Jom Naik MyBas Di Sekitar Bandar Johor Bahru

Jom Naik MyBas Di Sekitar Bandar Johor Bahru | Ini kali kedua aku menaiki mybas. Sejak ada kereta ni, jarang tau nak naik bas ke mana-mana.

Jadi, disebabkan aku ni asyik sibuk je urus rumahtangga, aku nak jugalah 'me time' bagi kurangkan tekanan di rumah. Eh tiber je. 

Dua bulan lepas, aku bawa Luth naik bus. Budak-budak ni seronok bila naik bus, lagilah kalau pusing bandar tengok tengok kenderaan lalu lalang. Lagilah, diorang seronok sampai mengigau malam hari. Luth lah tu, mengigau sebab seronok masa naik bus.

Kali ini, aku me time di JB sentral. Teringat dulu-dulu, masa balik naik keretapi dari KL. Mesti turun JB sentral dan ambil bas ke Kota Tinggi. Lepas tu, tak pernah dah datang situ. Ada juga 7 tahun macam tu, lama kan?

Jom Naik MyBas Di Sekitar Bandar Johor Bahru

Aku sebenarnya nak ke Bandar Selesa Jaya. Last route untuk bas T32 dari Jb Sentral. Seronok juga duduk dalam bus, tengok kederaan dan bangunan-bangunan. Memang betul! Surirumah mesti nak me time, tak kisahlah walaupun duduk satu tempat selain rumah tanpa buat apa-apa.

myBAS Johor



Me-time ni masa bersendiri untuk kebumikan segala emosi supaya lebih baik. Me-time ni tak semestinya kena keluar dengan duit yang banyak. Bagi aku, cukup masa untuk tenang seketika. Sebab tulah, aku ni gigih datang ke JB Sentral untuk me time dengan menaiki mybas.

Apa Itu MyBas Johor?

Perkhidmatan MYBAS adalah salah satu inisiatif dibawah program 'Stage Bus Service Transformation (SBST)' atau dalam bahasa Melayunya, 'Transformasi Perkhidmatan Bas Terhenti-Henti'

Untuk pengetahuan korang, myBAS Johor Bahru terdiri daripada 19 laluan yang dapat memberi perkhidmatan kepada kira-kira 6.4 juta penumpang setahun. Projek ini adalah hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan kerjasama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). 

myBAS Johor Bahru akan menyediakan perkhidmatan kepada 5 koridor di Johor termasuk Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah, dan Pontian. myBAS Johor Bahru bagi Fasa 1dan Fasa 2 telah bermula pada 31 Mac 2022. Dua lagi fasa akan dilancarkan sepenuhnya pada masa yang terdekat bagi memenuhi pemintaaan di kawasan lain sekitar Johor.

myBAS Johor


Sebanyak 128 bas akan digunakan
untuk projek ini yang terdiri daripada kenderaan diesel dan elektrik. Perkhidmatan bagi pelbagai laluan akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka akan dilancarkan sepenuhnya pada tahun ini.

Projek ini mampu mewujudkan pengangkutan awam yang mampan dan perkhidmatan yang lebih dipercayai dengan jadual perjalanan bas yang baik, pembayaran tanpa tunai, penggunaan bas elektrik berteknologi hijau dengan pelbagai kemudahan serta dapat memberikan pengalaman baik kepada penumpang ketika menaiki pengangkutan awam. 

myBAS Johor



Apa Itu Kad ManjaLink?

Kad ManjaLink ialah salah satu produk dari ManjaLink sebagai rakan kongsi rasmi Causeway Link bagi menyediakan perkhidmatan sistem pembayaran tanpa tunai

Kad ManjaLink juga boleh digunakan untuk semua bas rentas sempadan Causeway Link dan tersedia untuk semua laluan myBAS Johor Bahru dalam masa terdekat. 

Korang boleh dapatkan dan tambah nilai Kad ManjaLink di lokasi yang aku kongsikan di bawah ini ya:

myBAS Johor

myBAS Johor


#1 JB SENTRAL
Lokasi: JB Sentral Level 1, Jalan Jim Quee 80300 Johor Bahru Johor (In front of Bus Terminal Platform)
Waktu operasi: 5:00 AM - 9.30 PM 

#2 JB SENTRAL CIQ
Lokasi: Jalan Sultan Ibrahim (between Jalan Sawmill & Jalan Tun Abdul Razak), 80300 Johor Bahru, Johor Johor (Beside the Queuing Lane for Causeway Link)
Waktu operasi: 5:00 AM - 9.30 PM

#3 GELANG PATAH BUS AND TAXI TERMINAL
Lokasi: Jalan Sultan Ibrahim (between Jalan Sawmill & Jalan Tun Abdul Razak), 80300 Johor Bahru, Johor Johor (Inside the Bus Terminal)
Waktu operasi: 5:00 AM - 9.30 PM

#4 TF VALUE-MART NUSA BESTARI
Lokasi: 1, Jalan Bestari 7/2 Taman Nusa Bestari 81300 Skudai Johor (Inside the shopping complex) Waktu operasi: 10.30 AM - 9:00 PM

#5 CALTEX @ TAMAN DAYA

Lokasi: Jalan Nipah 2 Taman Daya 81110 Johor
Waktu operasi: 6:00 AM -11:30 PM

Korang jgn risau tau bab tertinggal bas ni! Sebabnya kekerapan perjalanan bas ni adalah pada setiap 40 minit. Confirm korang tak tertinggal bas. Tapi sebelum naik bas ni, korang beli sesiap terus kad ManjaLink untuk memudahkan perjalanan korang. 

Apa Itu Aplikasi Lugo?

Aplikasi LUGO ialah salah satu rakan kongsi ManjaLink dan Causeway Link. Maklumat mengenai myBAS Johor Bahru boleh didapati melalui aplikasi tersebut dan penumpang juga boleh menyemak maklumat berkaitan bas yang mereka perlukan. 

myBAS Johor

Penumpang boleh menyemak anggaran masa perjalanan, masa ketibaan dan tambang bas mengikut destinasi mereka.  Aplikasi ini tersedia di “Google play Store” dan “App Store” ya.

Ko download aplikasi LUGO kat playstore tu. Masuk dalam apps dan pilih 'Plan a Trip'. Masukkan lokasi bas yang kita naiki dan lokasi yang ingin dituju, route apa semua..Klik GO. Nanti keluar details perjalanan. Sangat mudah!

Apa yang best dengan myBAS Johor Bahru ni? 

Dah tentu ianya bersih dan selesa. Ada penghawa dingin. Loceng yang berbunyi kuat hanya kat tempat driver. Tidak terlalu bingit sampai ke belakang. Soft je.. Dalam bus pun ada cctv, tempat pemegang ketika berdiri dan tempat letak bagasi. 

Selain itu, myBAS memiliki simbol 'Emergency Exit' yang dilekatkan pada tingkap. Tempat duduk dalam keadaan teratur dan elok. Mesin untuk tap-tap kad ManjaLink dalam keadaan baik dan laju.

myBAS Johor 

Tak perlu tunggu lama. Kedudukannya di tempat driver dan di pintu bas bahagian tengah. Driver bas yang ramah dan cekap. Ada time keeper yang memastikan bas sampai tepat masanya.

Seronok tau naik bas. Bolehlah mata tu melilau tengok pemandangan luar. Zaman belajar dulu, memang aku suka naik bas. Kadang tu sampai terlelap dan terlepas tempat nak turun. Punyalah syok naik bas sampai tak ingat nak turun. 

Aku ajak mana mana yang ada anak tu, bawalah anak naik bas. Bagi mereka ini merasai pengalaman seronok naik bas. Naik bas ini bukan lapuk! Inilah salah satu inisiatif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Jom ler naik myBAS!

Untuk info lanjut, boleh layari:
https://www.causewaylink.com.my/routes-schedules/
FB: Causeway Link
Ig: Causewaylink
No telefon: 07 360 2244
Email: Feedback@causewaylink.com.my


#ombakbergigi #myBAS #CausewayLink #JohorTransport #BasJohor #myBASJohorBahru

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama