3 Simple Idea Untuk Tajuk Entri - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 3 Simple Idea Untuk Tajuk Entri

12 Januari 2019

3 Simple Idea Untuk Tajuk Entri

Assalammualaikum & hello there.

Siapa je yang tak buntu bila nak update entri baru. Yes, I pun jenis otak yang mudah sangat kekeringan idea dan kadang bila dah ada idea tapi tak tahu nak huraikan. Kadang, I guna cara tulis tajuk entri dulu, pikir tajuk yang gempak-gempak baru I cari idea untuk update entri tersebut.

Kenapa I buat macam tu?

Sekurang I tak lari dari ttajuk utama, dan bukan merapu-rapu. Bila dah ada tajuk post senanglah I nak fokus pada isi kandunga. Even kalau dah mati akal sangat, save je draft tu nanti boleh lah sambung taip entri.

Rasanya headline atau tajuk entri ni mungkin bukan perkara pertama korang fikir kan? Korang tahu tak sebenarnya tajuk entri ni boleh mempengaruhi readers untuk baca post korang tu. Sebab tu ada je surat khabar letak headlines kaw-kae panas tapi isi kandungan biasa je. Betul tak?



3 Simple Idea Untuk Tajuk Entri 

1. Cara Untuk (Dengan Toturial/Tips)

Kalau entri toturial/tips ni sebenarnya dah sangat popular sebab readers memang suka baca guideline untuk memncuba sesuatu atau menyelesaikan satu masalah.

* Cara untuk memikat hati ibu mertua

* Cara untuk kaya dengan lebih cepat

* Cara untuk hilangkan jerawat dengan mudah


2.  (Nombor) Sebab

Readers ni suka baca entri simple tapi kadang-kadang tak kisah berapa panjang entri tu. Nombor pun memainkan peranan penting. Manusia kan suka nombor. Why not kita cuba?

* 10 Sebab Anda Patut Beli Proton X70

* 10 Sebab Korang Perlu Melancong Di Taiwan

* 30 Sebab Kena Menyimpan Di Usia Muda


3. (Adjective) Saya Untuk 

Kalau korang ada sesuatu perkara yang mungkin berguna pada orang lain, in shaa Allah reader lebih berminat untuk membaca entri tersebut. Benda tu kan sangat berguna, tak salah pun share. Sharing is caring, sharing is loving kan?

* Cara Saya DIY Kad Kahwin

* Mudahnya Saya Memilik Domain Sendiri

* Rahsia saya MEnarik Traffic 100K PageView

Jadi, macam mana? Adakah korang rasa boleh follow tips-tips di atas? Hopefully, ianya sangat membantu korang mendapatkan tajuk entri yang bernas.





4 ulasan:

  1. sha main tibal je tajuk 😂 kadang kalau review mmg tulis nama produk je

    BalasPadam
  2. Bagusnya tips ni... Nanti nak cuba la. Hikhok

    BalasPadam
  3. Very useful! terima kasih!

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/01/jom-beli-novel-ain-maisarah.html

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com