Pengalaman Betulkan Nama Pada Ticket Flight Air Asia. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Pengalaman Betulkan Nama Pada Ticket Flight Air Asia.

19 Disember 2018

Pengalaman Betulkan Nama Pada Ticket Flight Air Asia.

Assalammualaikum.

Ini adalah pengalaman pertama I live chat and submit e-form Air Asia. Sebab apa I hantar e-form? Hari sabtu lepas, tunang I beli tiket ke Padang, Indonesia. Then I cek rupanya ada dua kesalahan pada nama penumpang. Apa yang I tahu, kalau nama pada ticket flight tak sama pada passport, mungkin tak akan dapat naik flight. Itu yang I tahu lah. So far selama ni I beli sendiri, memang I akan cek dengan betul. Takut bermasalah lepas beli.

Setakat ni AirAsia bagi je kalau kita nak buat pembetulan pada nama. Mungkin korang pernah salah eja, contoh Siti Shuhada jadi Siti Shuhaida. Pastu contoh lagi pada title Mr kepada Ms padahal penumpangnya lelaki. Then, kalau masalah bin binti, Air Asia tak kesah sangat asalkan bukan A/L A/P, nama dah melayu tapi ada pulak A/L contoh Ali A/L Abu, kalau yang ni memang korang kena tukarlah. Lain-lain macam nak tukar terus nama penumpang memang Air Asia TAK BENARKAN ya! Salah ejaan boleh, kalau gatal nak tukar terus nama penumpang memang korang cari penyakitlah. 

Jadi caranya macam ni, 

1. Pergi ke laman web Air Asia, log in macam biasa. Kalau tak ada account Air Asia, silalah buat ya.

2. Bila dah log in, korang terus klik pada Customer Support. [KLIK SINI]


3. Di sebelah kanan laman web tu, ada Contact Channels then klik pada EMAIL US.


4. Maka keluarlah E-Form Air Asia. 

5. Isi form dengan lengkap tau. Tak tahu lagi? Okay I tunjukkan terus.


6. Dekat eForm tu, type of feedback korang klik pada Enquiry/Request

7. Then klik pula pada sub category 1, korang select Booking Changes

8. Pada sub category 2 pulak, korang klik pada Name Correction

9. Pada personal details tu, korang completekan semua maklumat diri korang.


10. Flight Details pula, completekan juga ye.  Korang commentlah sikit apa yang korang nak betulkan tu.


11. Submit and attach files. Korang kena submit IC, Flight Details itinerary and passport korang. AirAsia akan cek terus maklumat diri korang.


12. Submit then AirAsia akan email no case korang.



13. Then pergi semula contact channels then klik pada chat with AVA, korang sembang sembang then dia akan proceed pada rakan allstar, iaitu live chat. Nanti kat live chat tu korang bagi no case korang bagi tahulah masalah korang tu.



14. Nanti diorang akan settelkan masalah korang secepat mungkin. I just tunggu 10 minit dan dapatlah itinerary yang baru.

Jadi macam mana? Dah faham? Tapi I harap sebelum korang proceed untuk pembayaran tu silalah check dengan betul. I tak nak nanti korang susah susahkan diri macam I ni. Kang kita nak bercuti jadi tak bercuti pulak. I harap pengamalan I ni dapat bantu pada korang yang ada masalah sama macam I. Hehehehe selamat bercuti. #TaksabarnakkePadang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com