9 Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

Bismillah.
Assalammualaikum.

12 Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu | Pernah dengar tak chia seed? Korang tahu tak khasiat chia seed untuk kesihatan sangat bagus diamalkan. Jom kita kenal chia seed dan khasiatnya.

Chia seed atau biji Chia yang berbentuk biji hitam kecil adalah sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Salvia hispanica. Ia berasal daripada Amerika Tengah dan Selatan. Ada yang mengatakan, puak Aztecs dan Maya menggunakan tumbuhan ini sebagai sumber tenaga.


khasiat chia seed


Sebenarnya, chia seed ini adalah biji selasih di dalam bahasa Malaysia. Mana orang kenal chia, kita kenal biji selasih. Sedap juga dibuat dengan air katira kan? Chia seed ni ada caranya juga untuk nak amalkan. Kalau makan macam tu je, tak sedap kan. 

Biji selasih hanya boleh digunakan selepas direndamkan di dalam air untuk tempoh tertentu. Sebaliknya, Chia seed boleh terus digunakan dengan menaburkan ke dalam makanan yang diingini. Ia boleh dicampurkan dengan yogurt, salad atau digaulkan ke dalam nasi putih.

Sebelum tu, banyak khasiat chia seed untuk kesihatan antaranya dapat mengurangkan masalah kulit. Nak tahu lebih lagi? Jom habiskan pembacaan.


12 Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan



Di bawah ini telah aku senaraikan khasiat chia seed untuk kesihatan. Jom kita semak bersama-sama. 



1. Atasi Masalah Kulit


Bagi para ibu yang berhadapan dengan anak yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis. Ibu boleh lakukan rawatan awal dengan menggunakan chia seed. Caranya sangat mudah, iaitu cuma hancurkan chia seed dan campurkan bersama minyak kelapa, kemudian sapukan di tempat yang bermasalah, pasti esoknya akan baik.


2. Rendahkan Suhu Badan


Badan panas akibat cuaca terik diluar atau mengalami demam panas, lupakan minuman sejuk ais. Ambil sahaja air kosong dicampur biji selasih. Anda akan rasa ia perlahan-lahan menyejukkan badan anda.


3. Penghadaman


Selalu menghadapi masalah sembelit, kejang perut, kembung perut, dan lain-lain masalah penghadaman. Chia seed merupakan sumber serat makanan yang sangat baik dan ia mengandungi serat jenis larut dan tidak larut. Dua sudu biji kecil ini dapat memberikan lebih daripada sepertiga keperluan serat harian yang diperlukan.


khasiat chia seed

4. Sebagai ‘Ubat Penenang’


Korang dah boleh tinggalkan pengambilan ubat tahan sakit atau panadol, gantikan dengan minuman chia seed. Percayalah, ia mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan dan ketegangan urat.


5.  Menyihatkan Rambut


Kuasa dari sumber protein, vitamin K dan zat besi didalam chia seed bagus untuk rambut dan ia membantu untuk menyihatkan rambut dari akar hingga hujung.


6. Menurunkan Berat Badan


Chia seed kaya dengan fiber dan ia akan membuat korang rasa kenyang dan tidak lapar. Ini bagus untuk korang yang ingin mengawal nafsu makan atau lapar. Tambah chia seed didalam minuman (non-sugary) korang dan biar membantu anda untuk kekal berdiet.


7. Meningkatkan sistem imutasi.


Chia seed juga efektif dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, hal ini kerana kandungan vitamin C dan antioksidan yang ada didalamnya.


8. Dapat menyembuhkan sembelit dan juga perut kembung


Chia seed membantu menyembuhkan masalah pencernaan iaitu seperti perut kembung, kram perut, berak tidak teratur serta sembelit.


9. Chia seed mampu sembuhkan batuk 

Chia seed memiliki antispasmodik yang berguna dalam membantu menyembuhkan batuk. Biji ini sering digunakan untuk menghilangkan batuk. Caranya iaitu, secangkir teh yang dicampur dengan chia seed.



4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. dulu pernah amalkan chia seed utk kurus. tp itulah, sekejap je la. lepas tu, banyak cut calories saja

    BalasPadam
  2. Kalau dulu biasa minum sirap dengan selasih ni. Lepas tu ada juga cuba untuk turunkan berat badan. Banyak lagi fungsi lain rupanya

    BalasPadam
  3. byk khasiat chia seed ni rupanya nampaknya mama kena start balik makan la

    BalasPadam
  4. Ada 2 botol kat rumah tu tak habis makan lagi...so lepas ni kena start makan chia seed semula

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama