Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tak Sampai RM10, Anda Boleh Bersihkan Bontot Dan Kerak Kuali Yang Hitam Legam. | Rasanya surirumah diluar sana, mesti tercari-cari cara bersihkan bontot dan kerak kuali yang hitam legam. Masalah juga bila bontot kuali rumah kita ni hitam legam. Malu bila jiran datang kerumah, mak mertua pun boleh sound direct bila menantu dia malas nak bersihkan bontot kuali. Tak ke malu nanti?

Tak perlu dah nak tukar kuali baru, jenuh juga asyik membeli. Apa kata kita berjimat cermat pulak. Bahan-bahan yang digunakan nanti, tak lebih daripada RM10. Berbaloi juga tau, janji tak keluarkan duit yang banyak. Dengan adanya cara bersihkan bontot dan kerak kuali yang hitam legam, korang bolehlah mewarisi ilmu dan petua tersebut kepada anak-anak korang nanti.

Nak Bontot Dan Kerak Kuali, Bersih Lip Lap Lip Lap?


#1 Guna Sabun Mandi Dan Sabun Labour

Caranya sangat senang, dari mula kita beli kuali, rajinkanlah diri untuk sentiasa sental dengan sabun mandi dan sabun labour. Bila sental tu, gunalah  penyental aluminium kasar untuk sental kuali tu. Kalau kerak bontot kuali dah terlalu tebal sangat, kena ada kesabaran yang tinggi untuk sental. Lenguh tangan pun tak apa, janji puas hati bila bontot kuali kembali bersinar. Tak gitu? 




#2 Guna Asam Keping

Cara nak bagi bontot kuali bersih dengan :

1. Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali atau periuk).

2. Didihkan air asam keping tu sampai mendidih.

3. Masukkan kuali atau periuk di dalam air asam tu selama 4-5 minit.

4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan kejap, lepas tu sental guna sabun dan berus dawai.

5. Time sentah tu, kurangkan penggunaan air. 

Kredit : Hidayah Abdullah

Bersihkan Kuali Hitam Legam Dengan Sos Tomato?




#3 Guna Sos Tomato

1. Pertama sekali, sapukan sos tomato pada bahagian bawah kuali/periuk.

2. Pastikan kuali/periuk korang dalam keadaan kering. Jangan ketika basah tau.

3. Selepas diratakan, biarkan ia sekurang-kurangnya 30 minit ataupun biarkan semalaman.

4. Keesokkannya, korang gosoklah dengan span biasa. Jangan guna air tau masa gosok tu.

5. Bilas seperti biasa. 

Kredit : Tiara  


#4 Guna Soda Bikarbonat

Basahkan kuali dan tabur 2-3 sudu makan soda bikarbonat. Kemudian berus kuali tanpa menggunakan air yang banyak. Gosok dan teruskan menggosok sehinggalah bontot kuali bersinar kembali. Korang boleh kalau nak rendamkan kuali bersama larutan soda bikarbonat. Mudahkan sebenarnya nak bersihkan bontot dan kerak kuali yang hitam legam. Barang yang nak beli pun tak sampai RM10, betul tak? Jom cuba cara bersihkan kuali dengan guna soda bikarbonat.

#5 Guna Air Berkarbonat

Eh bukan ke untuk minum? Boleh je sebenarnya kalau korang nak cuba. Rendam kuali korang ke dalam bekas berisi air berkarbonat selama dua jam. Kebiasaannya kerak bontot kuali tu akan tertanggal dengan sendirinya. Lepas itu, bolehlah korang sental sekuat hari supaya kuali tersebut kembali berkilat. Air berkabonat ni boleh menggantikan larutan pencuci tandas tau. Dah tak perlu risau nak beli pencuci tandas. 

Kurang Daripada RM10 Dah Boleh Bersihkan Bontot Dan Kerak  Kuali Yang Hitam Legam.




#6 Rebus Guna Kulit Nenas

Kadang lepas kita rebus telur, mesti kuali akan lebam hitam akibat air rebusan telur tu. Korang boleh rebus kulit nenas dalam kuali yang korang rebus telur ru. Masa rebut kulit nenas tu biar airnya lebih pada tanda hitam. Selepas itu, korang ambil kulit nenas tu dengan senduk dan gosokkan perlahan-lahan. Kemudian, korang sental macam biasa guna berus dawai. In syaa Allah pasti berkilat seperti baru beli.


#7 Guna Garam

Garam bukannya hanya untuk masak je ye korang! Garam pun boleh jadi sumber untuk bersihkan bontot dan kerak kuali yang hitam legam. Caranya sangat senang, cuma panaskan air dalam periuk tadi dan masukkan sedikit garam. Kemudian, sentalkan dengan sudip sambil mengikis. Ha mudahkan bila guna garam? Garam ni lah bahan yang mudah didapati di dapur, rajinkan tangan untuk menggunakannya.

#8 Guna Kentang

Korang boleh guna kentang juga tetapi ada dua cara untuk menggunakannya. Pertama, korang gunakan sebagai skrub dengan menaburkan sedikit garam. Kedua, korang boleh juga guna kulit kentang, caranya letakkan kulit kentang di dalam kuali dan penuhkan kuali dengan air sampai tertutup kerak tersebut. Kemudian, korang panaskan air hingga mendidih. Tak perlu gosok tau, kerak tu akan tertanggal dengan sendirinya. 



Di atas ni, daku kongsikan kepada korang semua satu video tentang bersihkan bontot dan kerak kuali yang hitam legam. Mudah untuk korang dengan hanya tonton satu video, in syaa Allah bermanfaat untuk korang semua. Dengan harapan adanya cara-cara diatas, bolehlah korang cuba dan in syaa Allah ianya membantu korang bersihkan bontot dan kerak kuali korang yang hitam legam tu.




4 Ulasan

  1. setakat ni pakai kuali warna hitam lebih selamat. Haha

    BalasPadam
  2. kena selalu sental tiap kali lepas pakai...biasa guna sabun dengan berus dawai tu je..kalau yang dah tebal sangat tu, boleh la try guna tips2 kat atas ni

    BalasPadam
  3. Terima kasih kongsi tips .antara tips2 di atas , CCL pernah try cuci bontot kuali pakai sabun mandi, asam keping n soda bikarbonat . Yg lain belom pernah cuba

    BalasPadam
  4. Oh sos tomato tu baru tahu. Haha

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!