Salah Ke Push Anak Sendiri Daripada Kecil?

Assalammualaikum.
Bismillah.

Salah Ke Push Anak Sendiri Daripada Kecil?   | Selamat pagi, untunglah dapat update entri di awal pagi. Aku ni belum mula masuk site lagi, kalau dah masuk site, rasanya blog ni akan dibiarkan sepi. Harapnya tidaklah sebab misi nak kejar 1 juta pageviews tu kena dapatkan jugak. Pembaca blog daku hari ni, sihat ke kalian? Nak keluar rumah tu, take care tau! Kita ni tengah gelombang kedua covid 19. Sila berhati-hati.

Al-kisahnya begini, sebelum pregnant dulu suka tengok ig Dr.Sheikh ajar anak kembar dia. Anak dia yang perempuan tu dah boleh membaca seawal 3 tahun. Big achievement dah tu bagi akulah. Seronok tengok perkembangan anak Dr ni. Bulan 7 hari tu, gigih jugaklah beli buka Dr, sebab nak tahu info info macam mana Dr didik anak dia. 

Aku pulak jenis akan cari info sampai ke lubang cacing tentang 'early education for babies'. Seronok tau tengok anak mat saleh, kecik kecik dah pandai gunting, pakai baju sendiri, kancing baju. Memang nampak benda tu simple, tapi kalau anak sendiri umur 2 tahun dah pandai kancing baju, bukan ke itu suatu keajaiban untuk ibu bapa?


Lahir je Luth Isyraf kat dunia ni, dah pikir dah nak ajar Luth dari lepas bersalin tapi disebabkan adat terpaksa jugaklah bagi Luth besar sikit. Tak silap Luth masuk je 20 hari, daku dah start 'tummy time' dengan Luth. Awalnya mak marah, ape pasal baby kecik lagi nak suruh merangkak. 

Masa Luth umur 10 hari, Luth dah tunjukkan kepala dia bukan jenis nak melentuk je kat tangan atau bahu. Aku ambillah peluang tu untuk ajar Luth 'tummy time', eh Luth pun suka je. Baby dia tak tahu apa pun, kalau kita sendiri yang tak ajar.

Lama lama mak boleh terima, aku explain kat mak apa benefit bila buat 'tummy time'. Luth pulak tunjuklah skill dia, mak pun dah okay dan terima. Kalau tak mula dari sekarang, bila lagi? Zaman Luth nanti lagi banyak persaingan, rugi kalau tak ajar dari sekarang ni. 

Dengar je suara sumbang kata, anak belum  3 4 bulan dah ajar merangkaklah apalah, konon nak ikut style Dr. Hahahahahaa orang yang macam ni lah sampai bila bila tak berkembang tapi dalam masa yang sama sibuk tengok perkembangan anak kita ni. Aduilah sis. Kelakar je. 

Anak sendiri tak salah pun nak push bukan anak orang lain. Ibu bapa yang kena bentuk anak tu, kalau tak bentuk dari awal ni. Haishh mintak jauhlah, ibu nak Luth berjaya dunia akhirat. Daku tak paksa pun Luth, tunggu bila dia tak tidur, ataupun lepas minum susu barulah start ajar dia benda tu semua. Bila Luth nak nangis, automatik otak ni suruh stop sebab kesian. Itu je.

Jadi, sebagai ibu bapa, banyakkan membaca ilmu parenting, sekarang ni dapat nak info hanya di hujung jari. Rajin dengan malas je. Tepuk dada, tanya hati. Eh.

P/s : Anak aku bukan anak ko.



7 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Tak salah kalau itu anak sendiri..ni ada orang, sibuk nak kata anak orang, tapi anak sendiri, dia taknak ajar ...ermmm

    BalasPadam
  2. ala...anak sendiri.. suka hati la.. kenapa la org lain nak bising2 ni

    BalasPadam
  3. anak sendiri, kita buat ikut acuan kita berpandukan pengalaman org yg bijak pandai. ikut kemampuan anak kita, kan :)

    BalasPadam
  4. Anak sendiri kan. Biasalah orang luar ni memang suka ambik tau hal orang.

    BalasPadam
  5. Kita sebagai ibu mesti lebih tahu anak sendiri kan. huhu. Besela mulut orang, takleh tutup. hehe. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    BalasPadam
  6. hurm.. bila dengar mulut bawang macam tu malas la nak bising sangat. Kang dikatakannya kita ni nak moden sangat. Penat jugak nak jaga mulut orang ni. anak sendiri, kita la didik dia mcmana.

    BalasPadam
  7. bagus sgt kalau untuk anak sendiri kan hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama