Resepi Biskut Makmur Cair Di Mulut, Kuih Orang Lama

Resepi Biskut Makmur Cair Di Mulut, Kuih Orang Lama | Salam ramadhan ke 4 semua! Sedar tak sedar dah 4 hari kita berpuasa kan? Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik raya pun tiba. Aku ni pun menaip entri setelah 2 hari pikirkan entri apa yang nak aku tulis. Asyik nak republish entri lama je, kang bosan pula pembaca. 

Baca ini juga : Resepi Tart Nenas Sukatan Cawan Yang Mudah Untuk Dibuat

Tahun ni aku dah plan nak buat biskut raya cuma tak pasti biskut raya apa yang aku nak buat. Tunggulah 2 minggu lagi baru aku buat. Manalah tahu boleh beri sedikit biskut raya ini buat mak mertua aku kan. Kali ini aku nak cuba pula buat resepi kuih makmur azie kitchen. Biskut ini kan biskut orang lama, mak aku pun suka. Resepi biskut ni bukan susah mana nak buat, janji ada barang mesti boleh buat.

Apa yang aku tahu, resepi biskut ini rasanya lemak dan menggunakan kacang tanah di dalamnya. Kemudian, disalutkan dengan gula icing. Sebab itu rasanya lemak-lemak dan manis gitu. Kali ni aku nak kongsikan dengan korang resepi biskut makmur azie kitchen. 

Kuih Orang Lama, Inilah Resepi Biskut Makmur 

Di bawah ini aku sediakan langkah-langkah penyediaan untuk membuat resepi biskut makmur cair di mulut. 

resepi biskut makmur cair di mulut

$ads={1}
Bahan - bahan untuk doh resepi biskut makmur:

  • 4 Cawan Tepung Gandum disangai hingga naik bau
  • 1/2 Cawan Gula castor
  • 1/4 Cawan susu tepung tak kisah brand apa
  • 3 Sudu besar buttercup / minyak sapi.
  • Minyak jagung secukupnya 

Bahan inti biskut makmur: 

  • 500 gm kacang tanah  

Cara-cara untuk membuat biskut makmur:

1) Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau. Campurkan tepung gandum tu bersama gula castor, butter atau minyak sapi yang dah dicairkan. Pastikan butter atau minyak sapi dah sejuk lepas dicairkan. Masukkan susu tepung. Gaul rata.  

2) Masukkan sikit demi sedikit  minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga tepung adunan tu boleh digentel dengan cantik. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel. 

3) Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak. Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa. 

$ads={2}

4) Campurkan dengan sedikit minyak jagung atau mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti. Bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit. Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu. 

5) Golekkan biskut makmur ke dalam gula icing. Boleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.

6) Siap untuk dihidang.

Inilah resepi biskut makmur cair di mulut. Biskut ni kuih orang lama tau. Sekarang ni payah nak jumpa. Kebanyakkan semuanya biskut biskut moden. Aku harap dengan perkongsian resepi biskut makmur ini memudahkan korang yang nak buat biskut ini tau. Semoga bermanfaat. 

0 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

أحدث أقدم