31 أغسطس 2022

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 65 Tahun

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 65 Tahun

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 65 Tahun | Merdeka! Merdeka! Merdeka! Hari ni 31 ogos, Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 65 tahun.

2 tahun sambut merdeka dalam rumah. Tahun ni hari merdeka semua tempat sambut dengan begitu meriah.

Beza setahun je dengan tahun lahir abah aku. Abah lahir setahun selepas Malaysia merdeka. Luth pun nyaris nak bersalin 31 ogos tapi dia pula tak nak keluar dari rahim masa tu. Hehehehe

Selamat hari merdeka


Korang plan ke mana hari ni? 

Aku malam tadi bawalah mak abah ke Bazar Karat lepas tu teruslah kami ke Dataran Johor. Fuhh kemain ramai orang. 

Aku dah agak dah mesti 10k orang yang datang. Penuh macam sambutan tahun baru. Cuma tak ada bunga api tau. Mungkin disebabkan sebelah dataran di Hospital. Jadi, kenalah kita ni prihatin juga.

Aku ni pula lupa yang biasanya orang JB akan main bunga api di area Medini. Tahun baru 2018, pusing dataran ramai yang menuju ke Medini. Sebab bunga api ada kt situ. 

Kalau tahu, bawa Luth ke Medini tengok bunga api!

Dalam bercuti ni, pastikan sop dijaga ye. Risau juga kes covid dan influenza merebak dengan cepat. Sama sama kita jaga kita.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 65 Tahun

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka, merdeka
Tetap merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia, negaraku merdeka

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka, merdeka
Tetap merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia, negaraku merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia, negaraku merdeka

Merdeka! 
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

29 أغسطس 2022

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap, Cepat Dan Mudah Disediakan

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap, Cepat Dan Mudah Disediakan

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap, Cepat Dan Mudah Disediakan |  Lama juga tak pekena nasi ayam penyet! Sambalnya yang dapat memikat selera. Kadang tu rasa nak beli je sambal ayam penyet, sedap jugak kalau cecah dengan ulam-ulaman. 


Mak pula suka hidangkan menu ni masa majlis kenduri kendara. Makanan yang mudah ni lagi cepat kita nak siapkan. Aku ingat lagi, bila aku cuba sambal ayam penyet yang orang jawa betul, nasib baik masa mengandung tak mengidam.

Aku kongsikan dengan korang semua resepi nasi ayam penyet yang sangat mudah dan simple. In syaa Allah pasti menjadi punya kalau korang cuba resepi di bawah ni. Nanti bolehlah menayang skill masak dengan mak mertua korang sekalian. 

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap, Cepat Dan Mudah Disediakan

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap


Jika ko suka, ko boleh cuba buat dengan menggunakan resepi ini di rumah kerana bila buat sendiri lebih puas hati makan sampai menambah-nambah kerana jumlahnya lebih banyak daripada yang dijual di kedai dan gerai.

Jomlah kita buat!

#1 Sambal Nasi Ayam Penyet

Bahan-bahan yang digunakan:

  • Bawang besar 1 labu
  • Bawang putih 3 ulas 
  • Lada merah 4 biji
  • Lada melaka hijau 20 biji
  • Tomato 3 biji 
  • Sedikit belacan (nak masukkan ikan bilis pun boleh)

Cara - cara untuk membuat sambal nasi ayam penyet resepi :


1) Bahan-bahan basuh bagi bersih dan gorengkan di dalam kuali sehingga layu.
2) Toskan bahan yang sudah digoreng lalu masukkan ke dalam blender. Nak tumbuk pun boleh, tumbuk sampai lumat sedikit.
3) Blender dengan sedikit sahaja air. Masukkan garam gula dan ajinomoto. Blender tu jangan sampai hancur ye, sedang-sedang sahaja.
4) Siap! Masukkan ke dalam bekas. 

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap

#2 Ayam Goreng Penyet

Bahan-bahan yang digunakan :

  • 1/2 kilo ayam yang sudah dibasuh bersih
  • 4 Sudu tepung gandum
  • 4 sudu tepung jagung
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk kari daging
  • Garam
  • Ajinomoto

Cara - cara untuk membuatnya :

1) Basuh ayam sehingga bersih.
2) Masukkan ayam ke dalam bekas dan masukkan 4 sudu tepung gandum, 4 sudu tepung jagung, sedikit serbuk kunyit, serbuk kari daging dan garam bersama ajinomoto.
3) Salut dan perapkan ayam dengan bahan diatas sehingga sebati. Lagi lama perap, lagi sedap.
4) Goreng dengan minyak dan api sederhana.
5) Siap dan bolehlah dihidangkan bersama tempe goreng, sambal nasi ayam penyet dan kacang panjang.

Akhir kata

Mudah sangat kan? Ko boleh je buat sup kosong dan makan bersama nasi ayam penyet ni tapi aku lagi suka makan tanpa sup. Aku nak nikmati sambal nasi ayam penyet dan ayam gorengnya. Perghhh meletop dalam mulut ni tau. 

Nasi ayam penyet ni tak perlu pun nak susah-susah dan cerewet. Cuma guna nasi putih sahaja. Ayam gorengnya pula tak susah kan? Bahan-bahan pun aku dah sediakan. Bolehlah cuba petang nanti untuk dijadikan hidangan berbuka.

Diharap perkongsian resepi nasi ayam penyet sedap dan sangat simple ini dapat membantu korang untuk sediakan masakan ini di rumah atau di mana sahaja anda berada, semoga dipermudahkan urusan dan semoga bermanfaat. 

Selamat mencuba!







27 أغسطس 2022

LEGOLAND® Malaysia Resort Kicks Off Awesome Month-along 10th Anniversary Celebration

LEGOLAND® Malaysia Resort Kicks Off Awesome Month-along 10th Anniversary Celebration

LEGOLAND® Malaysia Resort Kicks Off Awesome Month-along 10th Anniversary Celebration. During the month of September, guest and annual pass holders will fine LEGOLAND® Malaysia buzzing with new activities and shows. 

LEGOLAND® Malaysia

LEGOLAND® Malaysia

Throughout the month, guest will be welcomed by a 12-foot tall LEGO Anniversary Cake made of more than 90,000 LEGO DUPLO bricks. The life-sized LEGO Cake was designed with a touch of Malaysian flair, featuring a LEGO Hornbill, Wau, and Hibiscus flower, making it the perfect photo backdrop for guests and their families.

Untill 25 September, families will find new ways to enjoy their time at LEGOLAND® Malaysia Resort including;

LEGOLAND® Malaysia

10th Birthday Lucky Draw 

Stand a chance to win prizes worth up to RM50,000 in the Lucky Wheel. Prizes include LEGOLAND Hotel Stays, Day tickets, Annual Passes, LEGO Sets and exclusive LEGOLAND merchandise. Guest need to spend a minimum spend of RM99 at any Legoland Malaysia retail store. Draws are hosted every Friday to Sunday and on Publics Holiday


LEGOLAND® Malaysia


 

Build Your New Very Own LEGO DOTS mosaic 

Set your inner creativity free and create bold and colourful mosaic using LEGO DOTS. Your masterpiece will be featured in our LEGO DOTS booth for other guests to admire.

Best Birthday Live Shows Ever 

Think about every show you've ever wanted at your birthday party, like Bubble Shows, Magician's extravaganza, Profesional Balloon Sculptors, and Dance perfomances. LEGOLAND® Malaysia will bring all of them to life at the resort, so don't miss your favourite show.

LEGOLAND® Malaysia


Birthday Weekend Special Dance aparty (15th - 18th Sept)
 

For the entire birthday weekend, guest are invited to join LEGOLAND® Malaysia non-stop one-hour dance party just before the closes. Guests can party with their favourite charactors, participate in a magic show, and dance untill the sun sets.

Go Home With Amazing Prizes 

Guests who complete all the Birthday activities can go home with a special LEGOLAND® Exclusive Prize. all guests have to do is ;

  • Learn how to sculpt all the balloons at the Balloon Sculpting Workshop. Bring home your best work
  • Score as many points as you can at the Slum Dunk Fun 
  • Snap a picture of your best pose with the giant LEGO Dots photo frame at the DOTS Photobooth
  • Join in on the Cupcake Hunt, find all the hidden cupcakes at the Beginning Area

LEGOLAND® Malaysia

Legoland Exclusive Deals

  • Children aged 11 and below can enter Legoland Malaysia for FREE on their Birthday Week with the purchase of a 1-Day Double Park or 1-Day Triple Park Adult ticket. Birthday Guest under the age of 11 will also receive a suprise, button badge and RM20 retail voucher.
  • Children aged 11 and below with a valid Triple Park Annual Pass can bring their FRIEND/FAMILY for free on their Birthday Week (limited to ONE Double or Triple Park CHILD ticket only)
  • Annual Passholders will get an additional 10% off on F&B purchases from 15th-30th September 2022
  • Get exclusive Gift with Purchase - the 30582 LEGO Birthday Bear for FREE with purchase of any regular priced LEGO Playsets worth RM199 and above at Legoland Malaysia's Retail stores
LEGOLAND® Malaysia


For more picture and video during the celebration, you can go and klik website LEGOLAND HERE and for more information about the activities, follow facebook and instagram or website LEGOLAND® Malaysia Resort.



Psss: Mak kita menang Lucky Draw semalam, seronok dia siap bergambar dengan Rhys William lagi..



25 أغسطس 2022

Toppen Lancarkan Pusat Kitar Semula Dan Beli-Balik (RBCC) Di Selatan Malaysia

Toppen Lancarkan Pusat Kitar Semula Dan Beli-Balik (RBCC) Di Selatan Malaysia

Toppen Lancarkan Pusat Kitar Semula Dan Beli-Balik (RBCC) Di Selatan Malaysia | Pusat beli-belah Toppen telah melancarkan inisiatif terbarunya semalam. Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) yang pertama di Selatan Malaysia. 

Program ini bertujuan untuk menjadikan kitar semula lebih mudah diakses oleh rakyat Johor dan memberikan aspirasi kepada gaya hidup dan persekitaran yang lebih sihat. Program ini adalah untuk menggalakkan rakyat di negeri Johor khususnya, memupuk budaya kitar semula yang lebih kukuh dengan menyediakan ruang yang mudah dan boleh diakses untuk membuang barangan kitar semula. 

Pusat ini terletak di Pintu Masuk Hijau, Aras P2 Pusat Beli Belah Toppen. Lokasi strategik ini akan memudahkan pengunjung dan penyewa kedai untuk mengakses ke pusat dengan barangan kitar semula mereka.

Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) ini menerima pelbagai barangan yang boleh dikitar semula termasuk tin aluminium, kotak, kertas, plastik, tekstil, alat elektronik dan kaca. Itu yang menarik perhatian aku semalam, rupanya ada juga tempat untuk aku kitar semula baju lama aku. Puas juga aku mencari tempat yang seperti ini di Johor, tapi gagal di kesan.

Setiap barangan yang dihantar ke pusat ini akan ditukarkan kepada wang ringgit berdasarkan berat minima sekurang-kurangnya 1 kilogram bergantung pada kategori dan jenis barangan. 

Jadual Beli Balik Bahan Kitar Semula: 

Kewujudan pusat ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan kitar semula bagi para pengguna di mana mereka boleh terus menghantar barang-barang kitar semula ke pusat ini. Petugas-petugas di pusat ini akan menimbang barangan tersebut dan seterusnya melakukan pembayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan. 

Selain itu, stesen layan diri turut disediakan di mana barangan yang tidak boleh dikitar semula akan dilupuskan manakala barangan yang boleh dikitar semula akan diasingkan oleh petugas mengikut kumpulan masing-masing.

Pelancaran Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) ini  adalah salah satu usaha untuk mengukuhkan komitmen kami dengan memberikan impak yang positif terhadap manusia dan planet, sekaligus menggalakkan kesemua rakyat Malaysia untuk turut menyertai kami. 

Pusat beli-belah Toppen adalah yang pertama di Malaysia menerima anugerah Pensijilan Kepimpinan Platinum dalam Tenaga dan Reka Bentuk Alam Sekitar baru-baru ini.  

Dalam pada itu, Toppen juga telah dibangunkan dengan penumpuan kepada tenaga boleh dibaharui dengan penggunaan panel PV solar yang dipasang berserta sistem penuaian air hujan bagi mengurangkan penggunaan air yang boleh diminum. 

Dengan kerjasama bersama badan bukan kerajaan ini, Toppen sedang dalam perancangan bagi menjalankan aktiviti di masa akan datang seperti gotong-royong dan pertandingan antara sekolah melibatkan kanak-kanak secara aktif di sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru. 

Ini bagi memastikan visi dan misi menyemai tabiat kitar semula melalui pendidikan mampu dipupuk di kalangan generasi muda di awal usia.

Untuk lihat gambar sekitar majlis perlancaran semalam, korang boleh facebook pages Blog Ombak Bergigi ya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) di: https://toppen.my atau laman Facebook https://www.facebook.com/ToppenMY

23 أغسطس 2022

7 Cara Memikat Hati Wanita Yang Paling Berkesan

7 Cara Memikat Hati Wanita Yang Paling Berkesan

Bismillah.
Assalammualaikum.

7 Cara Memikat Hati Wanita Yang Paling Berkesan | Siapa kat sini tengah cari cara memikat hati wanita? Wanita ni bukan senang nak pikat terutama yang jenis jual mahal tu. Kadang tu sampai buntu nak pikat hati wanita. Sebenarnya tak salah kalau lelaki nak pikat hati wanita. Wanita ni ada masanya dia akan lembut, ada masanya dia akan keras.

Baca ini juga : 5 Cara Memikat Hati Lelaki Yang Paling Berkesan

Sempena dengan Hari Wanita yang di sambut pada hari ini iaitu 8 March, aku nak kongsikan 7 cara memikat hari wanita yang paling berkesan. Aku ambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia.

Wanita samaada ibu, isteri, guru, kakak, atau sebagainya perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan dan peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.


7 Cara Memikat Hati Wanita Yang Paling Berkesan



7 Cara Memikat Hati Wanita 


Di bawah ini aku kongsikan 5 cara memikat hati wanita yang paling berkesan. Jom kita semak satu persatu.


#1 Jaga penampilan

Sebagai wanita, ini adalah perkara penting yang paling aku cerewet. Perempuan mana nak lelaki yang selekeh? Selekeh di sini bermaksud, lelaki yang jenis tak jaga penampilan langsung. Bagi aku, tak hensem tak apa, janji penampilan kemas dan bersih. Kalau first time jumpa, pakaian tak kemas langsung. Kau rasa ada tak pertemuan kedua? Aku sendiri pun tak bagi peluang kedua untuk lelaki yang langsung tak jaga penampilan waktu pertemuan pertama. Itu akulah, aku tak pasti perempuan lain. Jaga penampilan itu penting!


#2 Jadilah diri sendiri

Selain jaga penampilan diri, cubalah untuk menjadi diri sendiri. Kalau waktu dating, korang tak ada kereta atau pengangkutan sendiri, cubalah terus terang dan tak perlu pun untuk menyusahkan diri sendiri. Kalau tak pandai melawak, tak perlu melawak. Perempuan ni sekali imbas dia tahu lelaki tu jadi diri sendiri atau pun tak. Trust me!


#3 Pendengar yang baik

Aku rasa ini juga merupakan salah satu cara memikat hati wanita yang paling berkesan. Jika korang tak mampu untuk memberi nasihat, apa salahnya jika korang jadi pendengar yang baik. Perempuan ni nalurinya suka berkongsi walaupun sekecil informasi. Sekiranya, dia berkongsi atau meluahkan sesuatu, cubalah jadi pendengar yang baik dan sesekali berilah respons. Pasti dia akan teruja!


#4 Jangan kedekut

Perempuan mana yang suka akan lelaki kedekut? Aku sendiri pun paling tak berkenan dengan lelaki kedekut. Tapi semestinya korang ni perlu habiskan duit untuk perempuan. Setiap kali dating, asyik perempuan je yang bayar. Apa salahnya sesekali belikan hadiah untuk terutama pada hari jadinya.


#5 Jangan suka kontrol

Lelaki pun tak suka dikontrol, begitu juga wanita. Selagi belum ada ikatan yang sah, aku rasa tak perlu untuk kontrol wanita itu. Bagi mereka kebebasan dan sedikit ruang untuk mereka bebas. Sayang tak semestinya perlu kontrol kehidupan wanita itu.   


#6 Hala tuju masa depan

Bila sudah mengenali hati masing masing untuk satu tempoh, sudah pastinya wanita ini akan tertanya-tanya akan masa depan kamu berdua. Seorang lelaki yang bekerja dan komited adalah salah satu cara memikat hati wanita yang paling berkesan. Bagi mereka, lelaki seperti itu mampu memberikan keselesaan dan juga kestabilan untuk jangka masa yang panjang.


#7 Tunjukkan rasa hormat dan bersikap sopan

Bersikap sopan adalah salah satu cara jika ingin  memikat hati wanita pujaanmu. Wanita baik-baik pasti tidak suka lelaki yang tidak hormat dan kurang sopan kepadanya. Jika korang kena bersikap sopan dengannya, maka dia pun akan menunjukkan rasa hormat dan segan kepadamu. Oleh karena itu, jagalah sikap korang di hadapannya.


Kesimpulan


Wanita adalah makhluk misteri, apabila didekati dia menjauhi. Saat si lelaki menyatakan cinta, dengan ‘selambe’ sahaja dia meminta untuk sekadar berkawan sahaja. Pedih kan? Jadi, cubalah belajar untuk memikat hati wanita dulu sebelum menyatakan cinta.

Wanita hanya mahukan keselesaan dan keselamatan ketika bersama lelaki. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada lelaki di luar sana. 











Ini Kenapa Pentingnya Buku Pink Ibu Mengandung.

Ini Kenapa Pentingnya Buku Pink Ibu Mengandung.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini Kenapa Pentingnya Buku Pink Ibu Mengandung. | Hari tu masa awal-awal aku buka buku pink, memang agak dugaan sedikit. Aku tak serumah dengan suami disebabkan kerja kami berdua ni, aku menetap di rumah abang kandung di dalam kem tentera. 

Semasa datang ke klinik tentera, nurse bagitahu selain isteri, anak dan ibu bapa kepada tentera, kena daftar luar dari kem tentera. Bila hadirkan diri di klinik keramat KL, klinik tersebut kata, mereka tak tempat yang aku stay, begitu juga dengan klinik kesihatan KL.

Aku bincang dengan suami, nak cuba buka buku pink di port dickson dengan menggunakan alamat hostel suami. Alhamdullilah, boleh juga buka buku pink. Suka atau tak terpaksalah aku ni berulang-alik setiap kali nak check up, rasanya ada dalam 4 kali check up. 

Semasa aku buka buku pink, kandungan dah mencecah 12 minggu. Nurse kata, lagi elok datang sewaktu usia kandungan 10 minggu dan tak boleh lebih daripada 13 minggu. Tapi depends pada klinik kesihatan juga, ada yang 9 minggu dah buka buku pink, ada yang 13 minggu baru nak buka. 

Jadi, ko kena make sure yang ko betul-betul pregnant dan sudah check dengan test mengandung. Nak lagi mudah, ko kena tahu cara kira kitaran haid ko sendiri. 


Bila Nak Waktu Sesuai Nak Buat Buku Pink?

Selalunya klinik kesihatan akan suggest buka buku pink antara 8-12 minggu usia kandungan. Cadangan aku, once UPT positive dalam 5-6 minggu kandungan, boleh scan dulu untuk pastikan kondisi kandungan sebab makin banyak kandungan luar rahim yang datang hospital dah pecah sebab tak detect awal. Kalau klinik kesihatan terlalu ramai patients, boleh je scan di klinik swasta bagi mereka yang mampu.

Sebenarnya, Penting ke Buku Pink Ibu Mengandung?

Ye, bukan pink ni sangat penting untuk ibu hamil. So nanti bila ko mengandung untuk kali kedua, ko mesti dan wajib simpan buku pink yang pertama ni. Sebabnya nanti susah nak detect ko masalah apa ketika mengandung yang kali pertama tu. 

1. Profile dan masalah kesihatan ibu mengandung.

Sebenarnya, buku pink ni ada profile dan masalah kesihatan ibu mengandung, siap dengan sejarah penyakit keluarga si ibu. Dari situ kita boleh screen siapa yang berisiko untuk dapat kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. 

2. Ada sejarah rekod kelahiran terdahulu.

Dalam buku pink juga kita akan rekod sejarah kelahiran terdahulu. Pernah keguguran atau tak? Pernah cser? Berapa kali? Ni kandungan ke berapa? Anak semua berapa kilo berat? Ada komplikasi sepanjang mengandung/ketika bersalin? 

Contoh, macam anak ko tak gerak ketika mengandung. Dalam buku pink ni, memang dah siap lengkap dengan carta pergerakan janin. Janin tak gerak dan menyebabkan kematian pun, buku pink mesti kena catat oleh nurse supaya jadi sejarah rekod mengandung ko yang dulu tu. Sebab tu pentingnya buku pink ni.

3. Boleh detect Hemoglobin darah

Macam aku sendiri, sebelum kahwin memang ada masalah dengan darah rendah. Itu yang masa mengandung kena makan ubat iberet folic 500, ubat ni ubat tambah darah. 

Bila buka buku pink, memang kita akan ambil darah untuk cek sama ada kita ada masalah darah rendah atau tinggi. Dari situ kita boleh detect adakah ibu kekurangan Hemoglobin, atau ada jangkitan penyakit yang boleh bahayakan bayi dalam kandungan.


4. Pemeriksaan melalui buku pink

Pergilah mana-mana klinik dan hospital kerajaan, kalau tak bawa buku pink mesti kena marah. Doktor dan juga nurse akan membuat pemeriksaan ibu melalui buku pink. Ada ibu mengandung yang sebelum ni mengandung tak ada apa-apa sakit. Tapi lepas doktor periksa rupanya thyroid bengkak, ada ketulan payudara, ada jantung bocor dan sebagainya.

5. Diawal buka buku pink, nurse akan buat scan :

  • ada berapa kanting/baby? 1,2,3,4? Kalau lebih dari satu, berapa kantung uri?
  • pastikan kedudukan/posisi kandungan (adakah dalam atau luar rahim?)
  • ukur saiz janin & tentukan tarikh due date (adakah tally tarikh due date based on persiod vs scan)
  • nampak jantung baby tak? atau tak ada hearbeat?
  • detect ada tak sebarang abnormality seperti cyst, fibroid dan sebgainya yang boleh mengganggu/menjejaskan kandungan

6. Nurse akan dokumenkan progress

Di dalam nuku pink juga, nurse akan dokumenkan progress kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan secara berkala. Kiranya ada masalah atau tak sepanjang check up. Ada yang mula-mula ok tapi bila masuk trimester kedau atau ketiga mula dapat Hb rendah, kencing manis, bayi kecil, pertumbuhan bayi terbantut dan sebagainya.

7. Rekod hari pertama period

Jangan lupa ye sentiasa rekodkan tarikh hari pertama period terakhir untuk memudahkan kiraan minggu kehaliman dan due date kandungan. Nanti masa buka buku pink nurse akan tanya dan jangan curi tarikh. 

Kesimpulannya

Ini hanya sebahagian dari kegunaan dan kepnetingan buku pink ibu mengandung. Kiranya ibarat seperti kad pengenalan (IC) yang perlu ibu mengandung bawa kemana-mana sahaja, in case apa-apa kecemasan berlaku, macam ko dah tahu tanda bersalin tu, buku pink ni akan jadi rujukan penting nurse dan doktor. Jangan main-main tau. 

Contoh kes yang berlaku kepada ibu muda. Ibu muda ni datang untuk membuat buku pink tapi tak ingat tarikh last period. Bila scan kandungan, average ukuran kandungan dah 32 minggu lingkungan 8 bulan. Tapi tak pernah scan langsung dan tak ambil sebarang vitamin sepanjang kehamilan dan lagi syoknya lupa tarikh last period. 

Sebab tu, aku mesti dan wajib download app period tracker. Aku jenis period tak tetap dan mudah terlupa bila last tarikh period. Semenjak guna, apps period tracker dari situ daku tahu bahaya juga bila lambat period sebelum kahwin.





Bayangkanlah kalau kandungan ibu muda tadi sebenarnya 36 minggu tapi saiz bayi 32 minggu. Bayi ibu muda ni mungkin kecil dari usia tau mungkin juga ada masalah pertumbuhan terbantut. Itulah disebabkan kita tak tahu usia kandungan sebenar, tarikh due date pun boleh lari. Bila due date dah lari, inilah punca kadar kelahiran stillbirth (lahir mati) meningkat secara mendadak.

Elak selagi kita boleh elak, sebab ianya melibatkan nyawa. Jangan sesekali melengah-lengah untuk membuka buku pink. Sebenarnya, aku tiada niat untuk menakutkan atau menyalahkan mana-mana pihak. Cuma aku nak bagi kesedaran untuk ibu ayah yang mungkin belum faham pentingnya rekod kesihatan ibu mengandung atau buku pink ni.

Sumber : FB Dr Hana


20 أغسطس 2022

Tasneem Marketplace 5 Jenama Bergabung Bantu Jana Pendapatan

Tasneem Marketplace 5 Jenama Bergabung Bantu Jana Pendapatan

Tasneem Marketplace 5 Jenama Bergabung Bantu Jana Pendapatan | Mesti ibu ibu dah pernah dengar dan guna produk Tasneem kan? Aku sendiri pun pengguna tegar produk Tasneem ni.

Tasneem Marketplace

Bila sebut je Tasneem, mesti dalam kepala ni akan terbayangkan balm bayi dan kanak-kanak. Sehinggalah sekarang, anak aku masih lagi menggunakan balm Tasneem dan takkan pernah ganti pada yang lain. 

Tambahan pula, kita sendiri pun ralit dok guna balm anak ni. Yelah, dah serasi dengan badan. Mahunya kita taknak tukar. Hehehehe

Memandangkan sekarang ni surirumah pun dah pandai mencari duit kocek sendiri, jadi pernah tak ibu ibu dengar tentang Tasneem Marketplace yang bergabung dengan 5 jenama hebat bagi membantu golongan sederhana untuk menjana pendapatan? Jika tidak pernah dengar, meh aku ceritakan.

Tasneem Marketplace

Baru-baru ini Tasneem bersama Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan juga Eyyon mengumumkan usahasama mereka di dalam sebuah platform baharu yang dikenali sebagai Tasneem Marketplace.

Usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.

Tasneem Marketplace

Tasneem Marketplace

Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma

Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.

Tasneem Marketplace

Tasneem Marketplace

Tasneem Marketplace

Jangan sia-siakan peluang yang sudah ada di depan mata. Sama-sama kita menjana pendapatan bersama Tasneem Marketplace. Semoga maju jaya!

Usah berlengah lagi, jika anda berminat untuk sertai jemaah TMP.

Sila ke sesi preview, klik link telegram ini ya https://t.me/+WAWjyDQCeT0xMTA1

Laman web rasmi: www.tasneemmarketplace.com

Facebook: https://www.facebook.com/tasneemmarketplace








17 أغسطس 2022

6 Langkah Mudah Susun Barang Di Dalam Almari

6 Langkah Mudah Susun Barang Di Dalam Almari


6 Langkah Mudah Susun Barang Di Dalam Almari | Bila barang berselerak, confirm diri kita ni rasa rimas dan berserabut apabila melihatnya. Aku seperti itulah, mudah stress kalau barang-barang bersepah apatah lagi di dalam almari. 


Pernah sekali tu, terlalu malas, aku campakkan je semua baju dalam almari tapi bila sampai tahap almari tu dah penuh, sekali je buka, berderai macam tanah runtuh. 

Akhirnya, aku juga yang menyesal sebab banyak sangat nak dikemasnya. Itu baru baju dalam almari, tapi ko jangan pula buat campak campak je kat dapur. Lagi berserabut nanti.

Aku percaya korang pun ada je yang mengalami masalah ni, betul tak? Tak manis bagi seorang perempuan kalau tak reti mengemas. Malu wei kalau mak mertua datang rumah, tengok kerenah menantu yang tak reti serba serbi. 

Jangan manjakan diri. Nanti dah anak, lagi stress kalau tak belajar mengemas daripada sekarang. 


Di buatnya, mak mertua check pula bahagian dapur, ha lagilah stress betul tak? Sebab tu bila dah jadi isteri ni, dah tak ada dah konsep nak bermalasan lagi. 

Kita pun tak nak nanti bila mak mertua datang rumah, dia tengok sekeliling jadi tak manis pula kan. 

Apa salahnya ambil peluang untuk belajar langkah mudah susun barang di dalam almari. Mana tahu nanti dah boleh buat sendiri cara susun barang dalam kabinet dapur pula. 
 

6 Langkah Mudah Susun Barang Di Dalam Almari


Kali ni, aku nak kongsikan cara mudah susun barang di dalam almari. Jom ikuti langkah-langkah di bawah dengan teratur.


1. Tambah cangkuk/bakul

Aku suka simpan baju baju di dalam bakul, lipat elok-elok dan susun dalam bakul. Sekarang ni, dah tak ada kata bakul mahal. Bakul kedai Eco RM2 tu, macam-macam benda ada, yang tak adanya adalah duit dipoket. 

Nak buat diy troli barang pun dah ada toturial dah. Gunakan kreativiti korang untuk mengolah bakul-bakul tu contoh, cangkuk : korang boleh gantung baju yang dah pakai tapi tak kotor dan boleh pakai sekali lagi dan untuk bakul, korang  simpanlah scarf, gloves, spender or anything. 

Mudahkan nak susun barang di almari? 


2. Tak pakai dah? Jual preloved/derma

Remember this golden rule : Kalau dah setahun tak pakai, tolonglah jual atau pun derma. Bukan senang nak buat, aku admit it tapi kalau nak lebih ruang dalam almari, hati memang kena keras. 

Barang apa yang boleh di jual, juallah. Jika mahu pahala, maka dermalah pada insan yang memerlukan. Ini tak baju yang 10 tahun dulu pun masih simpan, padahal dah tak muat nak pakai. 

Nak simpan untuk kenangan pun tak guna. Kenangan tu simpan je dalam hati dan otak. 




3. Simpan pakaian yang nak dipakai

Janganlah korang ni simpan segala tok nenek dalam almari. There are better places for that, under your bed or in the store for example. Almari pakaian mestilah up to date. 

Tak guna simpan baju raya waktu pinggang masih macam kerengga. Ada orang memang dia sayang barang-barang dia sampailah dia sendiri pun tak tahu dimana dia simpan barang tu. 

Jadi, buat apa untuk menyimpannya? Less is more. Barang yang banyak tu lah kadang buat kita lagi malas nak mengemas. 

4. Gunakan ruang secara vertical.

Manfaatkan ruang yang ada di dalam almari dengan susunan vertical. Di belakang pintu contohnya. Korang boleh beli penyangkut baju dan letak di belakang pintu. 

Bolehlah sidai tulang, sangkut baju-baju yang nak digunakan keesokkan harinya. Sama juga macam dalam almari, ada ruang je letak bakul bakul secara vertical, bagi memperbanyakkan ruang penyimpanan barang. 




5. Pastikan setiap item ada tempat khas.

Kalau ruang tu khas untuk baju dalam, janganlah dok letak tudung ke stokin ke, janganlah simpan di tempat yang sama. This will create less confusion. 

Skaf ha susunlah ikut warna. Kalau ada 300 skaf? Ha pandai pandailah susun. Korang boleh juga beli file yang ada zip tu untuk simpan telekung, alas tilam, alas bantal. 

Kiranya setiap barang mesti ada rumah dia. Kalau dah keluarkan barang tu, kena letak balik dalam rumah dia. Ajar diri untuk tetap displin.

Kesimpulan

Sebenarnya tak susah mana pun nak susun barang sendiri di dalam almari. Ikut kreativiti dan kekemasan seseorang tapi apa apa pun ikut atas kerajinan atau kemalasan seseorang. 

Kalau malas, memang beranak pinaklah baju tu dalam almari, sekali buka ha habis jatuh semua baju baju. Tak salahnya, olah balik barang-barang yang ada dalam almari tu.

Korang jangan risau, sekarang dah bersepah tips dan idea kemas barang, malah dah jadi trend tau. Orang kata deko-deko rumah. 

Banyak dah orang kongsikan deko rumah, deko almari, cuba variasikan kreativiti kita. Almari yang kemas, takkan buat mata kita sakit ketika melihatnya. Jadi, jom ubah!







14 أغسطس 2022

Himpunan Resepi Apam, Rupanya Senang Je Nak Buat.

Himpunan Resepi Apam, Rupanya Senang Je Nak Buat.

Assalammualaikum.
Bismillah.

Himpunan Resepi Apam, Rupanya Senang Je Nak Buat. | Baru baru ni ada jugaklah buat apam dengan mak, tapi tak ingat pulak apam apa. Apam ni kena makan dengan kelapa, baru sedap. Mak nak cuba juga buat apam gula hangus tapi manjang je mak lupa nak buat.

Hari ni, anak mak ni ha, buat entri himpunan resepi apam, nanti ada waktu senang baru kita buat. Apam ni sesuai makan bila bila masa je, bahan nak buat pun senang. Jadi apa kata korang cuba resepi apam di bawah ni. 

Selamat mencuba!



#1 Resepi Apam Pisang Bambam


Bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk soda bikarbonat (bahan2 A diayak dlu)
  • 1 sdk baking powder

Bahan B

  • 3 biji telor (gred c)
  • 1 cawan pisang
  • 1 cawan gula (saya letak 3/4 cawan jer)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 penutup esen vanila
  • 2 titik cuka msakan (untuk dapatkan bintik2 hitam)
  • kicap pekat untuk dapatkan kaler gelap ckit
  • garam secubit

Cara - cara untuk membuatnya. 

1) Bahan B di blend terlebih dahulu, kecuali pisang.
2) Masukkan yang last lepas diblend bahan-bahan tadi. 
3) Kemudian sediakan bekas,msukkan tepung yg da diayak tadi.
4) Masukkan bahan blend, perap 30 minit.
5) Bole panaskan kukus dan kukus 15 minit.





#2 Resepi Apam Susu Sukatan Cawan


Bahan untuk buat apam susu :

  • Empat biji telur ayam
  • Satu sudu teh esen vanila
  • Satu sudu besar ovalet
  • Empat sudu besar susu pekat
  • Dua cawan tepung gandum
  • Satu cawan gula
  • Pewarna

Cara Membuat Apam Susu :

1) Pukul telur, vanila, ovalet, gula sampai kembang gebu dan putih.
2) Masuk susu pekat dan kembali pukul.
3) Masuk tepung dan kacau sampai sebati.
4) Kalau nak warnakan bahagi kan kepada beberapa bhagian Warnakn sesuka hati mengikut citarasa anda.
5) Akhir sekali, kukus kek apam susu anda selama empat puluh lima minit atau sampai masak.




#3 Resepi Apam Bunga/Apam Mekar


Bahan bahan yang diperlukan : 

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu besar ovalette
  • 3 biji telur
  • 1 cwn gula kastor
  • 3 sudu besar susu manis + 1 cwn air ( kacau sebati)
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara - cara untuk membuatnya :

1) Mesin gula dgn ovalette hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu.
3) Selang seli masukkan air susu dan tpg gandum.
4) Masuk esen vanila. Bahagikan & letak pewarna.
5) Sapu bekas apam dgn minyak masak. Tuang adunan hingga penuh bekas.
6) Kukus dgn api kuat selama 20 minit.



#4 Resepi Apam Lenggang


Bahan-bahan yang diperlukan : 

Bahan A

  • 2 cawan tepung beras 
  • 1-2 sudu makan yis kering
  • 3 sb gula
  • Sedikit garam
  • 3/4 cawan air suam
Bahan B
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan santan pekat

Satukan dan kacau ttup bia 30 mnt

1) Satukan bahan A, kacau dan tutup sehingga 30 minit.
2) Bukak penutup bahan A dan masukkan 1 biji telur
3) 1/2 cawan santan pekat kalau tak ade pakai je susu segar kacau rata adunan
4) Panaskan kuali letak minyak sket atas tisu dan sapukan pada kuali non stick lg bagus
5) Tuang 1 senduk dan lenggangkan kuali korang tu, sebab tu namanye apam lenggang.
6) Tutup pakai penutup periuk sekejap 3 minit.
7) Angkat dan gulung, dan dah siap! Boleh ler cicah dengan sambal ikan bilis. 



#5 Resepi Apam Serabai


Bahan-bahan yang diperlukan : 

  • 2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn nasi
  • 1/2 cwn santan
  • 1 sdk garam
  • 2 sdk gula
  • 1 stgh sudu kecik yis segera
  • 1 1/2 cwn air

Cara - cara untuk membuatnya : 

1) Kisar nasi bersama santan sampai nasi hancur.
2) Masukkan garam, gula, tepung beras dan air kemudian kisar sebati.
3) Masukkan yis segera kemudian gaul dan perapkan beberapa jam.Panaskan acuan serabai, ambil sehelai daun pandan dan diikat kemudian celup ke dlm minyak masak dan sapu sedikit di permukaan acuan.
4) Biar sehingga acuan panas baru dituang sesenduk adunan kemudian ditutup dgn tudung periuk.
5) Biarkan sehingga berlubang-lubang dan sehingga masak, bolehlah di angkat dan dihidangkan sama ada dgn kuah durian mahupun kuah sekaya.


Kuah sekaya

Bahan bahan yang diperlukan :

  • Gula pasir 1cawan stgh (nak manis bole lebihkan)
  • Gula merah 2cawan
  • Telur 4 atau 5biji (kocok pastu tapis
  • Santan
  • Garam sikit
  • Tepung beras (utk pekat kuah)
  • Daun pandan

Cara masak :

1) Masak gula pasir dan gula merah bagi cair.
2) Tapis tuang dlm periuk lain masak sekali letak daun padan,santan ,telur, tepung beras yg dah bancuh.
3) Kacau atas api pelahan sampai likat.



#6 Resepi Apam Solo


Bahan-bahan yang diperlukan : 

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 1/4 cawan minyak
  • 1 paket yis mauripan
  • Secubit garam
  • 2 1/2 cawan air
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara untuk membuatnya : 

1) Kecuali pewarna.. Campurkan kesemua bahan2 diatas.. Kacau rata/sebati 
2) Perap adunan dlm bekas bertutup 1/2 jam atau sehingga naik
3) Panaskan kukusan terlebih dahulu hingga mendidih. Acuan sapu minyak. Susun acuan dlm pengukus
4) Adunan perap yg dah naik tadi dikacau rata
5) Tuang sesudu adunan apam dlm acuan tadi. Masukkan inti kelapa (buat bulat2 dulu inti kelapa). Tutup inti dgn adunan tadi. Jangan tuang penuh acuan ye
6) Lebihan adunan bahagikan sikit2. warnakan dgn warna pilihan. Guna sudu kecil ambil sedikit adunan letak atas apam tadi, buat dgn cepat ye sebab adunan apam naik cepat. Boleh lorekkan guna lidi
6) Kukus selama 15 minit. Api sedehana besar

P/s: **Utk adunan warna boleh juga masukkan dlm plastik kecil.. Paipkan atas apam.. Kemudian lorek dgn lidi **Adunan dia sedikit pekat/kental.. Tak pe.. Jangan tambah air



#7 Resepi Apam Balik Sedap & Gebu


Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan tabur:

  • Kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
  • Jagung manis dalam tin
  • Gula halus
  • Marjerin

Cara-cara :

1) Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. 
2) Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
3) Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
4) Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
5) Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.


Selamat mencuba!


  

12 أغسطس 2022

Cara Ukur Saiz Bra Yang Tepat Dan Betul

Cara Ukur Saiz Bra Yang Tepat Dan Betul

Cara Ukur Saiz Bra Yang Tepat Dan Betul | Bila dah salah beli bra, itu yang menyebabkan sakit bahu dan belakang. Sebaiknya, belajar dulu cara ukur saiz bra yang betul sebelum nak membeli. Bila sakit belakang dan bahu, semua ini mungkin berlaku disebabkan pemakaian bra yang salah! 

Sebab itulah, semua wanita perlu tahu cara ukur bra yang betul. Ada banyak cara ukur saiz bra, salah satunya adalah menggunakan pita ukur. Tidak ada pita ukur di rumah? Tiada masalah! Korang boleh minta bantuan jurujual yang bertugas untuk mengukur saiz bra korang. 

Tetapi, penting ke ukur saiz baju dalam? 


Lagipun, korang dah tahu saiz bra sendiri! Untuk pengetahuan semua, pemakaian baju dalam yang terlalu ketat atau longgar akan membuatkan kita rasa tidak selesa. Bukan itu sahaja, postur badan juga nampak tidak menarik jika anda memakai bra dengan saiz yang salah.

Perlu ke saya tahu cara ukur bra sendiri? Jika ya, berapa kali saya perlu ukur?

Sebenarnya, korang perlu ukur saiz bra sekali setiap 6 bulan! 

Malah, setiap kali korang ingin membeli bra baharu, cuba dapatkan ukuran yang tepat terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pembayaran. 

Kadangkala, badan kita mengalami kenaikan dan penurunan berat badan tanpa disedari, lebih-lebih lagi jika korang berdiet atau sedang hamil. Sebab itulah, korang perlu tahu cara ukur bra dengan betul. 

Menurut sebuah kaji selidik, hampir 90% wanita di United Kingdom sebenarnya memakai bra yang salah. 

Jadi, jangan sesekali pandang rendah mengenai saiz baju dalam. Bra yang salah saiz bukan sahaja boleh mendatangkan sakit badan dan ketidakselesaan, bahkan ia juga boleh menyebabkan wanita rasa rendah diri disebabkan postur badan yang tidak menarik. 

Tetapi, bagaimana hendak tahu sama ada bra yang dipakai sesuai dengan saiz dan bentuk badan kita? 

Cuba pandang cermin dan periksa baju dalam korang. Jika ada lemak terkeluar di sana sini, besar kemungkinan bra tersebut tidak sesuai untuk korang!

cara ukur saiz bra


Cara ukur saiz bra menggunakan pita ukur 

Sebenarnya, korang boleh ukur sendiri saiz bra di rumah menggunakan pita ukur. Dengan 4 langkah ini, korang pasti terkejut selepas mengetahui cara ukur saiz bra sebenarnya semudah ABC! 

Sebelum bermula, pastikan korang memakai baju dalam biasa yang tidak mempunyai sebarang span. Jika tidak, kiraan korang mungkin akan salah.

Di bawah, kami senaraikan cara ukur bra menggunakan pita ukur: 

1. Ukur lilit baju dalam 

  • Mula-mula, ukur kawasan pinggang yang terletak betul-betul di bawah lilitan bra anda
  • Pastikan pita ukur ditarik ketat, namun masih lagi dalam keadaan selesa
  • Tuliskan bacaan ukur lilit dalam inci

2. Ukur saiz cup 

  • Letakkan pita pengukur pada kawasan payudara yang paling tinggi. Anda tidak perlu tarik pita pengukur sehingga ketat, cukuplah sekadar memastikan ia tidak longgar
  • Catatkan ukuran korang dalam inci

3. Ketahui saiz cup anda (A, B, C atau D)
  • Ambil saiz cup dan tolak dengan saiz ukur lilit
  • Perbezaan yang dicatatkan merupakan saiz cup

Jika saiz ukur lilit korang adalah 32 inci dan saiz cup pula sekitar 34 inci, perbezaan saiz antara dua ukuran ini adalah 2 inci. Maksudnya, korang mempunyai cup saiz B. Saiz bra korang pula ialah 34B. 

Ha, siapa kata cara ukur bra itu susah, mudah sahaja kan!

Macam mana mengetahui sama ada bra yang dibeli sesuai dengan badan? 

Sama seperti perasaan ketika anda jatuh cinta, anda pasti tahu jika bra yang dibeli merupakan ‘jodoh’ korang. Baju dalam yang sesuai selalunya selesa dipakai dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaan. 

Ia dapat memberikan sokongan dengan baik dan membuatkan korang rasa yakin sepanjang hari. Sebab itulah, korang perlu memeriksa saiz bra dengan kerap. Jangan takut untuk cuba dahulu dan lihat bra manakah yang terbaik untuk korang. 

4 tip pilih baju dalam yang selesa 

1. Tidak terlalu longgar. Baju dalam terbaik sepatutnya muat-muat dengan korang. Hanya 1 jari sahaja yang boleh muat di bawah getah baju dalam. 

2. Pastikan tali bra tidak mudah jatuh. Ikat dan ketatkan tali bra untuk pastikan tali terletak dengan elok. 

3. Lihat sisi badan pada cermin. Buah dada korang sepatutnya terletak di tengah-tengah bahu dan siku. Jika tidak, korang mungkin perlukan bra yang mempunyai lebih sokongan. 

4. Beli bra yang muat jika disangkut pada hook yang paling hujung. Baju dalam kita akan meregang. Apabila bra semakin longgar, korang boleh gunakan hook yang paling ketat. 

Kini, korang sudah tahu cara ukur bra yang betul. Jadi anda bolehlah periksa saiz baju dalam sendiri di rumah. Barulah korang rasa selesa sepanjang hari!


9 أغسطس 2022

Senarai Cawangan Kedai Eco Shop (RM2) Negeri Sembilan

Senarai Cawangan Kedai Eco Shop (RM2) Negeri Sembilan

Bismillah.
Assalammualaikum.

Senarai Cawangan Kedai Eco Shop (RM2) Negeri Sembilan | Siapa yang tinggal di Negeri Sembilan tu, rugi kalau tak singgah eco shop seremban. Rasanya ada juga kedai eco seremban 2, tak pasti di sebelah mana. 

Tapi memang betullah, kedai Eco shop ni memang betul betul saka. Bukan setakat aku je, mak aku pun sama. Risau tau kalau mak lama lama kat dalam, elok elok nak beli RM20, beratus jadinya eheheh. Semua mak mak jadi naik hantu kalau beli barang di kedai Eco Shop ni. 

Hari ni aku nak share pada korang senarai cawangan kedai Eco Shop (RM2) Negeri Sembilan. Esok lusa kalau aku free, aku akan kongsikan lagi cawangan kedai Eco Shop negeri yang lain pula. In shaa Allah.

eco shop seremban


Kedai Eco Shop (RM2), Cawangan Di Negeri Sembilan


Berikut adalah senarai cawangan Kedai Eco Shop bagi seluruh kawasan Negeri Sembilan. Anda boleh kunjungi untuk membeli-belah apa sahaja.


1. Kedai Eco Senawang 2 Branch


No59-63, Jalan, Jalan BPS4, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.


2. Kedai Eco Shop Ampangan Branch


No 201, 202 & 205 (Ground floor), No.203 & 204 (Grd & 1st floor Jalan Persiaran Bukit Coral 1 Taman Bukit Coral, Kampung Sikamat Lama, 70400 Serembang, Negeri Sembilan.


3. Kedai Eco Shop Seremban Branch


15, Jalan Tunku Hassan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan



4. Kedai Eco Shop Seremban Centre Point Branch


Centerpoint, Lot 1-10, 1-11, 1-12 & 1-13, (First Floor, Jalan Dato Siaman Gagap 70100 Seremban Negeri Sembilan.



5. Kedai Eco Shop Aeon Nilai Branch


F22, 1st Floor, No.2 Jalan Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan


6. Kedai Eco Shop Bahau Branch


No.2 (Ground & 1st Floor), Jalan Casuarina 2, Pusat Perniagaan Casuarina, 72100 Bahau, Negeri Sembilan.


7. Kedai Eco Shop Port Dickson 1 Branch 


49, 51, Jalan Raja Aman Shah, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan


8. Kedai Eco Shop Port Dickson 2 Branch


Lot 12A, Sunggala Gateway, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan


9. Kedai Eco Shop Lukut Branch


No. 1,2,3 & 4 Jalan  Sri Hartamas 1, Taman Lukut Hartamas, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan


10. Kedai Eco Shop Gemas Branch


No. G11, Jalan Harmoni Gemas 1 Pusat Perniagaan Harmoni, 73400 Gemas Negeri Sembilan 



Updated : November 2021






5 أغسطس 2022

Ini DIY Troli Barang IKEA, Rugi Anda Tak Buat!

Ini DIY Troli Barang IKEA, Rugi Anda Tak Buat!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini DIY Troli Barang IKEA, Rugi Anda Tak Buat! | Siapa suka DIY? Tak kesahlah DIY apa-apa barang tapi yang penting DIY? DIY ni apa? DIY ni singkatan kepada Do It Yourself, kiranya kita sendiri yang buat menggunakan tenaga, masa dan uang. Sebenarnya barang-barang yang kita diy ni dah tentu jimat dan lawa-lawa belaka.

Memandang dari tak ada nak buat apa kat rumah tu, baiklah kita ni mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah kan. Tak apa buat sendiri, mana tahu lama-lama nanti boleh ubahsuai sendiri rumah kan. Sekarang ni, aku dengan suami tengah plan nak ubahsuai bilik air mak kat kampung. Nak upah orang pun, mahalnya ya ampun. Baik kita ni cari sendiri kos ubah suai tandas lama tu, mana tahu lagi murah. Sebab tu syok tau bila kita ni pandai diy sendiri, macam nak buat troli barang ikea ni ha... 

Hari ni aku nak kongsikan dengan korang diy troli barang ikea. Troli ni boleh letak kat mana-mana ruangan dalam rumah. Ko tahu, troli ni famous tau untuk letak barang baby. Free free nanti ko boleh dah rancang dekorasi bilik bayi pulak. Confirmlah lawa bilik anak ko nanti. Lagi best, bila ko deko dan diy sendiri barang barang yang ada dlm bilik anak ko.

Mesti korang pernah nampakkan troli ikea? Ye, aku tahu harga agak boleh tahan juga bagi mereka yang kurang kemampuan. Tapi tapi, kita boleh je diy troli barang tu, janji duit ada dan kerajinan tu yang penting. Kalau dah malas, memang tak jadi apala.

Selamat mencuba! Rugi tau tak buat kat rumah.

DIY Troli Barang IKEA

Barang yang diperlukan untuk membuat troli barang ikea :

  • 3 pcs bakul - ikut saiz dan pilihan korang
  • 4 pcs roda
  • Cable tie - untuk mengikat
  • 8 pcs skru bersaiz 4cm
  • 1 batang paip pvc bersaiz 15mm (20 kaki)
  • Gam khas untuk paip pvc
  • 16 pcs T Joint pvc bersaiz 15mm
  • 8 pcs L Joint (elbow) pvc bersaiz 15mm

Cara-cara untuk membuat troli barang IKEA :


Ikuti langkah dibawah dengan teliti dan teratur,


DIY Troli Barang IKEA

1. Potong paip PVC.

Paip PVC ni ada yang tebal dan tipis, tapi untuk diy troli barang ini, korang ambil yang tebal. Daku risau nanti bila juga yang nipis, troli bakul ni jadi tak kuat dan bergoyang-goyang. Korang boleh je beli di hardware atau kedai serbaneka. 

Kalau nak jimat, bolehlah cari kat longgok tong sampah. Kadang ada orang dok buang bekas saki baki yang dah dipotong. Ikut ukuran di dalam gambar tu tau, kalau korang nak tinggikan lagi troli tu, korang boleh adjust sendiri. Sama juga dengan bakul, kalau bakul besar korang adjustkan sendiri ye.



2. Sambungkan paip untuk base troli barang.

Bila dah siap potong paip pvc mengikut saiz di atas, korang bolehlah buat base/tapak troli barang ni. Korang sediakan 4 pcs L joint, 4 pcss T joint, 2 pcs paip berukuran 2cm, 4 pcs paip berukuran 9cm dan 2 pcs berukuran 36cm. Korang sambungkan seperti gambar di atas dan gamkan. Tapi kalau daku, daku sambungkan dulu, bila dah ngam dengan bakul baru daku gam.



3. Sambungkan paip untuk tiang troli barang.

Seterusnya, bila dah siap tapak/base troli barang. Kita boleh buat tiang troli barang ni, sediakan 4 pcs paip berukuran 7cm (untuk kaki bawah sekali), 8pcs paip berukuran 23 cm, 12 pcs T joint, 12 pcs paip berukuran 2 cm (untuk sambung bahagian T joint) dan 4 pcs L joint. 

Korang sambungkan paip seperti di dalam gambar dan untuk arrow tu, itulah paip 2 cm yang kita nak sambungkan dengan T joint.



4. Cantumkan base/tapak dengan tiang.

Bila dah sambungkan paip base dan tiang, sekarang kita dah boleh cantumkan tiang dan base tadi. Rujuk gambar ye. Lepas tu, korang gamkan di bahagian yang cantum tu. Kita nak bagi kukuh dan tak mahu tertanggal bila kita guna troli barang ni nanti.



5. Tebuk lubang  dan ikat guna skru di paip.

Seperti di gambar, lubang ditebuk di paip. Lubang-lubang ni ditebuk untuk kita pasang roda dan bakul. Kalau nak ikat dengan cable tie pun boleh. Ikut atas diri kita, kalau rasa nak kekemasan boleh je tebuk dan lekatkan dengan skru. Kalau nak cepat ikat je dengan cable tie. Easy peazy. Sebelum pasang roda, boleh je nak cat atau spray apa-apa colour di paip  ni.



6. Pasang bakul dan ikat dengan cable tie.

Korang bolehlah ikatkan bakul dengan cable tie tu macam gambar di atas. Ikutlah atas kepandaian dan kreatif korang, janji bakul tu tak tertanggal bila letak barang.



7. Siap!

Dah siap dah troli barang korang. Bolehlah letak bawang-bawang ke, baju-baju ke atau barang-barang baby. Banyak kegunaan jugak tau troli barang ni. Gunakanlah troli barang ni dengan sebaik yang mungkin.

Kesimpulan

Alhamdulillah siap jugak troli barang ala troli Ikea ni. Mudah dan cepat je kan? Kat mana nak cari bakul, roda, cable tie semua tu? Brang-barang ni korang boleh je cari di kedai berhantu iaitu kedai Eco RM2 tu, kat situ daku cari memang senang je dapat. Roda yang digunakan pada bakul tu sebenarnya 2 pcs RM2 je, guna roda yang plastik, kalau nak tahan lagi, boleh je guna yang besi.

Murahkan barang-barang yang digunakan tu? Tak perlulah kita nak membeli troli barang yang mahal, padahal kita boleh jer buat sendiri. Apa yang penting, rajin!

Selamat mencuba semua!


Kredit : FB Maria Ariana