Assalammualaikum & hello there!

"Awak...awak follow blog kita sebab apa eak?"

Pernah tak korang terfikir, kenapa followers follow blog kita ni? Ke sebab konsep follow me back, hehehe dulu dulu masa baru nak up sibuk dok buat konsep macam tu.

Apa Sebab Follow Blog OmbakBergigi?

1) Nama blog yang unik?

Eh! Perasannya macamlah blog I sorang je yang nama unik. Baca SINI kalau nak tahu maksud OmbakBergigi. Dulu pun kat kolej, sampai ada yang panggil ombakbergigi disebabkan diorang ni tak tahu nama sebenar I masa tu. Lama lama terus panggil OM. Itu yang melekat kat blog ni. Korang follow blog I sebab ni ke?

2) Blog Om banyak tips/fakta/info menarik/review

Blog Om ni biasa-biasa je, tak selalu update tips, review atau toturial. Semuanya based on my mood. Disebabkan Om ada masalah jerawat, kerap jugalah review produk yang bagus untuk kulit. 

3) Kekemasan blog ke?

Sedia maklum, Om jenis yang stick pda sesuatu template yang cantik dan kemas. Pernah je kawan blog Om, Rrai buat template untuk blog Om bertahun juga baru tukar dan Alhamdulillah tahun lepas rasanya, Om tukar template yang sedia ada. Tapi Om tak pasti adakah template dan kekemasan blog Om ni yang buat korang follow blog Om?

Tapi, terima kasih juga kepada followers yang dah lama follow blog Om ni. Terima kasih banyak banyak. Bukan senang nak dapat followers sebanyak ni tanpa usaha betul tak? Followers ni pun penting juga untuk naikkan rating & pageviews bagi sesebuah blog. Cuma, tuan empunya blog sendirilah kena usaha untuk blognya. Meh drop komen, kenapa korang follow blog Om?