Toppen Lancarkan Pusat Kitar Semula Dan Beli-Balik (RBCC) Di Selatan Malaysia

Toppen Lancarkan Pusat Kitar Semula Dan Beli-Balik (RBCC) Di Selatan Malaysia | Pusat beli-belah Toppen telah melancarkan inisiatif terbarunya semalam. Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) yang pertama di Selatan Malaysia. 

Program ini bertujuan untuk menjadikan kitar semula lebih mudah diakses oleh rakyat Johor dan memberikan aspirasi kepada gaya hidup dan persekitaran yang lebih sihat. Program ini adalah untuk menggalakkan rakyat di negeri Johor khususnya, memupuk budaya kitar semula yang lebih kukuh dengan menyediakan ruang yang mudah dan boleh diakses untuk membuang barangan kitar semula. 

Pusat ini terletak di Pintu Masuk Hijau, Aras P2 Pusat Beli Belah Toppen. Lokasi strategik ini akan memudahkan pengunjung dan penyewa kedai untuk mengakses ke pusat dengan barangan kitar semula mereka.

Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) ini menerima pelbagai barangan yang boleh dikitar semula termasuk tin aluminium, kotak, kertas, plastik, tekstil, alat elektronik dan kaca. Itu yang menarik perhatian aku semalam, rupanya ada juga tempat untuk aku kitar semula baju lama aku. Puas juga aku mencari tempat yang seperti ini di Johor, tapi gagal di kesan.

Setiap barangan yang dihantar ke pusat ini akan ditukarkan kepada wang ringgit berdasarkan berat minima sekurang-kurangnya 1 kilogram bergantung pada kategori dan jenis barangan. 

Jadual Beli Balik Bahan Kitar Semula: 

Kewujudan pusat ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan kitar semula bagi para pengguna di mana mereka boleh terus menghantar barang-barang kitar semula ke pusat ini. Petugas-petugas di pusat ini akan menimbang barangan tersebut dan seterusnya melakukan pembayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan. 

Selain itu, stesen layan diri turut disediakan di mana barangan yang tidak boleh dikitar semula akan dilupuskan manakala barangan yang boleh dikitar semula akan diasingkan oleh petugas mengikut kumpulan masing-masing.

Pelancaran Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) ini  adalah salah satu usaha untuk mengukuhkan komitmen kami dengan memberikan impak yang positif terhadap manusia dan planet, sekaligus menggalakkan kesemua rakyat Malaysia untuk turut menyertai kami. 

Pusat beli-belah Toppen adalah yang pertama di Malaysia menerima anugerah Pensijilan Kepimpinan Platinum dalam Tenaga dan Reka Bentuk Alam Sekitar baru-baru ini.  

Dalam pada itu, Toppen juga telah dibangunkan dengan penumpuan kepada tenaga boleh dibaharui dengan penggunaan panel PV solar yang dipasang berserta sistem penuaian air hujan bagi mengurangkan penggunaan air yang boleh diminum. 

Dengan kerjasama bersama badan bukan kerajaan ini, Toppen sedang dalam perancangan bagi menjalankan aktiviti di masa akan datang seperti gotong-royong dan pertandingan antara sekolah melibatkan kanak-kanak secara aktif di sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru. 

Ini bagi memastikan visi dan misi menyemai tabiat kitar semula melalui pendidikan mampu dipupuk di kalangan generasi muda di awal usia.

Untuk lihat gambar sekitar majlis perlancaran semalam, korang boleh facebook pages Blog Ombak Bergigi ya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) di: https://toppen.my atau laman Facebook https://www.facebook.com/ToppenMY

0 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

أحدث أقدم