Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Simple Untuk Dibuat

Assalammualaikum.
Bismillah.

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Simple Untuk Dibuat | Selamat pagi semua! Aku harap ko tak terliurlah tengok resepi nasi ayam aku ni. Aku pun tak nak pembaca setia blog aku ni boring, asyik update review buffet je. Sampai kan dah tak ada dah niche yang lainnya.

Baca ini juga : Resepi Nasi Ayam Hainan

Kalau ko nak buat resepi nasi ayam hainan, ko boleh klik link kat atas tu ye. Kali ni aku nak kongsikan resepi nasi ayam sedap pula, sedap dan mabelesss gitu! Kang menjilat jari ko tu. Resepi ini bukanlah susah mana, janji ko reti nak masak sup ayam. Aku bukanlah penggemar nasi ayam tapi kalau setiap kali keluar pergi mall, aku akan cari nasi ayam the chicken rice shop tu. Huhuhu. Kat situ jelah yang sedap.

Tanpa melengahkan masa, jomlah kita cuba buat resepi nasi ayam simple ini ye.

Resepi Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam Che Nom? Jom Kita Cuba Buat

Ikuti step dan langkah-langkah di bawah untuk membuat resepi nasi ayam viral dengan teratur supaya ko tidak bercelaru ketika memasak.

1) SUP AYAM 

Bahan-bahan untuk sup ayam:

  • 1 ekor ayam - tidak dipotong
  • 3 hiris halia
  • 2 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak bijan
  • Air secukupnya

Cara penyediaanya:

1. Didihkan air satu periuk. Masukkan seekor ayam (tanpa dipotong) yang telah dibersihkan. 
2. Tambahkan bahan di bawah dalam sup; - 2-3 hiris halia - 2 kiub pati ayam - Garam secukup rasa - Setitis minyak bijan 
3. Angkat ayam selepas separa masak. 
4. Untuk hidangan sup nanti tambahkan sedikit bawang goreng & taburan daun bawang. 

2)NASI AYAM 

Bahan-bahan untuk nasi ayam:
  • 2 pot beras wangi Thai Floral
  • 3 sudu besar marjerin jenama Pelangi
  • 2 hiris halia
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
Cara penyediaanya:

1. Cuci 2 pot beras wangi Thai Floral. 
2. Panaskan dalam kuali 3 sudu besar marjerin Pelangi. 
3. Tumis 2 hiris halia & 1 helai simpulan daun pandan. 
4. Selepas marjerin cair, masukkan beras tadi. Balik-balikkan 1-2 minit. 
5. Pindahkan beras ke dalam periuk nasi. 
6. Sendukkan kuah sup secukupnya.
 7. Masukkan: - secubit pewarna kuning - 1 sudu besar gula - Secubit dua garam (Seimbangkan kedua rasanya) 
8. Masak nasi seperti biasa. Nasi yang sudah masak dikaup balik supaya tekstur nasi berderai dan cantik. 

Resepi Nasi Ayam

3) AYAM ROASTED 

Bahan-bahan untuk ayam roasted:
  • 4 sudu besar kicap lemak manis 
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar sos honey BBQ 
  • 2 hiris halia 
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • Sedikit marjerin Pelangi
Cara Penyediaannya:

1. Gabungkan kesemua bahan perap di atas. Lumur rata pada ayam iaitu 4 sudu besar kicap lemak manis, 3 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos honey BBQ, 2 hiris halia, 2 ulas bawang putih (diketuk) 2. Perap selama 1/2 jam 
3. Sebelum dibakar dalam AF, sapu sedikit marjerin Pelangi untuk rupa kulit ayam yang cantik berkilat. 4. Bakar dalam suhu 180-200 C selama 20-25 minit. (Atau guna suhu yang bersesuaian) 
5. Balikkan ayam depan belakang supaya masaknya elok sekata. 
6. Selepas direhatkan 10 minit selepas masak, potong ayam kepada bahagian kecil. 

*Ada beza ya masak seekor macam ni sebelum dipotong sebab isi ayam yang terhasil lebih juicy* 

4) SAMBAL CILI 

Bahan-bahan untuk sambal cili:
  •  7 tangkai cili merah dipotong 
  • 3 hiris halia 
  • 1 labu bawang putih jeruk (dikupas kulitnya)
  • 2 sudu besar cuka 
  • Gula dan garam secukup rasa
Cara Penyediaannya:

1. Masukkan kesemua bahan ini dalam blender iaitu 7 tangkai cili merah dipotong, 3 hiris halia, 1 labu bawang putih jeruk (dikupas kulitnya) Masukkan sedikit airnya. Masukkan 2 sudu besar cuka. Gula dan garam secukup rasa 
2. Kisar sampai lumat 
3. Sedia untuk dihidangkan. *tak perlu panaskan atas api@campur dengan kuah sup untuk sambal cili yang lebih sedap* 

5) SAMBAL KICAP 

Bahan-bahan untuk sambal cili:
  •  1 senduk kicap cair
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil kuah sup 
Cara Penyediaannya:

1. Tuang baki bahan perapan ayam tadi dalam periuk. 
2. Tambahkan, 1 senduk kicap cair, 1 sudu besar minyak bijan dan 1 senduk kecil kuah sup 
3. Didihkan seketika sebelum ditutup apinya.


Perghhh...

Senang je kan nak buat? Aku dah tunjuk satu persatu step untuk buat resepi nasi ayam sedap ini untuk korang. Selamat mencuba ye gais!


1 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

أحدث أقدم