Berbuka Puasa 'Selera Ibunda' Di Hotel Tunamaya Desaru

 Bismillah.

Assalammualaikum.

Berbuka Puasa 'Selera Ibunda' Di Hotel Tunamaya Desaru | Minggu lepas aku berpeluang berbuka di Hotel Tunamaya Desaru. Kalau dari kampung aku dalam 30 minit sahaja, tak ada lah jauh sangat kan. Tapi tulah memang tak boleh nak duduk lama lama makan kat situ sebabnya jalan nak balik kampung tu, ya Allah gelap gelita. Itu pun kena follow rapat kereta yang ada. Kalau tak memang scary nak balik rumah. 

Baca ini juga : Jemput Makan Di Kampung Holiday Villa Buffet, Johor Bahru

Aku memang tahu Tunamaya Desaru ni tapi tak pernah sampai lagi. Waktu sampai tu bolehlah kalau nak menginap kat hotel ni. Lagi penting kan tempat nak mandi manda tu. Sempatlah juga aku ke pantai hotel ni walaupun hujan renyai. Eh memang lawa pantai kat sini, ko bolehlah tengok pemandangan matahari terbenam. 

Berbuka Puasa 'Selera Ibunda' Di Hotel Tunamaya Desaru

Lagi aku terkejut harga buffet ramadhan kat sini, murah sangat! Kalau ko beli harga normal, ko dapat RM88 untuk dewasa. Murah bukan? Aku pun faham tak semua orang mampu nak berbuka posa kat hotel. In shaa Allah, kat sini murah tau. Okaylah kalau nak bawak family ke sini.

Moh ler kita tengok menu makanan kat buffet ramadhan di Hotel Tunamaya desaru ini.

Hotel Tunamaya Desaru

Hotel Tunamaya Desaru


Antara menu yang terdapat di sini ialah:

1) Asam Pedai Gulai Kampung
2) Asam Pedas Tenggiri Papan
3) Daging Halia Goreng
4) Udang Kari Nyonya Kapitan
5) Kambing Golek

Disamping itu, ko juga boleh menikmati aneka Kerabu seperti Kerabu Taugeh, Kerabu Sotong, Kerabu Ayam, Ulam-ulaman, Ikan Asin dan juga paling semua suka kalau makan Buffet Ramadhan ni adalah Nasi Ayam Bonda, makan pula dengan ayam golek, sangatlah mabeles rasanya.

Hotel Tunamaya Desaru

Sebelum balik tu, ko makanlah dulu dessert yang ada di sini. Kat sini ada Roti Canai, Aneka Kek, Aneka Kuih Muih, Aiskrim dan banyak lagi. Kalau ko nak tengok lagi menu menu di Suasana All Suites Hotel ni, ko beleklah page blog aku ni. 




Harga promo buffet Ramadhan aku listkan di bawah ni ye : 

📌 Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru 
🗓️ 7 April - 1 May 2022 | 7pm - 10pM

🎉 Harga 
RM88 per nett utk dewasa 
RM58 per nett utk kanak2 

Untuk sebarang tempahan berkenaan, boleh wasap no di bawah ye 😁 
☎️ +6014 - 272 6595 - Iskandar 
☎️ +6016 - 772 7352 - Shahrul

2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama