Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini Kenapa Pentingnya Buku Pink Ibu Mengandung. | Hari tu masa awal-awal daku buka buku pink, memang agak dugaan sedikit. Daku tak serumah dengan suami disebabkan kerja kami beruda ni, daku menetap di rumah abang kandung di dalam kem tentera. Semasa datang ke klinik tentera, nurse bagitahu selain isteri, anak dan ibu bapa kepada tentera, kena daftar luar dari kem tentera. Bila hadirkan diri di klinik keramat KL, klinik tersebut kata, mereka tak tempat yang daku stay, begitu juga dengan klinik kesihatan KL.

Daku bincang dengan suami, nak cuba buka buku pink di port dickson dengan menggunakan alamat hostel suami. Alhamdullilah, boleh juga buka buku pink. Suka atau tak terpaksalah daku ni berulang-alik setiap kali nak check up, rasanya ada dalam 4 kali check up. Semasa daku buka buku pink, kandungan dah mencecah 12 minggu. Nurse kata, lagi elok datang sewaktu usia kandungan 10 minggu dan tak boleh lebih daripada 13 minggu. Tapi depends pada klinik kesihatan juga, ada yang 9 minggu dah buka buku pink, ada yang 13 minggu baru nak buka. 




Bila Nak Waktu Sesuai Nak Buat Buku Pink?


Selalunya klinik kesihatan akan suggest buka buku pink antara 8-12 minggu usia kandungan. Cadangan daku, once UPT positive dalam 5-6 minggu kandungan, boleh scan dulu untuk pastikan kondisi kandungan sebab makin banyak kandungan luar rahim yang datang hospital dah pecah sebab tak detect awal. Kalau klinik kesihatan terlalu ramai patients, boleh je scan di klinik swasta bagi mereka yang mampu.


Sebenarnya, Penting ke Buku Pink Ibu Mengandung?



1. Profile dan masalah kesihatan ibu mengandung.


Sebenarnya, buku pink ni ada profile dan masalah kesihatan ibu mengandung, siap dengan sejarah penyakit keluarga si ibu. Dari situ kita boleh screen siapa yang berisiko untuk dapat kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. 

2. Ada sejarah rekod kelahiran terdahulu.


Dalam buku pink juga kita akan rekod sejarah kelahiran terdahulu. Pernah keguguran atau tak? Pernah cser? Berapa kali? Ni kandungan ke berapa? Anak semua berapa kilo berat? Ada komplikasi sepanjang mengandung/ketika bersalin? Sebab tu pentingnya buku pink ni.

3. Boleh detect Hemoglobin darah.


Macam daku sendiri, sebelum kahwin memang ada masalah dengan darah rendah. Bila buka buku pink, memang kita akan ambil darah untuk cek sama ada kita ada masalah darah rendah atau tinggi. Dari situ kita boleh detect adakah ibu kekurangan Hemoglobin, atau ada jangkitan penyakit yang boleh bahayakan bayi dalam kandungan.


4. Pemeriksaan melalui buku pink


Pergilah mana-mana klinik dan hospital kerajaan, kalau tak bawa buku pink mesti kena marah. Doktor dan juga nurse akan membuat pemeriksaan ibu melalui buku pink. Ada ibu mengandung yang sebelum ni mengandung tak ada apa-apa sakit. Tapi lepas doktor periksa rupanya thyroid bengkak, ada ketulan payudara, ada jantung bocor dan sebagainya.

5. Diawal buka buku pink, nurse akan buat scan :


  • ada berapa kanting/baby? 1,2,3,4? Kalau lebih dari satu, berapa kantung uri?
  • pastikan kedudukan/posisi kandungan (adakah dalam atau luar rahim?)
  • ukur saiz janin & tentukan tarikh due date (adakah tally tarikh due date based on persiod vs scan)
  • nampak jantung baby tak? atau tak ada hearbeat?
  • detect ada tak sebarang abnormality seperti cyst, fibroid dan sebgainya yang boleh mengganggu/menjejaskan kandungan

6. Nurse akan dokumenkan progress


Di dalam nuku pink juga, nurse akan dokumenkan progress kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan secara berkala. Kiranya ada masalah atau tak sepanjang check up. Ada yang mula-mula ok tapi bila masuk trimester kedau atau ketiga mula dapat Hb rendah, kencing manis, bayi kecil, pertumbuhan bayi terbantut dan sebagainya.

7. Rekod hari pertama period


Jangan lupa ye sentiasa rekodkan tarikh hari pertama period terakhir untuk memudahkan kiraan minggu kehaliman dan due date kandungan. Nanti masa buka buku pink nurse akan tanya dan jangan curi tarikh. 


Ini hanya sebahagian dari kegunaan dan kepnetingan buku pink ibu mengandung. Kiranya ibarat seperti kad pengenalan (IC) yang perlu ibu mengandung bawa kemana-mana sahaja, in case apa-apa kecemasa berlaku, buku pink ni akan jadi rujukan penting nurse dan doktor. Jangan main-main tau. 

Contoh kes yang berlaku kepada ibu muda. Ibu muda ni datang untuk membuat buku pink tapi tak ingat tarikh last period. Bila scan kandungan, average ukuran kandungan dah 32 minggu lingkungan 8 bulan. Tapi tak pernah scan langsung dan tak ambil sebarang vitamin sepanjang kehamilan dan lagi syoknya lupa tarikh last period. Sebab tu, daku mesti dan wajib download app period tracker. Daku jenis period tak tetap dan mudah terlupa bila last tarikh period. Semenjak guna, apps period tracker dari situ daku tahu bahaya juga bila lambat period sebelum kahwin.





Bayangkanlah kalau kandungan ibu muda tadi sebenarnya 36 minggu tapi saiz bayi 32 minggu. Bayi ibu muda ni mungkin kecil dari usia tau mungkin juga ada masalah pertumbuhan terbantut. Itulah disebabkan kita tak tahu usia kandungan sebenar, tarikh due date pun boleh lari. Bila due date dah lari, inilah punca kadar kelahiran stillbirth (lahir mati) meningkat secara mendadak.

Elak selagi kita boleh elak, sebab ianya melibatkan nyawa. Jangan sesekali melengah-lengah untuk membuka buku pink. Sebenarnya, daku tiada niat untuk menakutkan atau menyalahkan mana-mana pihak. Cuma daku nak bagi kesedaran untuk ibu ayah yang mungkin belum faham pentingnya rekod kesihatan ibu mengandung atau buku pink ni.

Sumber : FB Dr Hana


1 Ulasan

  1. Semoga aku diberikan rezeki untuk buka buku pink ini jugak. TTC 7 years. PCOS fighter

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!