any REBRAND product which is fake. Kalau korang nak purchase any product MK boleh find any trusted Beauty Consultant macam OM!


Product name : Botanical Effect Formula 3 (OILY)
Product Brand : Mary Kay
Product Type : Cleanser
Size : 113g
Price : RM68
Availabilty : Korang boleh cari Trusted Beauty Consultant Mary Kay, dengan Om pun boleh. Om tak cadang untuk korang beli di Lazada, Shopee or any else sebab dikhuatiri product tersebut expired.

What it claims? 

- Gently removes makeup and impurities 

Ingredients?

1. Silymarin (milk thistle) is a powerful antioxidant that is know to help defend against enviromental  damage while helpin to calm and soothe skin.

2. Luo Han Guo, also call the "longevity" fruit, is know to contain potent antioxidants and is also believed to help promote healthy skin.

3. Water lily is  important for healty skin. An antioxidant, the water lily is reported to be a source of nutrients that are important for healthy skin.


Packaging ?

Didatangkan dengan 113g,  a small tube and sesuai untuk korang bawa kemana sahaja. Tube ini dilengkapi dengan flip pada penutup botol, jadi tak mudahlah untuk tumpah bila korang terpicit dengan tak sengaja.

How to use?

Picit dengan kuantiti sedikit, apply into your face and urutlah muka tu. Ala, guna macam pencuci muka yang biasa kita guna tu. Tapi nak lagi bersih, guna dengan skin brush.




The Smell/Colour/consistency ?

Macam korang nampak, colour cleanse tu transparent sebenarnya bukan putih ye. Bila apply into your face, cleanse ni tak berbuih dengan banyak, its mean pencuci kurang buih sangat elok untuk korang yang bermasalah dengan oily face. Tentang smell, Om tak tahu nak described macam mana, tak wangi tak busuk mungkin. Hehehehe

How I feels : 

Lepas je cuci muka, memang kulit muka ni lembut bak kapas, bersih bak kulit bayi gittew! So far pakai tak naik jerawat pun. Berbaloi ler beli.

Recommended? :

Overall, I love this cleanser!!! Cleanse ni ada 1 set tau tapi korang boleh beli loose item. Tunggu cleanser ni habis baru beli lagi, maybe 7 bulan lagi lah kot. Pencuci ni lambat nak habis sebab tu berbaloi beli. 


(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)
LIRIK LAGU BABY SHIMA |  PURA-PURA BUJANG Official Music Video

LIRIK LAGU BABY SHIMA | PURA-PURA BUJANG Official Music Video


Jangan sayang pura-pura bujang
Kantoi sekali lagi
Ada cinta tiga segi
Adakah dah bertunang dah berbini
Hati berbicara makin lama makin resah
Sesuatu yang tak kena dengan dia

Kau fikir ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang

Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau mengoda
Jangan sayang pura-pura bujang

Dia atau aku yang mana pilihan mu
Katakan saja aku ingin tahu
Baru kau nak menilai 
Kerut kerut kening
Guling guling guling guling
Macam tenggiling

Kau fikir ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang

Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau mengoda
Jangan sayang pura-pura bujang

Berwas-waslah bila bercinta 
Jangandipatuk kasih pria berbisa
Jangan sekali dibelitnya

Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau mengoda
Jangan sayang pura-pura bujang

ohhhh ohhh ohhh
Jatuh cinta sedangkan kau sudah berpunya
ohhhh ohhhh ohhhh
Jangan sayang pura pura bujang
Jangan sayang pura pura bujang
PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA

Assalammualaikum & Hello There!


Lamanya Om menghilang. Tiba tiba muncul hari ni, eh eh Om tak hilanglah cuma sibuk sikit. Om ada je perhati blogger lain dalam group whatsapp cuma jari ni tak berdaya nak balas, maafkan Om ye. Kadang kawan kawan wassap Om, balas sekali pastu terus hilang dan bagi bluetick. Marah jugalah diorang. Sekali lagi, maafkan Om ye.

Sebenarnya Om menghilang sebab Om dapat temuduga dengan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). I didn’t expected that I got it again. Sebelum ni dapat temuduga penolong penguasa kastam tapi tak dapat pergi sebab tarikh temuduga 2 hari sebelum nikah. Om buka SPA bulan 5 hari tu, masa tu tergerak hati nak apply kerja yang lain tiba tiba eh dapat temuduga tapi tak tahu pun yang Om ni dapat. Om sibuk dengan majlis nikah Om sendiri, mana ada masa nak tengok email bagai.

Nak dijadikan cerita, husband Om memang lupa nak log out email Om dari handphone dia. 26/7 tu dapatlah email dari SPA, husband screenshot dan terus wassap pada Om. “Congratulation Ciksu” bila husband kata macam ni. Aik congrats apanya, kat site ni line celcom berlari tak tentu hala. Kadang kadang no service. Rupanya Om dapat temuduga penolong jurutera di bahagian KKM. Mahunya tak happy, mak abah & mak mertua pun Om dok call bagi tahu. Berita gembira ni kita kena kongsi. Abah Om dok ingat dapat cucu baru, lagi lawak tau.





Alhamdullilah semalam 29/8 dah selesai dah temuduga tu. Excited dan gemuruh punya pasal tak tido tau malam. Risau sangat sangat bila panel tanya soalan out of the box. Dibuatnya panel tanya pasal politik, tak ternganga kita ni? Husband sampai ambil cuti semata nak hantar dan teman Om. Dia yang lagi semngat tau. Om nak ceritakan pada korang tentang pengalaman Om ketika temuduga.

Umum korang tahu, bila temuduga sektor awam apa yang kita nampak ialah pemakaian kan? Pemakaian ni melambangkan personaliti kita. Janganlah pakai baju tak bergosok, tudung renyuk. Kalau boleh, kemaskan diri dan pakaian dulu. Om punya lah excited siap beli baju baru, tudung baru, kasut baru dan juga nametag. Om nak nampak diri ni kemas dan ada personaliti. Barulah panel bersemangat nak tengok kita. 

Dari segi persiapan document, Om sendiri pun terlupa nak update gambar IC. Thats was my biggest mistake sebab terlupa sangat sangat. Tengah temuduga tu baru teringat, eh tak update ic padahal lain lain tu dah update dah. Tapi Om dah redha dah. Buat seawal yang mungkin bila kita kena update apa apa dalam online. Kita ni manusia, memang cepat terlupa. Dont do like Om okay? Persiapan dengan soalan bila panel ajukan? Ini Om sendiri google tanya apa je soalan yang panel akan tanya. Kita ni tak boleh expect pun panel tanya apa. Jujur semalam, Om orang pertama sekali temuduga. No giliran dah lama dah panggil rupanya, rezeki semalam panel baik baik dan membantu. 

Siap ada name tag tau tapi suami tak bagi amik gambar sekali nampak macam kelakar hahahha.


Soalan yang panel tanya semalam:

1) Introduce yourself (Om siap tanya Tuan nak BM or BI) panel tu kata whichever yang Om rasa selesa. Dah tentulah pilih BM, mula mula memang nervous sampai tersasul. Panel tu siap kata relax, kalau ada air minumlah air dulu. Om totally stuck bila tengah explain study kat mana. Alhamdullilah panel membantu. Sambil introduce tu, Om memang nak tekankan pengalaman pasal loji air (water treatment plant) this is my tactic nak elakkan panel tanya soalan yang out of the box. Heheheh memang dah jangka, panel tu tanya soalan ni

2) Kenapa Wall loji air berbeza dengan wall rumah? Eh panel ni macam tahu tahu je Om tekankan pasal water treatment projek. Start dari soalan ni, semuanya panel tanya berkaitan dengan technical.

3) Dekat wall loji, ada guna membrane tak? Yang ini agak tricky sebenarnya, Om cakaplah based on my exprience Om tak pernah jumpa lagi yang guna membrane, semua guna waterstop utk construction joint. Panel tu dah senyum dah, siap kongsi pengalaman dia lagi tau. Dia pernah buat loji kat navy tpi loji tu dalam tanah. Dia tanya lagi soalan ni

4) Macam mana awak nak tahu kebocoran air bila kita buat loji dalam tanah? Om cakap kita uji dengan water tightness test. Dari situ kita tahu bocor atau tak tangki tu. Tapi sebelum nak mulakan test, segala jenis defect kena buat dengan sungguh-sungguh, klau tak ini akan effect dengan water tightness test tu. Panel tu senyum lagi tau.

5) Boleh tak awak bagi saya characteristic rebar dengan lebih details? Om tak ingat langsung dengan strenght besi, om minta maaf sangat dengan panel mmg betul betul tak ingat sebab baca sekali imbas je, padahal selalu je buat test strength besi. Om bagi jawapan yang lain, Alhamdullilah masih diterima lagi.

6) Ini soalan daripada ketua jabatan, macam orang jabatan engineering gitu.  Saya tengok awak stay di company yang lama sangat lama, kenapa tahun ini awak tukar ke company lain? Awak tak tergopoh lompat company company lain. Om jawab, Om nak belajar dan explore lagi tentang projek loji. If kita stick in one company, we didn’t have another experience. Om nak variasikan lagi pengalaman tu. 

7) Tentang gaji, awak tak kesah gaji awak rendah? Om cakap,  permulaan sesuatu kerja kita tak boleh expect nak gaji mahal, sekali kita menapak di sektor yang berbeza, kita masih zero, like we are nothing. Tapi Om percaya peratusan untuk kenaikan gaji adalah tinggi, kelebihan kelebihan yang tak ada di sektor swasta tu yang patut kita lihat jugak.

8) Sekiranya awak jadi leader di sesebuah organisasi, apa yang awak nak terapkan dalam organisasi awak? Soalan ni macam lost tak ada idea tau, pastu tawakkal je lah. Apa yang nak Om terapkan ialah kepentingan masa sebab masa ni tak semua orang boleh punctual, tak semua boleh nak tepati. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan beriman. Panel teknikal tu dah senyum dah, masa ni penting Tuan, terutama kita sebagai kaki tangan kerajaan, Om tak nak nanti anak buah Om cuai dalam masa. Masa tak jaga, itu tanda kita dah cuai dalam displin.

Banyak jugalah panel panel tanya tapi Om ingat 8 ni je, Om rasa masa tu panel tu tanya hampir 10 soalan macam tu lah. Tak sangka soalan tu mudah dan boleh Om jawab. Tu yang suami kata, confirm ke tak klentong panel? Mulut awak ni bercakap kadang melalut luar topik tau.

Suami aka driver full time, sanggup nak bercuti semata nak teman wife dia.

Om cakap je kat panel tu, "saya nervous Tuan sebab kadang soalan out the box tu keluar dan tak boleh jangka" Panel tu kata lagi, aik awak study ke? Saya study Tuan dekat 2 minggu, refresh back pasal engineering & pengalaman, kalau tak study ni Tuan, perasaan senang ni akan buat kita tak gemuruh langsung. Panel gelak, Hahahhaha patutlah awak introduce dah gemuruh awak ni. Apa apa pun, awak buat hari saya ceria dan banyak soalan yang awak dapat jawab. Saya doakan maju jaya.

Itulah, ini adalah pengalaman pertama Om temuduga kerajaan, tentang rezeki tu, Om redha dengan keputusan sebab Om dah buat yang terbaik dah. Buat korang yang nak temuduga tu, tolong jangan rasa senang sangat okay! Sama sama doakan keputusan temuduga ni pada hujung bulan, nanti Om share ye!



Segmen Nak URL Blog #36 Mialiana.com

Segmen Nak URL Blog #36 Mialiana.com




Assalammualaikum & hello there!

 Siapa yang free tu jemput join segmen ni juga. Mari kita sama sama memeriahkan segmen Kak Mia Liana.  Klik banner untuk join.




LIRIK LAGU NAJWA LATIFF | KLIA (Kau Lupa Itu Aku) Official Music Video

LIRIK LAGU NAJWA LATIFF | KLIA (Kau Lupa Itu Aku) Official Music Video



Mungkin ini yang terbaik
Terbaik untuk kita jalani
Jalani hidup tanpa cinta

Mungkin aku dan kamu 
Tidak dijanjikan bersatu
Walau ku tahu hati mu itu
Hanya

Mungkin ini takdirnya
Takdirnya kita harus berpisah
Dan mungkin kita hanya
Perlu berfikir demi cita cita

Mungking apa yang ku perlu
Hanya kekuatan dariNya
Untuk melalui liku hidup 
Tanpa

Mungkin ini takdirnya
Takdirnya kita harus berpisah
Dan mungkin kita hanya
Perlu berfikir demi cita-cita

Walau ku tahu kau kan lupa
Lupakan diriku
Walau ku tahu ku kan terluka
Terluka tanpa mu

Kau lupa itu aku
Kau lupa itu aku
Kau lupa itu aku
Kau lupa itu aku

Cinta pertamamu

Blogger Challenge Day 3 | PICTURE OF YOUR HANDWRITING

Blogger Challenge Day 3 | PICTURE OF YOUR HANDWRITING


Assalammualaikum | Hello there

Task ketiga untuk hari ketiga, alhamdullilah masih berjalan dengan baik challenge ni ye. Om tak ada buku karangan zaman sekolah menengah dulu. Boleh dikatakan agak cakar ayam. Memang beza dengan tulisan yang sekarang ni. Hehehhhee.


Cantik tak tulisan Om? Ini bila rajin, kalau yang malas punya ngeri nak tunjuk, Doktor pun tak faham tulisan Om yang malas tu. 

Cuba komen sikit tulisan Om tu.

Blogger Challenge Day 4 | DESCRIBE YOUR PARTNER

Blogger Challenge Day 4 | DESCRIBE YOUR PARTNER


Assalammualaikum | Hello there

Describe your partner, suami boleh tak? Tak ada idea tau nak describe suami sendiri, Om ni pun bukan jenis nak faham, kadang nak faham diri sendiri pun sampai sekarang ni pun tak faham-faham lagi apa yang diri nak. Om cuba describe tentang suami.


1) Caring

Suami Om boleh dikatakan caring jugalah. Ingat lagi masa baru dua minggu lepas kahwin, Om memang dah kehabisan duit dah. Mas tu Om kerja di Pengerang, tiap tiap hari suami akan tanya 'Ada duit lagi tak?'. Kawasan Pengerang ni memang cekik darah jugalah semua benda mahal. Suami risau takut Om tak makan. Pernah juga bulan lepas Om demam teruk sampai menggigil badan, sanggup paksa suruh pergi hospital. Dah lah tengah malam dengan esoknya nak kerja, suami yang gigh tarik tangan kalau ikut Om memang tahu pergi. Kesian suami bersengkang mata.

2) Matang Tapi Tak Kena Usia

Sebenarnya kami ni beza setahun, Om tua setahun jer. Heheheh. Orang kata Om ni matang tapi sebenarnya tak pun. Berangin tak tentu hala, moody tak tentu pasal. Suami ni pulak jenis yang matang, relax and cool. Orang tak percaya dia muda dari Om.

3) Seorang yang jimat

Baru tahu suami ni memang jenis yang tak suka bersosial. Apa yang suami tahu, kerja dan simpan duit. Baju pun payah suami nak beli yang baru kadang tu sampai Om ni merajuk suami tak mahu beli baju baru. Geram je dengan perangai berjimat tu tapi suami bukan kedekut, bab makan memang tak lah, makan lah apa yang nak dimakan janji kena habiskan. Heheheheh

Tak boleh describe banyak banyak nanti suami kembang pulak bontot dia bila baca ni. Hehehe
Blogger Challenge Day 2 | YOUR CURRENT RELATIONSHIP

Blogger Challenge Day 2 | YOUR CURRENT RELATIONSHIP


Assalammualaikum | Hello there!

YOUR CURRENT RELATIONSHIP | Already MARRIED hokay! Rasanya Om tak pernah kongsikan relationship di mana mana media sosial, nak kata dalam facebook tak ada. Om tak suka nak show off dengan sebuah perhubungan, di buatnya end up tak kahwin, tak ke malu? Entri sebelum ni Om tak sempat nak ceritakan tentang majlis kami, tak ada masa nak taip panjang. Boleh klik di link yang Om sharekan kt bawah ye, 


Jujurnya, Om dan suami kenal dah lama tapi hati tak terdetik untuk mengenal hati budi masing masing cukup sekadar rakan office. Bayangkanlah Om ni duduk berdepan je dengan meja suami, tengok suami macam tak ada perasaan langsung. Dululah tapi. Lama jugak kenal dalam 2 tahun duduk di ofis dan site yang sama. Dulu suami panggil Om as a Kak tau! Like what! Lama-lama macam "Kau tak payahlah nak berkak-kak dengan aku" sampai ke sudah suami panggil su. 

Belah kiri yang paling hadapan is suami OM.

Terdetiknya perkenalan tu bila Om ni dipindahkan ke lain site, dan masa di site tu, Om memang zero tentang pemasangan scaffolding, dari situlah Om start chat dengan suami untuk tanya tentang scaffolding. Dah nama pun satu office, tak pergunakan nanti susahkan diri sendiri pulak. Chat pun tanya pasal kerja, entah macam ni ditakdirkan lagi kami ni satu office dan site di projek KPJ Hospital Kluang. Masa ni suami dok gatai 'Wei, jom tengok wayang'. Rasanya dah lebih 44 kali, naik rimas dengar. Om masa tu tengah sibuk rancang bercuti ke China. Rimas bila dia balik-balik ajak tengok wayang.

Lama-lama iman mana tahan, pergi je lah. Boleh tengok wayang free! Makan free! Sampai sekarang memang tak lalu tol Kulai tau, kami ni gigih lalu Tol Ayer Hitam, tembus ke daerah Kluang sebab nak tengok tempat jatuh hati lagi dikenang, gittew! Sampaikan owner hotel kat Kluang kenal kami ni sejak kerja site sampailah dah kahwin. 

yeayyy dah SAH!!
Betullah mak kata, "Kadang jodoh depan mata pun kita tak nampak". Alhamdullilah, sekarang dah sha bergelar suami isteri. Walaupun diri ni kadang macam main tarik tali dengan suami, tapi dah nama jodoh, kami declare nak jumpa parents pun bermula raya tahun lepas, Om kenall dengan parents suami pada hari raya haji dan kami bertunang pada bulan 11 2018. Nikah pulak pada bulan 3 2019, cepatkan sebenarnya? Apa boleh buat jodoh dah sampai takkan kita nak tolak? 

Btw, Om mula suka dengan nama Zainal disebabkan lagu dibawah ni 3 tahun yang lepas. Suka nama tapi tak tahu siapa pemilik nama tu. Om suka lagu tu jugak sebab pembawaan gadis tu! Tak ada masuk apa apa sebenar tapi tup-tup dah berkahwin dengan orang yang bernama Zainal, my husband.

Begitulah cerita percintaan kami, hahahahah.


Wow! SISTEM BADAN MANUSIA PUN ADA JADUAL WAKTU

Wow! SISTEM BADAN MANUSIA PUN ADA JADUAL WAKTU




Assalammualaikum | Hello there!

Semua orang perlu tahu bahawa badan kita ada jadual waktu. Jom semak!

1) Waktu pagi,

3am - 5am
Paru-paru - Ini adalah waktu terbaik untuk bangun tidur. Ketika ini terdapat lebih bantak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenanga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertafakur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur pada waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5am - 7am
Usus besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7am - 9am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini. Sarapan adalah wajib sebelum melakukan aktivit harian.

9am - 11am
Limpa - Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akab merasa kegigilan dan mengantuk.

2) Waktu Tengahari

11am - 1pm
Jantung - Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur pada masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bersampur dengan oksigen. Ini akan menigkatkan kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebiih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.



3) Waktu Petang

1pm -3pm
Usus kecil - Makn tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk dan tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3pm - 5pm 
Pundi kencing - Sesuai unutuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5pm - 7pm
Buah pinggang - Ini adalah masa unutk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

4) Waktu Malam

7pm - 9pm
Dinding jantung - Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9pm -11pm
Ini adalah masa untuk menegmbalikan semula tengan organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11pm - 1am
Hempedu  - Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

5) Waktu Lewat Malam

1am - 3am
Hati - Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah jadual waktu sistem badan manusia. Kita perlu ingat badan kita ni bukan robot!




Blogger Challenge Day 1 | INTRODUCTION AND RECENT PHOTO

Blogger Challenge Day 1 | INTRODUCTION AND RECENT PHOTO

Assalammualaikum | Hello there!

Task pertama yang bertajuk "Introduction and recent photo" , pernah alami tak bila di facebook ada seseorang yang tak dikenali PM kita, 'Hi, awQ boleh knal2 x? Intro please?' 
Bila baca chat yang dulu-dulu, macam kelakar dan annoying. Hehehe

Let me introduce you and lets start!

Nak nama panjang ke pendek? Nama pendek je ea, nama sebenar ialah Shuhada Herman tapi nama dalam dunia blogging ialah Om, short form daripada nama website sendiri iaitu Ombak Bergigi. Dah lama dah dalam dunia blog ni sejak dari zaman kemunculan Blogger Irine Nadia, dalam 2010 macam tu tapi disebabkan faktor-faktor kemudahan terpaksalah undur diri sampailah buat come back 2013, itu pun macam ada dengan tak ada je. Sekarang, alhamdullilah memang ada masa untuk taip entri walaupun bukan hari-hari tapi #omcuba.

Taken by Husband, "Tak chantek repeat lagi sampai chantek"

Om dah kahwin dah bulan 3 tahun ni, in syaa Allah majlis bertandang belah suami bulan 12 nanti. Korang dijemput hadir, hehehe.  Anak? Belum ada lagi, doa-doakan lah ye. Mungkin ada yang tak tahu, Om ni masih bekerja di site dan menghitung tahun untuk completekan 5 tahun bekerja di site construction. 

Anything else? Rasanya itu sahaja untuk blogger challenge day 1, harap esok ada lah entri blogger challenge day 2. Ada 14 task lagi tau! Menangis sis nak taip entri hehehehe.
BLOGGER CHALLENGE | I CHALLENGE MYSELF TOO

BLOGGER CHALLENGE | I CHALLENGE MYSELF TOO



Assalammualaikum | Hello there!

Sebenarnya Om baru je blogwalking dari Blog Rrai, then terjumpalah challenge di atas. Kebanyakkan challenge yang Om join hampir semuanya tak cukup sifat. Kadang baru buat sampai no 3 then krik krik krik. Harapnya dengan adanya challenge ni, Om sentiasa istqomah untuk completekan 15 tasks yang rata-ratanya agak susah untuk cetus idea. Hehehehe

Om harap juga, bertambahlah kerajinan diri untuk update entri everyday dan dapatlah menaikkan pageviews yang mcam chipsmore, kejap ada kejap tak ada.

Selamat berchallenge wahai Ombak Bergigi.
JANGAN MAKAN AYAM KALAU TAK PANDAI PILIH AYAM

JANGAN MAKAN AYAM KALAU TAK PANDAI PILIH AYAM

Assalammualaikum & hello there!

JANGAN MAKAN AYAM KALAU TAK PANDAI PILIH AYAM SEBELUM MEMASAK | Ramai yang beli ayam tanpa periksa kondisi ayam di pasar atau pasaraya. Pakai ambil dan terus bayar. Jangan sampai makan bangkai tapi mungkin juga disebabkan tiada pengetahuan. Sebagai umat Islam, apa yang dimakan akan menjadi darah daging dan akan dipersoalkan kelak.



Jadi malam ni, Om nak kongsikan sedikit petua sebelum membeli ayam. Tambahan Raya Haji dah nak dekat, bolehlah belajar dari tips ini. Senang sikit nak tunjuk skills dengan mak mertua. Hehehhe

Terdapat beberapa kriteria ayam yang jual, ada yang terus dipek dan juga diatas atas rak jualan bahan basah. Melalui kondisi ayam, kita boleh lihat dan pilih ayam yang betul-betul mengikut hukum syarak. “Kalau nak pilih ayam, pastikan, BONTOTNYA PUTIH”

  • Bontot putih - Ayam diproses selepas ayam betul betul mati.
  • Bontot merah - Ayam diproses sebelum ayam itu mati contoh cabut bulu masa masih hidup.
  • Bontot biru -  Ayam yang sudah mati baru sembelih (bangkai)

Ini info daripada orang yang bekerja sebagai penyembelih ayam di Pusat Proses Ayam.

“Kalau pilih ayam yang siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian ayam yang tak ada tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda terdebut memang ayam mati sebelum disembelih.”


Antara ciri yang lain, korang boleh lihat dari segi :

1. Warna Ayam - Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan aalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan disejuk bekukan.

2. Tekstur ayam - Ayam yang segar apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu. Hehehheh
Isi yang segar alabila ditekan terasa empuk dan akan kembali ke bentuk asal. Sekiranya ketika tekan ianya tenggelam, ayam itu ayam lama.

3. Darah ayam - Apabila ayam yang dibeli kelihatan banyak darahnya atau cecair berdara. Biasnya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

4. Bau ayam - Ayam yang sedar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

Kesimpulannya, ayam yang segar akan berasa sedap selepas dimasak. Sebelum ni tak pernah tahu ciri ciri ketika membeli ayam, sekarang dah tahu kan? Nanti sembang sembang dengan mak mertua ketika beli ayam tau!


Kerja Site, Kerja Hina! Apaa...

Kerja Site, Kerja Hina! Apaa...



Assalammualaikum & hello there!

KERJA SITE, KERJA HINA | Alkisahnya, Om terbaca di 'IG seseorang', Om agak berkecil hati dengan ayat kawan seseorang tu, yes may be bukan ditujukan pada Om sendiri tapi ianya sekadar luahan hati dia. Ayatnya macam ni,

Your biggest regret in  life?Ambik civil engineering. Kerja paling hina, 7 hari seminggu tengah panas lagi hati panas kena maki

Bercampur aduk perasaan Om ni tau! Entahlah, nak marah pun Om ni siapa nak marah dia cakap macam tu. Yes sekali lagi, mungkin itu adalah luahan hati dia. Sepanjang hampir 5 tahun kerja full time di construction, yes ayat tu sangat melukakan hati. Om juga pemegang diploma civil engineering, pernah terdetik dalam hati menyesal amik civil! Untuk apa kita menyesal dengan benda yang dah lepas? Perkara yang dah berlaku, kita ni tak layak nak tanya 'kenapa'. Ada hikmah disebalik semua tu.

Kerja paling hina? Mungkin dia yang tak cuba explore dalam bidang civil engineering, jika dia tak mahu full time on site, you can choose to be a full time officer, boleh je ambil bidang QS, QA/QC, sangat banyak kerja yang melibatkan civil engineering tak semestinya on site. Bagi ler sel-sel otak awak tu berhubung sikit. 


Kerja 7 hari seminggu? First of all, baca semula offer letter, if mention yang kita ni kerja monday to saturday, kenapa perlu kerja pada hari ahad? Atas desakan office, kawan-kawan atau ikut sendiri yang mahu kerja ahad? Bagi Om, kalau rasa bayaran hari Ahad itu lagi banyak dari hari hari lain, yes Om akan kerja but depends on situation. Buat apa kita kerja lebih dari apa yang ada dalam offer letter tanpa sesuatu bayaran? Hari ahad, office tiada hak untuk paksa kita bekerja! Eh ini boleh bagi tahu pada pejabat buruh tau, jangan buat main-main!

Selama Om kerja, bukannya Om tak pernah balik jam 8 pagi keesokkan harinya. PERNAH! Kita kerja lebih masa dan BERBAYAR! Tak bayar tu lain ceritalah, ngam-ngam jam 5 punch dan balik. Buat apa pening pening kerja lebih masa dan tak bayar? Waste your time adalah? Cukuplah 8-9 jam kita ni berperang otak, tenaga dan masa di tempat kerja, cukup masa balik rehat spent time dengan keluarga. Kerja ni sampai bila-bila tak habis tau!


Kerja tengah panas? Kelakarnya dan dia ni expect apa sebenarnya, dah nama kerja site mestilah di tengah panas. Lainlah bangunan dah siap, bolehlah berteduh. Ni dibuatnya site baru nak naik, office pun tak ada lagi, dia harapkan aircond? Angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa tulah paling nikmat sepanjang kerja 5 tahun ni. Paling bersyukur adanya hujan. 

Percaya atau tak, sesiapa je yang kerja site memang akan suka dengan hari hujan. Sebab apa? Hujan nilah waktunya kita berehat sebab tak boleh buat kerja ketika hujan. Apatah lagi hujan lebat, wow lagi Om suka. Kalau boleh hari hari nak hujan. Ini baru cuaca di Malaysia, belum lagi di 4 musim, dibuatnya datang salji tebal, mahu tak best? Heheheh


Tak tahan kena maki? For me, maki ni perkara normal dalam site. Dah kena maki even bukan salah kita, tak perlu pun nak simpan dalam hati. Style Om senang je, lepas jam 5 pikir pasal hal rumah dan tinggalkan hal-hal site ni. Jangan terbawa-bawa hal kerja dalam rumah, kerja is kerja, personal is personal. Jangan rumitkan perkara yang mudah. Mudahkan? 

"TAK KUAT MENTAL & FIZIKAL JANGAN KERJA FULL TIME SITE"

Kita ni perempuan, kita kena tahu takat mana kebolehan kita. Kalau sampai situ je, dah! Jangan over-over. Kerja site ni yes memang dikongker sepenuhnya oleh kaum lelaki tapi jangan pernah kalah dengan hal-hal kecik. Kerja site bukan kerja hina, kita ni yang hina sebab tak reti nak explore dalam kerja kita.

Apa apa pun, CHILL JER!!




LIRIK LAGU SITI BADRIAH | NIKAH SAMA KAMU

LIRIK LAGU SITI BADRIAH | NIKAH SAMA KAMU



Aku mau nikahnya sama kamu
Ku tak mau bila selaun kamu
Ku bahagia bersamamu sampai tua
Ditemani lucunya anak kita

Aku tak punya alasan
Untuk tak merindukan dirimu
Aku pun tak punya hati
Untuk menduakan cintamu

Sungguh aku sangat bersyukur dipertemukan denganmu
Oh bidadari yang selalu menyejukan hati
Dimatamu ku melihat masa depanku

Ku tatap lekat matamu dekat
Ku genggam kedua tanganmu dengan begitu erat
Ku mencintaimu disaat lapang atau berat
Mengisi hari harimu dengan cinta yang hangat

Jika nanti aku yang pergi
Aku ingin pergi di pelukanmu

Aku mau nikahnya sama kamu
Ku tak mau bila selaun kamu
Ku bahagia bersamamu sampai tua
Ditemani lucunya anak kita

Walau sekarang masih jauh dari mapan
Mengurus diri sendiri pun masih berantakan
Tapi kan aku yakinkan di dalam hati
Aku kan jadi imam mu suatu saat nanti

Aku tahu banyak yang harus kupersiapkan
Untuk melamarmu ku persunting sebagai permaisuriku
Orasah bingung orasah panik cukup jalani saja
InsyaaAllah semua akan bilang saaaah! Pada waktunya

Aku tak punya alasan
Untuk tak merindukan dirimu
Aku pun tak punya hati
Untuk menduakan cintamu

Aku mau nikahnya sama kamu
Ku tak mau bila selaun kamu
Ku bahagia bersamamu sampai tua
Ditemani lucunya anak kita

Aku mau nikahnya sama kamu
Ku tak mau bila selaun kamu
Ku bahagia bersamamu sampai tua
Ditemani lucunya anak kita



Dah kahwin 4 bulan.. bila nak ada anak ni Om?

Dah kahwin 4 bulan.. bila nak ada anak ni Om?

Assalammualaikum & hello there!

DAH KAHWIN 4 BULAN, BILA NAK ADA ANAK  | Amboi ayat entri tak nak kalah ye. Let me explain to you, okay? Sejak dah kahwin ni, ayat ni memang famous keluar daripada mulut-mulut orang “Aik, tak ada lagi ke?” Apa mereka ni ingat hari ini nikah, esok dah boleh ada anak? Macam gitu?


Ada yang baru kahwin, dah pregnant. Ada juga yang baru kahwin, rezeki dia mencukupi. Ada yang dah lama kahwin, tapi tiada anak lagi dan ada juga yang dah lama kahwin, rezeki Allah bagi cukup lengkap. Apa yang kita nak sebenarnya? Nanti bila dah ada anak, “tak nak tambah lagi ke”, bila anak dah ramai “ramainya anak, dah dah lah boleh dah tutup kilang” Benda yang macam inilah sampai bila bila tak habis. 

Sebelum kahwin dulu, memang Om ada bincang pasal anak dengan husband. Dah ready ke nak jadi ayah? Dah ready ke kewangan? Betul, duit ni bukan segalanya tapi duit ini permulaan bagi segalanya. Husband pun ada kata, kita hold dulu tahun ni. In syaa Allah tahun depan kita usaha sama-sama pasal anak. Reason paling kuat kenapa Om tak ada anak lagi sebab majlis bertandang belah suami in syaa Allah bulan 12 ni. Tak ke orang mengumpat nanti, perut dah besar baru nak buat majlis? Manusia ni memang tak lari dengan benda benda macam ni. 

Bila dah ada anak nanti, do you ready with all the responsibilty? Bab kewangan, masa & tenaga semua ni kena ambil kira juga. Semua benda nak duit tau, kencing berak pun berbayar. Bagi Om, sekurang-kurangnya kami ni dah cukup dari segi kewangan. Hello? Susu & pampers baby pun mahal tau sekarang ni. Ingat murah? Kang bila beli yang murah, masalah ruam pastu terjadinya eczema. Mana tahu salah seorang kena berhenti kerja? Sekarang ni bukan zaman yang kena percaya dekat orang asuhan anak kita. Macam macam kes dah berlaku dh, kita punyalah tunggu 9 bulan tapi end up dengan meninggal disebabkan kecuaian orang asuhan. No way! Benda ini memang kena elak 100%




Dah ready ke semua masa suami dan isteri tertumpu pada anak? Selama ni berdua, dah bertambah jadi bertiga, kalau dulu bolehlah tengok wayang pergi mana mana berdua. Bila dah ada anak, tak semua aktiviti yang dulu kita boleh buat bila dah ada anak. Jawabnya tunggu anak besar. Om cakap macam ni bukannya tak nak ada anak tapi biarlah bersesuaian dengan masa dan kewangan. Bukan nak tolak rezeki anak tu, kalau ada in syaa Allah terbukalah hati dengan seluasnya. 

Siapa je yang tak suka dengan bau baby? Tengok anak membesar hilang tau penat lelah kerja. Boleh nak ada anak ni tapi jangan ikut sangat kata orang lain, yang penting diri kita ni dah ready dari semua aspek ke tidak? Tepuk dada tanya hati!



MEH BACA!! TIPS PEMAKANAN KETIKA HAJI

MEH BACA!! TIPS PEMAKANAN KETIKA HAJI

Assalammualaikum & hello there!

sumber : google

TIPS PERGI HAJI | Bila dapat panggilan haji, ada yang orang seronok, ada yang berdebar dan ada yang takut. Takut sebab macam macam cerita dia orang dengar, yang kaki makan risau pasal makan, yang kurang amal risau akan dugaan, yang selesa sentiasa risau pasal berhimpit, bersesak dan berkongsi tandas.

Kerja haji ni kerja fizikal, mental dan pastinya spiritual. Bila sebut fizikal dan mental mesti ada bab kesihatan yang kena jaga. Ada sahabat bertanya, "Apa tips kesihatan dan pemakanan semasa tunaikan Haji" Saya sendiri belum punya pengalaman berhaji cuma berumrah.

sumber : google
Tips pemakanan, makan makanan dalam kategori real food. Jenis makan begini akan tingkatkan antibodi. Insyaa Allah tidak jatuh sakit. Bila sebut makanan real food fokus pada buah, sayur dan kekacang. Banyakkan buah tinggi kandungan air macam oren, kiwi, tembikai, mangga, nenas dan betik. Kena makan buah sebelum makan yang lain. Sayur pun sama, cari jenis banyak air juga seperti kobis, bayam, timun.

Dalam jutaan manusia, berhimpit dan bersentuh, mudah terkena penyakit. Makanan yang diambil akan jadi ubat preventif. Orang banyak bawa junk food seperti mee segera sebab itulah yang diberitahu dan dipesan orang terdahulu. Takut tidak ada selera makan, itulah alasannya. Kena elakkan junk food atau makanan deep fried.

Bila makan makanan masin dan tinggi garam ianya akan bagi kita cepat dahaga. Banyak manusia takut minum air. Takut terpaksa ke tandas. Air zam zam punya daya serapan yang tinggi. Insyaa Allah tidak akan sebabkan kekerapan ke tandas, minumlah. Berdoalah agar ia jadi asbab kekuatan untuk beribadah.

sumber : google
Makanan yang bagi kenyang ialah kekacang, dapat tenaga berterusan. Boleh beli kacang macam pistachio masukkan dalam beg kecil. Kacang inilah juga yang bagus untuk otak. Boleh juga minum minuman dark chocolate 70% ke atas. Polyphenols dalamnya adalah antikoksida penting, kuatkan imun, beri tenaga dan bagus untuk hippocampus (pusat memori otak).

Plan aktiviti apa yang mahu dilakukan, perlu ada agenda. Target yang mahu dicapai. Apakah hafazan ayat-ayat quran dan surah jadi agenda? Sekiranya ya, otak akan disibukkan dengan benda benda begini. Lebih bagus sebenarnya.

Harap tips diatas membantu dan selamat menunaikan haji.

Sumber : Telegram #DrRizal


LIRIK LAGU ANDMESH KAMALENG | CINTA LUAR BIASA

LIRIK LAGU ANDMESH KAMALENG | CINTA LUAR BIASA


Waktu pertama kali
Kulihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Hati tenang mendengar
Suara indah menyapa
Geloranya hati ini tak kusangka
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu

Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu

Hari-hari berganti
Kini cintapun hadir
Melihatmu, memandangmu bagai bidadari
Lentik indah matamu
Manis senyum bibirmu
Hitam panjang rambutmu anggun terikat
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu

Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu



CARA TANGANI KAKI BERBAU

CARA TANGANI KAKI BERBAU

Assalammualaikum & hello there!

CARA TANGANI KAKI BERBAU | Eeeuuww siapa je yang suka bau busuk? Nak nak bila buka stokin terus keluar perfum menjalar diselinap penjuru rumah mahupun office. Mak Om selalu pesan, tak apa muka kita ni tak lawa janji jangan kaki berbau, mulut berbau, berdaki. Ada kawan Om sampai dua tiga minggu perap stokin dalam kasut. Allah, dia punya bau tu memang piaw lah! Mana boleh tahan kan?

Om share dengan korang semua, cara tangani kaki berbau :  

1. Cuci Daki Kaki : Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.

2. Buang Cagu/KematuCagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki korang bebas masalah ini. 

3. Potong Kuku PendekKuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung (berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.

4. Pakai Stokin sesuaiDisarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh berbanding nilon.

5. Tukar Stokin Setiap Hari : Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. 



6. Pakai Kasut SesuaiPakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.

7. Elak Pakai Kasut Sama Setiap HariBeli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap akan galakkan pembalakan bakteria dan kulat

8. Pakai Ubat Anti-PerspiranDi farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Baca cara penggunaannya betul-betul.

9. Pakai Ubat Anti-BakteriaKasut perlu dibersihkan atau dicuci setiap minggu. Selain itu perlu juga di spray, cuci dengan ubat anti-bakteria sebagai langkah pencegahan.

10. Elak Kongsi Stokin atau KasutPelajar di asrama selalu kongsi(rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkonigsi sekalilah. Pakej.

No 1,2&3 memang mak akan bising, “kenapa tak buang daki kuku sampai bersih, nak mak ketuk kaki tu ke” Mak Om memang jenis cerewet dengan kebersihan. Om sendiri pun tiap minggu ingatkan suami, “Mandi tu reti retilah cuci daki kuku kaki , takkan nak tunggu sampai taugeh tumbuh baru nak cuci” Bagi Om, terutama perempuanlah, nevermind muka tak lawa tapi kaki bersih daripada cagu & berbau. 

Selamat beramal.

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com