Cara Bayar Aeon Credit Melalui Cimb Click

Bismillah.
Assalammualaikum.

Cara Bayar Aeon Credit Melalui Cimb Click | Hi semua! Hari ni aku nak kongsikan cara bayar Aeon Credit melalui Cimb Click pula. Selain loan bank, Aeon ni salah satu peminjam wang berlesen. Bab percent ni memang sangat tinggi, aku rasa macam serik dah nak guna lagi tapi masa tu tak ada pilihan kan. Terpaksalah guna.

Cara Bayar Aeon Credit Melalui Cimb Click


Bagi korang pengguna Aeon Credit, sekarang korang dah boleh bayar aeon guna cimb click ataupun ATM. Lagi senang, bayar je kat apps Cimb Clicks, lagi pantas dan memudahkan urusan pembayaran korang. Musim covid19 ni, orang dah jarang nak beratur bayar kan? Baik bayar online jer. 

Cara Bayar Aeon Credit Dan Semak Baki

Jom semak langkah-langkah cara bayar aeon credit cimb di bawah ini.

a) Cara Bayar Aeon Credit Melalui Cimb Clicks


Berikut adalah langkah-langkah cara bayar Aeon Credit melalui cimb clicks yang boleh korang ikuti :

1. Log in ke CimbClicks korang ----- https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/

2. Klik pada Pay&Transfer  di bahagian kiri, kemudian klik pada PayBills

3. Di bahagian PayBills ni, korang taip di ruangan Search tu, AOEN nanti klik pada AEON CREDIT. Sila rujuk gambar di bawah.


Cara Bayar Aeon Credit Melalui Cimb Click



4. Masukkan jumlah yang korang nak bayar, nombor agreement atau kad kredit dan juga nombor telefon korang kemudian klik pada "Pay"

5. Selepas itu, korang buat pengesahan TAC melalui SMS  dan tekan butang "Confirm".



b) Cara Semak Tunggakan Bayaran Aeon Kredit Melalui SMS


Sebelum korang buat bayaran Aeon Kredit, apa salahnya cek dulu tunggakan bayaran korang. Aku puas juga call pihak Aeon tanya berapa hutang tinggal, tak angkat sampai kesudah. Aku tak nak jatuhkan diorang ni, cuma dah sampai masanya untuk tingkatkan lagi customer service Aeon.

Jadi, disebabkan service diorang pun ke laut, aku decide untuk semak tunggakn melalui SMS. Setakat ni aku cek, laju juga lah. Tak sampai 2 minit, korang dah tahu dah baki tunggakan.

Ikuti langkat berikut untuk semakan tunggakan Aeon :

1. Korang masuk ke dalam Messaging korang dan mesej baru dibuka pada telefon bimbit yang sedia ada.

2. Taip AEON diikuti dengan 4 digit terakhir No.IC korang.

3. Hantar ke 63633


Contoh :

  • Status Permohonan : AEON CCSTS 1234*
  • Baki Tunggakan : AEON CCBAL 1234*
  • Amaun Bayaran Minima : AEON CCMIN 1234*
  • Limit Yang Ada : AEON CCAVA 1234*
  • Untuk Mengaktifkan kad : AEON CCACT 1234**5678*
1234* = 4 digit terakhir no IC korang
5678** - 4 digi terakhir no kad kredit

Kadar dan Caj :

1. RM01.5 dicaj bagi satu SMS iaitu ia adalah caj biasa
2. Untuk setiap SMS gagal yang diterima korang akan dicaj kadar SMS yang standard.
3. Kadar SMS yang standard adalah berdasarkan kepada khidmat rangkaian.


Aku harap dengan perkongsian kali ini dapat membantu menyelesaikan permasalah korang. Selamat membayar hutang.


3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Senang haaa.. Sis guna CIMB untuk bayo Shopee hahahahaha

    BalasPadam
  2. Senang tapi lagi senang suruh dorang tolaak sesiap.. Malaih nak transferrr.. haha.. yela.. dah itu je pilihan yang ada.. memang cepat kalau mohon aeon ni . tapi banyak kena bayar kendiannya... Phewww...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama